Skip to content

Buletin Khas Sempena PRK: Kami Bukan Pro-A…

January 20, 2010
tags:

Sudah lama saya tidak menukilkan perihal kampus sejak keluar dari dunia kampus, tetapi, artikel di bawah ini, saya tulis khas untuk bersama-sama merasai bahang Pilihan Raya Kampus. Artikel di Bawah saya sertakan sebelum saya memberi komentar di bawahnya.

“AWAS: JANGAN TERTIPU..”

pilihan raya kampus yang tidak lama lagi akan melayarkan pentasnya dibumi UMS KAL kian dirasai oleh semua mahasiswa. tentunya pilihan raya kali ini akan lebih meriah lagi kerana turut disertai oleh budak junior,, apa yang menjadi perkara sinonim dalam pilihan raya kampus adalah dengan wujudnya parti parti yang mengetengahkan calon mereka untuk merebut kuasa dan jawatan dalam kerusi MPP dan JAKMAS.. “parti parti” apa itu????
inilah yang saya ingin ketengahkan kepada seluruh mahasiswa untuk menilai dan meneliti apa sebenarnya parti parti yang wujud di ums-kal..

PRO ASPIRASI…
apa itu pro Aspirasi??? Mengikut pengetahuan yg sedia ada pro aspirasi adalah golongan mahasiswa yg bertindak atas dasr percaya dan kesedaran untuk membawa mahasiwa bersama sama dengan pentadbiran universiti menuju matlamat yang sama bagi merealisalikan impian mahasiswa dan universiti..
namun mengikut beberapa pendapat mahasiswa lain.. pro aspirasi terlibat dengan kegiatan parti politik yg berhaluan PRO KERAJAAN…, persoalanya benarkah???? jom kita tanya dengan budak BADAR( sekarang sekateriat masjid) hem,,, inilah yg mereka katakan..”. benar,, pro aspirasi terlibat dengan PRO KERAJAAN,, pro aspirasi akan tunduk dengan apa sahaja yang diinginkan oleh pentadbiran universiti,, dan terpaksa mengetepikan hak mahasiswa…pendek cerita tak buat kerja lah,,, asyik tahu makan duit HEP jak… macam mana kamu tahu??? dulu budak badar nier time 2006/2007 nak masuk bertanding MPP mesti atas stand aspirasi… jadi mereka dah rasa apa yang telah disuap oleh pihak aspirasi kepada mereka…. time bertanding mereka ditaja oleh pihak pentadbiran untuk berkempen dapat RM 20,000…”

hem saya menjadi keliru dengan statement budak BADAR nier,, mari kita rungkaikan apa yang mereka dedahkan kepada kita tentang pro aspirasi…..
1.. budak BADAR dulu nak bertanding MPP guna stand ASPIRASI…
Kalo ler benar mereka katakan ingin perjuangkan hak mahasiswa tentunya mereka takkan masuk pro aspirasi, kerana terpaksa mengikuti segala telunjuk pihak HEP,, dan kerajaan,,, namun mengapa pula ada diantara golongan mereka terdahulu join pro aspirasi..???? Nak makan duit student ker… dapat duit rm 20,000 tuer betul ker??? kalo betul mereka nier kira makan duit haram ler..

2..siapa budak BADAR yg dulu bertanding atas tiket PRO ASPIRASI????
Abg Alif, syukri, johan, rahimi,…. siapa mereka nier????
saya makin keliru,,, setahu saya mereka nier adalah golongan yg sangat dikagumi oleh semua student kat UMS KAL… Tp dorang nier kan pro aspirasi???? mesti makan duit student… jahatnya….

kekuatan hati saya untuk meneroka apa yg dikatakan oleh mereka iaitu HASLI BIN HALIDA, tentang pro aspirasi makin kuat bergoncang untuk mengetahui…..
setahu saya time abg alif and kekawanya,, telah banyak menyumbangkan benda baik untuk universiti baik dari aspek pembangunan material mahupun mentaliti…. tp dia tuer kan budak pro ASPIRASI… dorang kata pro aspirasi tue tak pandai buat kerja,,,… huhhuhu,,, apa nieh…. makin keruh sy dibuatnya…..

