Umat Islam Malaysia Tak Boleh berpecah Kerana Doktrin Serpihan
Oleh: Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
MASYARAKAT Islam di negara ini sudah lama menerima dan mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunnah Wal-jamaah. Dalam aspek akidah, pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asy’ariah dan Maturidiah. Aliran Asyairah diasaskan oleh Abu Hasan bin Ismail Asyaari (260H -330H) manakala aliran Maturidiah diasaskan Abu Mansur Muhammad bin Muhammad Maturidi (wafat 333H).
Kedua-dua aliran ini, fahaman dan pendekatan mereka sealiran dan sederhana yang menampakkan kesan baik kepada kestabilan rohani dan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, keresahan tetap timbul apabila fahaman lain ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman itu pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunnah.
Masyarakat Islam dilihat mahukan aliran Ahli Sunnah tidak harus dilibatkan dalam kancah fahaman sempit menerusi doktrin dan tokoh tertentu saja. Malah umat Islam tidak harus dibabitkan dengan perpecahan kerana doktrin serpihan itu.
Majoriti umat Islam di rantau ini sejak berabad-abad lamanya menerima dan mengamalkan Islam berasaskan pendekatan aliran Ahli Sunnah Waljamaah hingga menjadi begitu dominan. Hakikat ini memperlihatkan rantau ini paling seragam dalam pegangan akidah, amalan syariah dan akhlak berbanding dengan masyarakat Islam di rantau lain.
Keadaan ini secara tidak langsung memberi sumbangan kepada kestabilan politik, masyarakat dan perpaduan ummah. Pendekatan Ahli Sunnah yang sederhana harus disuburkan kerana ia tonggak kestabilan politik Malaysia.
Pendekatan ini dihayati masyarakat Islam dalam aspek akidah dan kepercayaan melalui fahaman dan aliran Asyairah dan Maturidiah. Fahaman kedua-dua aliran tokoh di atas sangatlah kukuh dan sukar dirungkai, terutama di kalangan orang awam. Masyarakat Islam berasa ganjil dan resah apabila wujud aliran berbeza daripada apa yang mereka anuti.
Dalam konteks ini kekuatan pegangan masyarakat Islam kepada aliran Asyairah dan Maturidiah dapat dilihat menerusi kitab akidah yang menjadi bahan pengajian dan sumber rujukan sama ada di institusi pengajian formal atau di institusi tidak formal seperti di masjid atau surau.
Keseluruhannya menggunakan kitab berorientasikan aliran Asyairah dan Maturidiah seperti kitab Ihya’ Ulumiddin al-Ghazali, Ibanah oleh Abu Hassan al-Asyaari dan lain-lain. Kesederhanaan sikap dan pendekatan Abu Hassan Asyaari berjaya menolak golongan berpegang kepada akal dalam menafsirkan teks dengan golongan yang berpegang kepada literal teks.
Kesederhanaan ini dapat dilihat apabila beliau menyeru umat Islam kembali kepada teks al-Quran dan al-Sunnah dan tidak pentakwilan yang jauh. Sementara itu, beliau juga menentang jumud pemikiran dan menyeru agar peranan akal dikembalikan seiringan dengan wahyu.
Beliau berpendapat dengan ada paduan antara akal (akli) dan dalil atau sumber (naqli), adalah lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam mengenai akidah. Kebanyakan tokoh Asyairah adalah bermazhab Syafie dan Abu Hasan Asyaari dalam fikahnya juga bermazhabkan Syafii.
Hal ini mungkin disebabkan ada persamaan dasar antara kedua-dua aliran ini iaitu dasar kesederhanaan. Imam Syafii juga dianggap tokoh yang memilih pendirian sederhana antara pendekatan Imam Malik yang mengutamakan kehendak hadis dalam membuat hukum dan Imam Abu Hanifah yang banyak menggunakan akal. Kesederhanaan pendekatan Asyaari dalam akidah dan pendekatan Syafii dalam fikah adalah faktor penting.
Ia sangat mudah diterima dan menguasai sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia. Mana-mana golongan ingin menggugat kedudukannya akan ditentang daripada majoriti umat Islam di negara ini.
