Skip to content

Cara Berfikir Mempengaruhi Strategi Bergerak Kerja

June 22, 2009

Salam Aufklarung,

Pagi ini, bila saya buka laman blog salah seorang sifu saya dalam bidang pemikiran dan falsafah, hati saya berbunga semula walau pada awalnya saya ‘bad mood’ pagi ini.

Artikel Rausyanfikir tentang Berfikir Macam Kura-Kura adalah jawapan kepada antara beribu-ribu persoalan-persoalan yang sedang bermain di kepala saya sejak saya berhijarah kepada ufuk pemikiran yang lebih luas (1 Muharram 1430 yang lalu).

Beliau menghuraikan bagaimana wujudnya dua cara berfikir yang jika tidak dimiliki oleh ahli gerakan Islam, ia menjadi kerugian kepada gerakan Islam itu sendiri. Satu berfikir secara pantas dan tuntas dan satu lagi berfikir secara mendalam. Dua sisi cara berfikir ini sebenarnya mempengaruhi cara kita bergerak kerja dalam Islam. Seperti yang dihuraikan oleh beliau dalam artikel-artikel yang lepas, beliau banyak menekankan peri pentingnya cara berfikir untuk mencari punca permasalahan daripada berfikir untuk menyelesaikan masalah secara ‘ad-hoc’. Oleh itu, saya yakin penghasilan journal University and The Captive Mind adalah journal yang bertujuan untuk menghuraikan permasalahan sebenar (the real problem) bagi ahli-ahli gerakan Islam kampus masa kini (khasnya) dan mahasiswa (umumnya). Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk menggunakan kedua-dua cara berfikir tersebut.

Saya sarankan anda membacanya terlebih dahulu untuk lebih faham maksud artikel saya.

Berfikir Macam Kura-Kura

Saya ada berbincang dengan beberapa orang sahabat dari kampus lain, yang boleh dikira hard-core ketika menjadi ahli gerakan Islam Kampus dahulu, jawapan yang diberikan ialah lebih kurang sama. Iaitu sifat ahli gerakan Islam Kampus sekarang amat merisaukan. Boleh dikatakan masih ramai lagi ahli yang  belum terbuka lagi pemikirannya untuk berfikir dan memilih secara bebas berdasarkan ilmu, malas berfikir serta malas membaca (bukan semua dan yang tidak terlibat, jangan terasa). Kalau ditanya saya, saya bersetuju dengan idealisme yang dibawa oleh Ust Dzulkhairi, Wan Rausyanfikir, Ust Syaari dan beberapa aktivis gerakan Islam yang lain untuk membawa perubahan dari sudut berfikir ahli gerakan Islam masa kini. Juga terdapat beberapa orang muslimat yang boleh dijadikan ikon untuk memperkasakan Muslimat seperti Ukhti Nurul, Kak Munawirah, Ukhti g-ah dan sebagainya. Ini hanya contoh untuk makluman dan perkongsian.

Walaupun, terdapat beberapa pandangan atau pendapat yang tidak saya persetujui dalam kalangan mereka (tidak semua dan dalam jumlah yang sangat sedikit. Adalah normal jika berbeza pandangan), tetapi secara keseluruhan, saya menyokong pandangan dan kesungguhan mereka menongkah arus untuk mengubah cara berfikir mahasiswa Islam kampus masa kini. Dari sudut ilmu, memang saya teramat-amat jauh ke belakang dari mereka. Banyak yang saya belajar dari penulisan-penulisan mereka yang saya tidak dapat dalam usrah. Jadi, bila ada pandangan mereka yang tidak selari dengan saya, saya lebih suka mengambil sikap ‘hold-on’ kerana saya percaya perbezaan tersebut adalah kerana kekurangan penagalaman, pendedahan dan ilmu. Mungkin sedikit masa lagi, saya akan fahami maksud-maksud penulisan mereka, Insya-Allah. Pada saya, jika belum faham, bertanya dari sumber dan mencari. Jangan mudah-mudah mengeluarkan pandangan berunsurkan spekulasi.