lalu sy berkata dalam diri…….
” berfikirlah dengan fitrah kekuatan akalmu,, jangan pernah lemah dan mengalah dengan mereka yg hanya tahu memesongkan pemikran mu,, kita bertindak atas dasr kesedaran, kita belajar dari pengalaman, kita bangkit dengan satu pemikiran… mencorak kehidupan dengan kudrat kekuatan sebagai mahasiswa beridentiti, mempunyai jati diri, semoga kita mampu menjadi terbaik diantara mereka yg terbaik.”
baru saya paham rupa rupa nya hasli tue penipu besar…. dia angap dia jwer yang betul…..

mari kta teroka pula apa itu PRO -MAHASISWA,,,
pro mahasiswa merupakan golongan mahasiswa yg bangkit dari penderitaan kehidupan mahasiswa yang dibelunggu dengan dasar kerajaan dan pentadbiran universiti yang mengetepikan hak mahasiswa.. hal ini telah menyebabkan mereka bangkit untuk menentang siapa saja yg cuba untuk menyekat dan menghalang suara mahasiswa… wah…. hebat benar semangat mereka nier….
hem mari kita teroka apa pula pemahaman budak badar terhadap PRO MAHASISWA…
pro mahasiswa merupakan golongan pejuang ataupun hero kepada mahasiswa,, kami akan pastikan siapa siapa yg menjadi calon aspirasi pasti dan pasti akan digulingkan sebelum bertanding dengan cara apa sekalipun… kami adalah pro mahasiswa yang bersih dan tidak menerima apa apa pun wang oleh mana mana pihak untuk berkempen… kami mahu suarakan hak mahasiswa hingga gegar pentadbiran universiti….
dashyat juga semangat mereka nier…..

mari kita teroka dengan akal pikiran yg rasional dan cara yang profesional agar tidak beremosional….

1.Pro mahasiswa menjadi hero kepada mahasiswa di UMS KAL…. benarkah????
huhhuuhu… kalo benar mereka nie hero kepada mahasiswa mengapa MPP umskal pada time Abdillah Sangat lembab…. banyak masalah yang mereka tak dapat settle kan… itukah sebenarnya maksud hero???

2.. bila pro mahasiswa nier wujud di UMSKAL????
pro mahasiswa nier wujud bermula pada pem,erintahan mpp Abdillah dan sekutunya…. kenapa makin teruk pemerintahan merekA kat UMS KAL???? sebelum nier teruk kah pemerintahan MPP????
SEMASA TIME ALIF,, NARSHAD,,, MPP memang boler dibanggakan…. mereka nier lah orang ASPIRASI…. yg kononya makan duit pelajar seperti yg difitnah oleh HASLI…

mari kita renung sejenak apa pula kaitan badar dengan PRO ASPIRASI dan PRO MAHASISWA????
BADAR merupakan persatuan yang sangat popular di UMS KAL… badar telah banyak melakar sejarah yang boleh membina sebuah persatuan yang sangat akitf di UMSKAL…
Saya sendiri bekas ahli badar dan saya melihat badar merupakan sebuah persatuan yang sangat hebat dan boleh dikagumi.. badar telah banyak melahirkan pemimpin yang berkaliber dan idealistik..
apa kaitanya????? badar dan aspirasi adalah dua intiti yang berbeza begitu juga dengan pro mahasiswa.. badar adalah persatuan dah ahlinya ada juga yang masuk ke dalam pro M dan aspirasi…

mari kita rungkaikan disini….. BADAR dan PRO MAHASISWA adalah berbeza,,, setahu saya badar tidak pernah mengajar ahlinya untuk memfitnah dan memburukkan orang lain apatahlagi mengangap saudaranya sebagai musuh… apa yang saya kesalkan disini, imej badar telah dicalar oleh segelintir pimpinan yang terlalu extreme dengan ideologi karut mereka…
sebagai contoh… hasli merupakan bekas pemimpin badar pada 2008/2009..
sebagai seorang pemipin wajarkah beliau memfitnah seseorang tanpa ada bukti yang sahih… beliau telah menconteng arang kedalam blog saya,, mengugut dan sangup memutuskan persaudaraan hanya kerana kuasa MPP…. kemana hilangnya rasional seorang yg digelar pemimpin..
saya amat mengharapkan beliau bermusahabah diri seperti mana yg pernah beliau katakan dalam usrah yg perna saya ikuti…

apa yang saya harapkan semua sahabat dan teman yg bijaksana, janganlah kita tertipu dengan ideologi mereka yg konon nya mengangap diri mereka sebagai pejuang mahasiswa… mari kita ubah pemikiran,, kita hentikan permusuhan… kita bina kembali kekuatan mahasiswa… AGAR KITA TIDAK TERHEMPIT DENGAN KESENGSARAAN YG DIBAWAKAN oleh mereka yg berfikiran kolot….