Dalam satu kajian bertajuk `Civil Democratic Islam : Patners, Resources and Strategis`(2003) diterbitkan oleh RAND Corporation sebuah badan penyelidikan dan penasihat yang berpengaruh di Washington, menyatakan umat Islam dinilai dari segi kecenderungan pemikiran mereka sama ada tradisionalis, fundamentalis, moden atau sekular.
Kajian ini memperlihatkan bagaimana cara untuk mengadu domba umat Islam melalui pengelompokan ini.
Kajian itu menegaskan golongan moden dan sekular seperti aliran Kamal Atartuk dan juga pertubuhan bukan kerajaan bercirikan liberal perlu didukung secara halus dengan lambakan dana penajaan, ruang media dan penonjolan idola untuk dipuja. Ini dapat dilihat melalui golongan liberal dianggap sebagai reformis Islam.
Golongan tradisional Salafi dan Wahabi pula disaran agar didukung manakala golongan fundamentalis seperti gerakan Islam hendaklah dipinggirkan. Berlaku perbalahan antara golongan itu dalam isu remeh dan persoalan furu’ (cabang). Perbalahan dan pertelingkahan perlu disuburkan agar sumber kekuatan umat Islam `dilelahkan` tanpa sebarang manfaat jelas.
Oleh itu umat Islam tidak perlu terperangkap dengan permainan musuh yang ingin mengadu domba dan melemahkan umat Islam.
Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/
P/S: Isu Wahhabi ini (saya highlightkan untuk artikel ini) melibatkan serangan pemikiran yang jika tidak diteliti sebaik mungkin, kita tidak akan dapat melihat kebenaran disebalik semua yang digembar-gemburkan, khususnya tentang kebenaran kisah gerakan Wahhabisme ini. Untuk mengenalinya dengan lebih mendalam, dijemput sahabat-sahabat pembaca hadir ke majlis pengajian Tuan Syeikh Muhammad Fuad di sekitar Ampang dan Negeri Sembilan. Beliau berpengalaman di Timur Tengah dan mengetahui secara mendalam tentang tipu daya dan kesesatan yang ada pada Wahhabisme. Menurut Tuan Syeikh, beliau sedang menyiapkan satu thesis berkenaan dengan Wahhabisme setebal lebih kurang 800 muka surat. Sama-sama kita nantikan hasil karya beliau ini dan moga hasil karya beliau nanti dapat memberi gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya gerakan Wahhabi ini serta ke-berbahaya-an gerakan tersebut terhadap perpaduan dan ketenteraman hidup beragama bagi umat Islam di Malaysia. Dari semasa ke semasa, akan saya kongsikan hasil pengajian bersama Tuan Syeikh Fuad al-Maliki bersama pembaca, InsyaAllah.
Orang berilmu tidak semestinya mempunyai PhD. atau Master. Kehidupan orang berilmu penuh dengan ke-awadhuk-kan. Sifat rendah diri menghiasi peribadi mereka. Mereka menuntut ilmu bukan untuk mendapat nama atau pangkat atau harta. Tapi adalah untuk mengenal Pencipta mereka, untuk mengenal pembuat hukum sedia ada.
Berapa ramai manusia pada masa kini, amat gah berbicara tentang hukum, walau kadangkala ia bukan dibidang mereka. Berapa ramai manusia pada masa kini amat hebat dalam mensyarahkan sesuatu hukum agama (Islam). Boleh dikatakan, non-muslim lebih hebat dari kita sendiri dalam mensyarahkan sesuatu hukum atau tafsir. Nampak hebat. tapi sayang, kehebatan mereka tidak menemukan mereka kepada Pencipta kepada hukum, yakni Allah swt.
Inilah bezanya mereka dengan para ulama’. Iya, mungkin mereka tidak diukur dengan memperolehi Master atau PhD atau apa sahaja gelaran duniawi masani yang amat mengelirukan manusia, tetapi kejernihan hati mereka dan terangnya penglihatan mata hati mereka, mampu (dengan izin Allah) membawa hamba-hamba ALlah mengenalNya. Mengenal Pencipta yang membuat hukum.