Usaha Mengubah Paradigma Pemikiran Juga adalah Amal islami

Bak kata Rausyanfikir, mengubah pemikiran juga adalah gerak kerja. Maknanya, bergerak kerja tidak hanya melalui berprogram sehingga berjaga malam sahaja. Malah juga melibatkan hasil penulisan yang berat untuk difikir dan disesuaikan dengan quran dan sunnah supaya mendapat solusi kepada penyelesaian masalah.  Ia penting kerana ia melibatkan paradigma atau cara berfikir seseorang yang akan menentukan bagaimana cara seseorang  mahasiswa Islam itu bertindak dalam mengatur langkah strategik untuk dakwah Islam. Kerana itu, saya kurang bersetuju bila ada dalam kalangan ahli gerakan Islam yang tidak setuju dengan pendekatan intelektual seperti mengadakan seminar-seminar dan sebagainya. Sedangkan ia adalah salah satu cara amal islami untuk membantu mengubah pemikiran ahli gerakan Islam dan juga menambahkan lagi kompetensi dalam beramal Islami.

Kalau dahulu, memang wujud rasa pesimistik saya terhadap sahabat-sahabat di dalam JIM dan ABIM kerana suasana lingkungan saya mengatakan tindakan mereka tidak menyeluruh. Hanya banyak seminar dan lebih bersifat intektual dan sebagainya. Sedangkan sebenarnya, itu adalah antara kekuatan utama (knowledge) yang perlu kita miliki sebagai umat Islam. Sebagai penjelasan di sini, kepelbagaian mad’u perlu diraikan. Mad’u yang terdiri daripada kalangan intelektual tidak boleh disamakan uslub tarbiyyahnya dengan mad’u-mad’u yang lain. Di sini, konsep ta’dib-by-marhalah (baca: ta’dib menurut Syeikh Syed Naquib al-Attas) amat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan fikrah.

Oleh itu, bagi saya, kewujudan JIM, ABIM dan NGO Islam lain adalah pengimbang kepada apa yang PAS belum dapat lakukan secara meluas. Walau apapun, uslub yang ada pada mereka perlu diterapkan di dalam kehidupan penggerak muda Islam melalui wadah PAS.

We cannot push somebody to be like us. But we can appreciate them through the special system for them, to be like us.

 

Bila terbaca aya-ayat di bawah:

Saya juga mula faham mengapa saya “tidak mendapat tempat” dalam suasan akademik mekanikal di kampus dan juga kegiatan aktivisme dalam Jemaah Islam Kampus yang berorientasikan politik. Kedua-dua aktiviti ini menekankan aspek output yang bersifat materialis, ya’ni seperti proses pengeluaran barang daripada kilang berbanding outcome yang lebih abstrak sifatnya ya’ni lebih sesuai dalam menerangkan proses pencapaian ma’na daripada idea yang diperhalusi dengan baik.
Saya terfikir tentang keadaan saya berfikir selama ini. Jujurnya, saya tidak pernah puas berbincang di dalam meeting-meeting amal Islami dengan sahabat-sahabat sejak beberapa bulan lepas, bahkan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Tetapi kepuasan ini saya kecapi bila bersama akhi Farid kerana kesudian beliau mendengar buah pemikiran saya yang entah betul entah tidak. Sebelum ini saya tidak puas melontarkan idea kerana apabila ia dikupas, ia tidak dikupas sedalam-dalamnya. Penyelesaian hasil keputusan mesyuarat lebih kepada berbentuk penyelesaian bersifat semasa.
Akibatnya, tiada jawapan yang memuaskan hati saya dalam sesi-sesi dialog atau mesyuarat yang dibuat. Persoalan yang hanya tinggal persoalan. Walau ada jawapan, ia belum menyeluruh. Walau ada penyelesaian, ia belum konkrit dan bersifat jangka panjang. Tidak kira sama ada dengan penggerak-penggerak PAS, aktivis kampus dan juga ustaz-ustazah yang ada. Tapi mungkin juga kerana keterbatasan masa dan tiada persediaan, tidak mengapa. Moga akan datang, saya dapat berbincang dengan mereka secara serius tentang isu-isu semasa yang bersifal kritikal dan memerlukan penyelesaian yang tuntas.
Bila lihat kepada situasi semasa adik-adik dikampus, saya harap dapat berkongsi serba sedikit dengan mereka dalam konteks semasa, apa kekuatan yang perlu mereka asah dari sudut persediaan intelek (‘aql). Buku seperti Generasi Muda dan Cabaran Globalisasi karangan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan wajar dibaca oleh penggerak islam kampus untuk mengetahui cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh mereka. Huraian yang panjang berkaitan dengan negara sekular mengambil juzuk yang panjang dan menjadi pemerhatian beliau untuk mendedahkan tipudaya-tipudaya para penggerak sekularisme di dalam negara-negara Islam. Selain itu, cabaran menghadapi nafsu dan hasutan syaitan turut menjadi penekanan penting dan disertai penyelesaian yang sangat berkesan untuk diikuti. Saya sarankan, carilah buku tersebut untuk mendapatkan sentuhan tarbiyyah Ustaz Abdullah Nasih Ulwan.
Semoga sebelum saya pulang ke semenanjung nanti, saya dapat berbincang dengan adik-adik kampus tentang konsep ‘adab’ dan ‘perjanjian pra-perpisahan’ (surah al-A’raaf: 172) yang dihuraikan oleh Prof Syed Naquib al-Attas serta perkaitan dan hubungkaitnya dengan ahli gerakan Islam untuk mendepani cabaran zaman post-modernisme. Ini penting untuk ahli gerakan Islam masa kini untuk berusaha ke arah menjadi insan kamil dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan ikutan.
P/S: Membaca sedikit harus disusuli dengan proses berfikir mendalam dan serius untuk memahaminya. Bukan membaca banyak tetapi tidak memberi ma’na kepada kehidupan. Ini nasihat besar dan penting buat saya pada kali ini. Syukran Wan Rausyan.
2 Comments leave one →
  1. FAUZYAH AHMAD permalink
    October 8, 2010 5:51 pm

    Salam…

    Pertama sekali, TAHNIAH! di atas pandangan saudara Aliff Basri yang amat menarik minat saya tentang “Cara Berfikir Mempengaruhi Strategi Bergerak Kerja”. Ia telah mengingatkan saya atas nasihat dan ceramah yang pernah saya dengar daripada seorang “Tok Guru” saya yang amat saya kagumi dan hormati hingga ke saat dan ketika ini…iaitu USTAZ HABIN FAISAL BIN MOHAMED!
    Ilmu yang disampaikan kepada saya tentang “SEKOLAH KEHIDUPAN” serta peri pentingnya “Cara Berfikir, Reaksi atau Sikap” kita dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini menentukan HASIL yang bakal kita perolehi di kemudian hari…telah memberi IMPAK yang amat besar dalam kehidupan saya sehari-harian…

    Akhir kata, alangkah indahnya jika ilmu yang saya pelajari melalui ceramah-ceramah,motivasi, seminar dan buku penulisan beliau sendiri yang saya boleh anggap sebagai seorang “Pendakwah yang juga ahli Perniagaan Berjaya” , dapat saya kongsikan bersama saudara…melalui laman web beliau di : http://hfzgroup.blogspot.com

    Semoga apa yang saya kongsikan ini mendapat manfaat kepada ramai lagi Jemaah Islamiah seluruh dunia…insya’allah..

    -Ukhuwah Fillah
    (Fauzyah)

    • Aliff Bin Basri permalink*
      October 19, 2010 12:23 am

      Terima kasih atas respon dan perkongsian blog yang sangat bermanfaat.

      Sudi kiranya jika kita terus bertukar pandangan dan idea untuk terus memperbaiki diri.

      SEKOLAH KEHIDUPAN…kita memang sedang menjalaninya…:)

      terima kasih saudari Fauzyah..

Leave a comment