hidup pro aspirasi mahasiswa… kembalikan momentum mahasiswa yg telah dicalarkan oleh mereka yg berfikiran kolot…

Sumber: http://nadyel-asaqyel.blogspot.com/

Komentar:

Bulan ini adalah bulan ‘peperangan’ idealisme dikalangan para pelajar yang sedar di kampus-kampus seluruh IPTA/s di Negara kita. Sekarang adalah diambang berlangsungnya pilihan raya kampus. Jika dahulu, PRK berlangsung sekitar bulan 8, 9 atau 10 pada setiap tahun, tetapi sejak 2 tahun lepas, PRK mula dihilangkan semangat kebersamaannya (antara kampus-kampus) apabila berlakunya ketidakselarasan tarikh berlangsungnya PRK. Secara jujurnya saya tidak nafikan bahawa ia ada kaitan dengan kemelut suasana politik Negara pada ketika itu.

Bila berlangsungnya PRK, ia sinonim dengan perang saraf yang bertindak untuk menjatuhkan pihak lawan dengan membangkitkan sesuatu isu, sama ada benar atau tidak, sudah menjadi perkara nombor dua, bagi golongan yang suka memfitnah.

Baru sebentar tadi, saya terbaca blog seorang junior saya, adik Nadil. Beliau merupakan adik usrah saya yang saya kasihi kerana Allah. Untuk adik Nadil, artikel ini bukan untuk mengeruhkan hubungan tau, tetapi sebagai pengimbang untuk melenyapkan salah anggap dan salah faham yang sedang berlaku. Untuk para pembaca sekalian, buang yang keruh, ambil yang jernih dari isi-isi artikel ini ya.

Baiklah, apabila saya membaca isi blog adik Nadil yang berjudul “AWAS: JANGAN TERTIPU…”, saya terpanggil untuk memberi respon yang serius dan berterus terang tentang apa sebenarnya yang telah berlaku, kerana ia melibatkan maruah individu-individu yang disebutkan nama serta nama persatuan yang telah banyak berjasa dan perkaitannya dengan persepsi masyarakat kampus dan luar kampus kerana ia dipamerkan di dalam blog, untuk tatapan dunia. Apa yang bakal saya dedahkan ini adalah realiti yang berlaku untuk dinilai dengan adil.

Saya membesar di UMS-KAL dengan tarbiyyah Islamiyyah yang dibekalkan oleh abang-abang dan kakak-kakak BADAR yang amat saya sanjungi dan kagumi. Oleh kerana itu, saya merasa bertanggungjawab untuk membersihkan nama baik BADAR yang telah banyak berjasa pada saya dan sahabat-sahabat yang lain. Dengan BADAR saya belajar memimpin dan berorganisasi. Dan yang lebih penting, dengan BADARlah saya mengenal siapa diri saya, supaya tidak mudah hanyut dengan persekitaran.

Kembali pada artikel di atas, setelah meneliti dan mengamatinya berulangkali, saya mendapati, artikel itu dipenuhi dengan sejumlah salah faham yang amat besar sehingga satu institusi yang menjadi medan tarbiyyah kampus UMS KAL telah dipandang serong (sebenarnya telah lama dipandang serong oleh pelbagai pihak yang sembang kemas hendak tolong agama sendiri, tapi ia hanya omongan kosong umpama tin karat. Untuk hurai bab ini, mungkin dilain masa dan boleh berdepan dengan sesiapa yang sedia. Banyak yang saya nak luahkan, baik secara emosional mahupun rasional. Macam nak gaduhkan?hehehe)

Pertama sekali, saya ingin menyentuh terma pro-aspirasi yang digunakan oleh adik Nadil. Definisi umum yang diberikan itu memang sangat ideal dan ia sepatutnya menjadi semangat perjuangan semua kepimpinan mahasiswa dipelbagai peringkat, baik diperingkat kolej kediaman ataupun kabinet MPP universiti masing-masing. Akan tetapi, sayangnya, definisi itu saya berani katakan bahawa ia hanyalah sebuah definisi yang tidak bernyawa dibadan rakan-rakan pro-aspirasi, yang sebenarnya cuba hendak diperjuangkan kembali oleh pihak pro-mahasiswa.(wow, macam sokong Pro-M Nampak! Haha. Saya bukan Pro-M ye.).