Lihat sahaja para sahabat Nabi saw. Sijil apa yang mereka ada? Setakat apa ilmu yang mereka ada, jika hendak dibandingkan dengan para ulama’ terkemudian, baik para salaf atau pun khalaf. Kitab apa yang telah para sahabat Nabi saw karang yang telah menjadi perhatian masani? Tiada. Mereka tidak mengarang kitab. Tapi kemuliaan mereka mengatasi generasi selepasnya, sehingga kini. Hebat macam mana sekali pun tahap ilmu dan hasil penerokaan ilmu generasi selepas para sabahat, tetap tidak dapat menyamai apatah lagi menandingi kemuliaan dan kehebatan atau juga kedudukan mereka (para sahabat) di sisi Allah swt.
APa yang membuatkan mereka jadi begitu? Aku juga buntu pada mulanya.
Rupanya kemuliaan mereka adalah kerena susuk manusia agung berada disamping mereka. Jasad Nabi saw berada di sisi mereka sewaktu mereka hidup.
APa beza mereka dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan para musyrikin Mekah yang melihat jasad Nabi saw pada masa yang sama?
Bezanya terletak pada, bagaimana mereka melihat Nabi saw. Para sahabat melihat Baginda Nabi saw sebagai seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah swt, maka pandangan dan penglihatan mereka itu adalah pandangan dan penglihatan yang memberi manfaat kepada mereka. Akan tetapi, Abu Lahab, Abu Jahal dan para musyrikin Mekah ketika itu tidak melihat Nabi saw seperti mana mereka para sahabat melihat Baginda Nabi saw.
Kerana itu, orang yang memandang, tidak semestinya dapat melihat.
Untuk Pandangan Menjadi Bermanfaat…
Berjumpalah dengan para ulama’. Hadirilah pengajian bersama mereka.
Ilmu-ilmu yang diperolehi melalui pembacaan, perdebatan, pena’kulan minda sendiri, belum tentu lagi dapat menemukan kita kepada hakikat Pencipta yang sebenar, jika tidak (dengan izin Allah) berbincang dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut.
Aku suka membaca, suka mentelaah, tapi aku kini lebih suka membaca dan mentelaah disamping idea-idea tersebut dihuraikan oleh para ulama’ yang thiqah. Luasnya ilmu mereka membuatkan aku rasa malu dan rasa hina apabila berada dihadapan mereka. Takut untuk menatap wajah memandang para guru yang thiqah dan alim. Hati yang gelap dengan dosa, mungkin dapat dikesan oleh orang-orang mukmin pilihanNYa.
Nabi saw pernah berpesan untuk berwaspada dengan firasat orang mukmin.
Apabila melihat remaja-remaja yang sudah menuntut lama dengan syeikh, rasa malu dan hina makin menerjah dalam diri. Tapi demi untuk menuntut ilmu, mencari jalan mengenal ALlah, akan saya redah seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa, lalu ia di ajar ibu bapanya satu persatu, baris demi baris, rangkap demi rangkap dan perenggan demi perenggan.
Moga Allah terus memberi peluang kepadaku, untuk istiqamah meneruskan perjalanan dalam mencari dan mengenal Pencipta Agung.
Aku tiada. Aku fana’. Hanya Dia yang kekal Abadi.
P/S: Sekarang kita berada dalam julat 1 hingga 10 Zulhijjah, maka pesanan buat diri, ayuh kita maksimumkan amal soleh pada setiap saat yang berlalu kerana waktu ini adalah julat tahap afdhalnya amalan diperingkat tertinggi! Banyak kelebihan dan ganjaran, walau apapun, kasih sayang Allah yang lebih utama dan yang perlu ditagih. Banyakkan berzikir dan berselawat ke atas Nabi saw. Jangan lupa juga, agar kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Walau jasad kita tiada di sana, namun roh kita tetap dekat di tanah Haram, Makkah al Mukarramah.
“It can buy a house, but not a home.
It can buy a bed, but not sleep.
It can buy a clock, but not time.
It can buy you a book, but not knowledge.
It can buy you a position, but not respect.
It can buy you medicine, but not health.
It can buy you blood, but not life.”
SUmber: http://www.akpk.org.my/Articles/BUDGETING/YourRelationshipwithMoney/tabid/210/Default.aspx
Dari saya untuk saya: Wang bukan segalanya. Dan segalanya tidak semestinya memerlukan wang.
Bro. ALIFF BASRI
Ampang Jaya, Selangor.
Saya teringin untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca berkaitan dengan Tuan Syeikh yang sedang saya menuntut ilmu padanya. Adik sepupu saya yang berumur 11 tahun pun boleh teresak-esak menangis setiap kali mendengar syarah pengajiannya. Dengannya saya banyak belajar agar lebih menyeyangi para ulama’ dan lebih mencintai Rasulullah SAW. Sama-sama kita ikuti serba sedikit tentang dirinya, ulama’ Ahli Sunnah Wal Jma’ah di akhir zaman ini. Biografi beliau ini saya perolehi dari blog seorang sahabat saya yang juga merupakan anak murid beliau:
Susah pada hari ini untuk berjumpa dengan ulama yang memilik rantaian sanad dan ijazah yang banyak yang bersambung dengan Rasulullah S.A.W…..semoga Allah memudah dan melapangkan masa kita untuk mengikuti kuliah2 dan pengajian beliau…insya-Allah.Admin PH
Hari ini kita berkenalan dengan seorang ‘alim yang bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu, kitab-kitab turast, sanad dan ijazah. Beliau ialah al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahullah.
Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.
OBJEKTIF
1. Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
2. Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
3. Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.
PENGANJUR
Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Dengan kerjasama,
Institut Integriti Malaysia (IIM)
PESERTASasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.
YURAN
Yuran Seminar dan Syarahan Perdana:
Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)
Individu : RM150
Pelajar : RM20Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:
Individu : RM50
Pelajar : RM10TENTATIF PROGRAM
9.00 – 10.30 pagiPerasmian oleh Tetamu KehormatUcap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan11.00 – 1.00 ptg
Sidang PertamaPembentang:
1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas
2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam
2.00 – 3.30 ptgSidang KeduaPembentang:
1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam
2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains 3.45 – 5.30 ptgSidang TigaPembentang:
1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMT
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan
2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan
5.30 – 8.30Rehat9.00 – 11.00 mlm
Syarahan Perdana
Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
P/S: Saya dengan rasa berbesar hati untuk menjemput sahabat-sahabat penggerak Islam disetiap tempat untuk sama-sama hadir menyertai seminar dan syarah Perdana ini. InsyaAllah, ia amat bermanfaat buat kita semua.
Bro. ALIFF BASRI
Ampang, Selangor.
Pentingnya merancang kewangan umpama pentingnya merancang perjalanan sewaktu berada di Kuala Lumpur.
Ini kesimpulan ringkas pada pagi ini. Apakan tidaknya, jikalau memandu di Kuala Lumpur, sebelum memulakan perjalanan, mestilah berusaha merancang perjalanan untuk sampai ke tempat yang hendak dituju. Imiginasi mesti kuat dan peta Kuala Lumpur mesti ada dalam kepala, barulah dapat merancang dengan elok.
Kuala Lumpur adalah bandar yang sangat sibuk, dipenuhi dengan flyover dan juga jalan yang bersimpang-siur. Jika tidak biasa, sesatlah jawabnya. Sebab itu, perlu merancang dengan baik, ke mana jalan yang hendak dilalui? Berapa banyak alternatif jalan yang ada? Mana tahu, jika ‘jem’, boleh guna jalan alternatif lain yang ada. Kemudian bagi setiap jalan alternatif, yang mana paling dekat dan paling jauh? Bukan apa, hidup di Kuala Lumpur ini amat berhubung-kait dengan masalah ketepatan masa. Jika jalan banyak kereta, alamatnya lambatlah sampai. Begitu juga sebaliknya.

Contohnya, dalam perancangan hendak ke KLCC dari Ampang, sepatutnya sekitar 15-20 minit, tapi disebabkan kemalangan di highway AKLEH, perjalanan menjadi 2 jam. Dan boleh berlaku juga peristiwa hujan lebat, yang menyebabkan kereta-kereta bergerak perlahan kerana jalan tidak jelas.
Oh, boleh jadi juga, ada dalam kalangan rakan sekerja yang hendak ke suatu tempatyang sama dengan tujuan kita, maka kita minta tolong mereka menhantar barang yang hendak kita hantar. Dengan cara ini, dapat menjimatkan kos dan dapat digunakan ditempat yang lain.
Walau bagaimanapun, bukan masalah jalan dan kereta yang hendak saya kongsikan, tapi ia berkenaan dengan proses MERANCANG. Ini kata kunci yang perlu di-highlight-kan. Iaitu merancang kewangan peribadi.
Secara umumnya, tidak ramai yang mengetahui kepentingan merancang dan mengurus kewangan. Jika ramai yang tahu kepentingannya sekalipun, tapi masih tidak ramai tahu cara-cara merancang. Pendek kata, ilmu dalam merancang kewangan. Kerana itu, saya umpamakan proses perancang dan mengurus kewangan ini, sama juga dengan proses merancang dan mengurus perjalanan di Kuala Lumpur yang sangat sibuk.
Dan sebenarnya, merancang dan mengurus kewangan adlah lebih ’sibuk’, lebih penting dan lebih genting daripada merancang dan mengurus perjalanan. Kerana jika sesat jalan atau tersasar jalan di Kuala Lumpur, maka memerlukan sedikit masa lagi untuk memperbaikinya agar sampai ke dstinasi yang hendak dituju. Tapi dalam aspek kewangan, jika terlepas pandang dan memandang remeh, isu ini boleh membawa kepada kesan negatif dalam kehidupan masa hadapan kelak. Tidak kira, jika hidup panjang atau tidak.

Saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca tentang panduan merancang kewangan. Seperti yang dihuraikan oleh Hajah Rohani dalam bukunya, Cukup Wang Hati Tenang, melalui formula atau teori Kubah Kehidupan, beliau menggariskan apa yang perlu diutamakan dan mesti diselesaikan menggunakan pendapatan yang dimiliki, iaitu merangkumi 7P, seperti berikut:
1) Pendapatan-Perbelanjaan
2) Pengurusan Hutang
3) Penyucian Harta
4) Perlindungan
5) Pelaburan
6) Persaraan
7) Pengagihan Harta
7P ini disusun mengikut keutamaan dalam melalui kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah dimuka bumi Allah swt. Asas bagi semua ini ialah pendapatan yang halal lagi baik (halalan toyyibah). Rezeki sedemikian rupa pula diperolehi dengan menjadikan iman dan taqwa sebagai asas pencarian rezeki.
Tahukah anda, kekurangan maklumat adalah penghalang nombor satu mencapai kekayaan? Perkataan ini saya ambil dari website Rich Dad.
Ada benarnya perkara ini. Dan ini juga dipengaruhi oleh kebiasaan negatif atau sikap individu itu sendiri yang memandang sambil lewa bab-bab merancang dan mengurus kewangan ini.
Jangan sahabat-sahabat salah anggap. Apabila saya berkongsi perihal kewangan ini, saya hanya akan membincangkan ia dari sudut pandang-alam Islam yang menekankan konsep harta sebagai amanah dan ia hanya alat, bukannya matlamat.
Apabila demikian sifatnya, maka perancangan adalah perlu, sebagai suatu usaha untuk memastikan tercapainya matlamat yang digariskan sebelum ini. Dan pada hari ini, banyak jalan dan ruang yang boleh dilalui untuk memastikan sesuatu hasrat pengurusan kewangan itu tercapai. Dengan syarat, cukup maklumat untuk digunakan bagi memastikan sesuatu perancangan kewangan dapat mencapai objektif yang dikehendaki, berlandaskan syariah!
Di sini, saya ingin kongsikan dengan sahabat pembaca, tentang cara-cara merancang kewangan, yang diberikan oleh AKPK, agar dapat dijadikan panduan kepada semua.
Apa itu Bajet?
Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.
Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.
Mari kita lihat beberapa contoh:
MATLAMAT KEPERLUAN KEHENDAK Memiliki sebuah KeretaMemiliki sebuah RumahBerkahwinPerniagaan sendiri Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah
Rumah jemaah*
Makan MinumTempat TinggalPakaianMasa berkualiti dengan keluarga Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer
Tabung kebajikan ahli*
Makan malam yang mewahBanglo seperti-rumah peranginanPakaian mahal berjenamaPercutian mahal Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Dan lain-lain lagi…
Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!
Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???
Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?
Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.
Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?
Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.
Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!
Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.
Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).
Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?
Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.
Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.
Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:
- Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
- Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
- Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
- Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
- Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?
Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.
Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)
Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?
Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:
- Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
- Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
- Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
- Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
- Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
- Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
- Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
- Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.
Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?
Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.
Akhir sekali, sentiasa ingat untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”
SUmber: http://www.akpk.org.my/
Artikel di atas saya ambil dari website Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Agensi ini ditubuhkan sebagai usaha untuk memberi pendidikan kewangan kepada rakyat Malaysia agar tidak melakukan kesilapan dalam mengurusakan kewangan dan kekayaan peribadi. Jika tidak, buruk kesannya.
Begitu juga peranan Hijrah Wealth Management, yang memberi khidmat nasihat kewangan kepada rakyat Malaysia, khususnya Muslim.
Masih ramai umat Islam yang tidak dapat merancang kewangan dengan baik, menyebaban mereka terjebak dengan dosa besar seperti riba (untuk dapat untung banyak). Sedangkan pada masa kini, sudah banyak institusi kewangan yang mengaplikasikan sistem kewangan Islam. Ia bukan lagi satu alternatif, tetapi ia adalah SATU KEWAJIPAN kepada Muslim untuk berhijrah dari sistem konvensional yang berteraskan riba, kepada sistem kewangan Islam yang bebas riba.
Tentang artikel yang saya kongsikan itu, ia hanya permulaan kepada perjalanan menuju ke arah matlamat kewangan yang hendak dicapai. Dari semasa ke semasa, insyaALlah, saya kongsikan bersama secara detail, apa yang boleh dilakukan untuk memastikan wang atau harta yang kita miliki, walau 10 sen sekalipun, dapat memberi makna yang besar dalam kehidupan kita.
Itu sahaja setakat ini. Sekadar perkongsian.
Wallahu ‘alam.
*Ini adalah tambahan dari saya.
Bro. ALIFF BASRI
Ampang Jaya, Selangor.
Banyakkan bersabar.
Itu sahaja ungkapan pemberi semangat yang dapat saya berikan kepada para pembaca blog saya yang dikasihi sekalian. Begitu juga kepada diri saya. Sejak beberapa hari lepas, saya sendiri tidak boileh membuka blog http://brother-aliff.com atas sebab yang tidak diketahui.
Hanya jika saya membuka ia melalui admin, baru boleh. Maknanya, saya seorang sahaja yang dapat membukanya. Sabar jela.
Kepada semua pembaca, saya mohon maaf atas kesulitan tersebut. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengekalkan blog ini sebagai back-up kepada blog brother-aliff.com yang sedang ‘merajuk’ tanpa sebab.
Semoga blog ini dapat memberi manfaat kmepada para pembaca yang budiman sekalian.
Bro. ALIFF BASRI
Taman Sri Ukay, Selangor.
ASSALAMUALAIKUM,
saya baru sahaja membeli DOMIAN NAME baru. Jemput datang ya…
Ia kesinambungan dari blog ini. Tiada yang berubah melainkan domain name.
Bro. ALIFF BASRI

Hijrah Wealth Management.
Syarikat yang membuatkan saya betul-betul merasai nikmat ukhwah Islamiyyah di alam pekerjaan.
Alhamdulillah..
Masuk sahaja waktu Zuhur, abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja menuju ke bilik air yang hanya ada dua. Untuk mengambil wudhuk.
Budaya di sini, solat fardhu Zuhur dan Asar ‘diwajibkan’ secara berjemaah. Kami hanya 3 orang sahaja lelaki. Yang lainnya perempuan. Jadi bergilir-gilirlah kami menjadi imam. Gembira dan bersyukur sangat, dikurniakan sebuah syarikat yang amat mengambil berat hal Islam.
Setakat 3 hari saya berada di sana, tidak pernah mendengar kata-kata nista yang terbit dari mulut para pekerja. Bukan hendak memuji lebih-lebih, tapi ini hakikat yang saya alami selama bekerja.
Semalam, seharian berada di luar pejabat. Membuat akaun baru di Public Bank (al-Wadiah Saving Accout) dan membantu menyelesaikan urusan pejabat. Sambil itu, hendak cam kan jalan sebab mungkin lepas ini, beberapa destinasi yang saya lalui semalam, akan menjadi destinasi rutin saya nanti.
Apapun, insyaALlah, pengalaman di pejabat ini moga dapat menjadi teladan pada semua.
Islamnya negara bermula dengan Islamnya individu. Jika kita tidak Islam(pengertian yang sebenar), maka susah untuk kita meng-islam-kan negara.
Wallahu alam.
BROTHER ALIFF BASRI
Ampang Jaya, Selangor