Sebenarnya perjuangan Pro-Asprasi yang cuba dicanang oleh segolongan pihak, telah dipermudahkan kemenangan mereka dengan pemberian ‘kemudahan’ untuk bertanding. Salah satu kemudahan yang pro-aspirasi dapat ialah kemudahan sumber kewangan. Dengan wang yang diberikan, buatlah apa sahaja, yang penting calon aspirasi boleh menang.

Pemberian kemudahan ini sebenarnya adalah kunci untuk menawan hati dan pemikiran para pemimpin pelajar yang berjiwa besar untuk akur pada sebarang ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak universiti, yang pada dasarnya, tidak sesuai untuk diterima pakai diperingkat para pelajar. (mungkin bukan semua, tetapi ada)

Apabila para pelajar yang diberi kemudahan-kemudahan ini mula hendak menunjukkan karisma mereka, dengan mengeluarkan pandangan mereka yang agak kontra dengan pandangan pihak yang memberi kemudahan, mulalah pihak tersebut mengungkit kembali kemudahan–kemudahan yang telah diberikan kepada mereka ini. Ini realiti yang berlaku, dik Nadil.

Secara individu, ingin saya nyatakan di sini, saya dan sahabat-sahabat yang lain seperti Rahimi, Johan dan Syukri, bertanding sebagai MPP satu ketika dahulu bukan atas tiket aspirasi mahupun Pro-M, akan tetapi atas ‘stand’ individu yang mempercayai bahawa mahasiswa mempunyai idealisma yang tersendiri untuk diperjuangkan. Jika terdapat kelebihan, itu hasil kerjasama disetiap peringkat, sama ada diperingkat universiti, mahupun diperingkat kepimpinan bersama sahabat-sahabat saya seperti Syukri, Rahimi, Johan, Pamela dan Azlin (Ini di UMS-LABUAN la) juga diperingkat JAKMAS (walaupun bukan semua). Mereka ini yang sanggup bersengkang mata untuk berusaha membantu sahabat-sahabat kampus.

Dan setiap kali mesyuarat, saya selalu tekankan bahawa kita berjuang untuk pelajar dan bukan untuk pihak lain. Perjuangan itu pula seharusnya sesuai dengan idealism seorang ahli masyarakat yang bakal mencorak masyarakat yang lain. Bukannya mengikut arus perdana yang membawa mahasiswa hanyut sebagai seorang pelajar goyah jati diri, baik pemikiran ataupun penampilan.

Selain itu, aspek berdiplomasi amat ditekankan dalam usaha mengekalkan keharmonian diantara pihak-pihak yang kami berurusan. Meja mesyuarat menjadi medan kepada kami untuk melontarkan idea dan saranan alternatif bagi menyelesaikan isu-isu yang sedang melanda kampus, baik dari segi spiritual, intelektual mahupun isu untuk mengekalkan intgrasi antara kaum yang pada kami amat penting untuk dijaga dan dipelihara. (Jika terdapat sebarang ketegangan ketika msyurat, itu biasala, tapi lepas itu, memang berbaik. Be Professional…)

Untuk tatapan adik nadil dan juga sahabat-sahabat pembaca yang lain, kadang-kadang suatu kejahatan itu amat halus sehingga tidak dirasai oleh orang yang tidak terlibat. Kejahatan seseorang itu sangat halus sehingga berjaya ditutup dengan kebaikan, yang sebenarnya amat diragui oleh orang yang pernah merasai keperitan berjuang menegakkan kebenaran(tetapi perjuangan mereka disisihkan).

Saya tidak hairan apabila kenyataan saudara seperjuangan saya, akh Hasli diperkecilkan oleh adik Nadil kerana memang tiada bukti yang jelas. Akan tetapi, percayalah, memang wujud campur tangan pihak kerajaan UMNO-BARIsan nasional dalam usaha mereka mempergunakan mahasiswa-mahasiswa yang celik untuk mengikut telunjuk mereka. Ia dimulakan dengan memeberikan kemudahan-kemudahan, seterusnya akan mengugut untuk ikut apa yang telah caturkan, dan akhirnya, cara kita berfikir akan dijajah oleh mereka yang berkepentingan kerana mereka Berjaya mewujudkan rasa ‘berterima kasih’ di dalam minda para pemimpin pelajar atas segala kemudahan yang telah diberikan.

Dapatkan 4 FLAT!

Saya juga tidak hairan jika wujud segolongan pihak yang memperkecilkan segolongan mahasiswa yang tidak mencapai tahap akademik yang membanggakan, kerana bagai pihak tersebut, akademik adalah satu-satunya (seolah-olah begitu) jalan atau kayu ukur untuk menunjukkan seseorang itu Berjaya atau tidak.

Sedangkan, diluar sana, masih ramai yang tidak begitu cemerlang dalam akademik, tetapi mereka adalah orang yang pandai berdikari dan tidak bergantung hidup dengan orang lain, berani mengambil risiko untuk meneruskan kehidupan dan mampu menjadi seorang jutawan. (Harus diingat, saya adalah seorang yang sangat optimis pada diri dan sedaya upaya mahukan yang terbaik, jadi saya tidak bermaksud agar akademik dikesampingkan. Ia adalah fardhu Ain.)

Dan saya juga tidak menafikan, terdapat juga dikalangan orang-orang yang hebat dalam dunia akademik, tetapi masih terus dijajah dengan pemikiran dualism dan secular, juga skeptik terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka sehingga hilang pertimbangan untuk menimbang sesuatu isu atau seseorang itu dengan neraca keadilan. Lalu yang buruk itu Nampak benar dan betul, manakala yang benar dan betul itu Nampak kotor, teruk dan kolot. Tidak kurang juga, wujud dikalangan mereka, seorang yang menggunakan otoriti yang mereka ada sebagai seorang ahli akademik, tetapi menggunakan ia untuk menampakkan sesuatu yang salah itu benar dan yang benar itu salah. Akibatnya, mahasiswa jadi keliru dan caca-merba.

Wow, agak emosional penulisan saya kali ini, tetapi ia penting pada saya, untuk menyedarkan golongan yang mahu sedar dan bersedia untuk menerima sesuatu info untuk dinilai bersama dengan bukti-bukti rasional sedia ada.

Jika ditanya, saya dipihak yang mana, maka saya akan jawab saya menyokong Pro-M, kerana perjuangan mereka lebih telus dan sedar berbanding Pro-Aspirasi. Ini saya. Awak pulak?

 

P/S: Artikel ini sesuai dibaca oleh orang-orang yang terbuka pemikirannya🙂 Lagi satu, buat sesiapa yang bertanding, baik Pro-M atau Aspirasi atau individu, bertandinglah dengan ikhlas dan sedar (bukan jadi boneka). Setiap yang memimpin akan dipersoalakan kelak. Huhu..

2 Comments leave one →
  1. January 20, 2010 3:17 am

    Assalamualaikum akhi,
    alhamdulillah…
    Jiwa rasa aman tatkala membaca artikel akhi,
    semoga segala gerak kerja ini dipandu oleh Yang Maha Kuasa,
    doakan kejayaan seluruh sahabat dan sahabiah dunia dan akhirat,🙂

  2. iman mujahidah permalink
    November 1, 2010 7:34 pm

    assalamualaikum…
    salam perjuangan mahasiswa buat akhi alif..
    biar sudah meninggalkan alam kampus namun pena masih di susun utk menulis hakikat sebuah kebenaran dalam perjuangan…
    biarlah agak lambat utk memberi komen namun sy masih merasa kagum dengan situasi politik yang agak panas d bumi UMS..jika dilihat UMS & UNIMAS sama2 bertapak di bumi borneo yang jauh dari tanah semenanjung..namun pemahaman politik di UMS amat berbeza dengan situasi politik di UNIMAS..di UNIMAS politik @PRK amat lah lesu dan lemah..pemahaman dan kesedaran mahasiswa tentang peri pentingnya politik @ PRK dalam menaikan calon yg boleh berjuang menegakkan hak mahasiswa amat sedikit..sehingga mahasiswa tidak kisah dan tak ambil tahu pun calon mereka..tidak hairan lah jika MPP pun mereka tidak kenal..Yg mereka tahu bila pihak pentadbiran membuat sesuatu dasar maka pelajar harus ikut tanpa bantahan..
    Namun setelah hampir 2 tahun berada di sini,baru ada satu kelompok mahasiswa yang sedar akan kuasa yg ada pd mahasiswa..namun utk mngejutkan mahasiswa yg lena amat lah payah dan memerlukan masa yang amat panjang..
    Oleh itu, sy amat berharap agar akhi alif sudi2kn diri untuk sama2 memberi sediki panduan dan pandangan yg boleh membantu kami utk mngejutkan rakan2 yang lena dan amat suka berhibur…
    sekian
    salam perjuangan PRO-M..
    “DARI MAHASISWA UTK MAHASISWA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: