Skip to content

Muhasabah: Tiba-Tiba Terjaga Dari Tidur…

October 10, 2009

bangun tahajud

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai meliat jam sekadar mendapatkan satu kepastian.

“Oh, baru pukul 3 pagi…”

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

PILIHAN 1

Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel: “Apasal la aku bangun awal sangat.” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal… Nauzubillah…

PILIHAN 2

“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.’ Kemudian sambung kembali ibadah senyap…

PILIHAN 3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah…

Terjaga diawal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah menjadikan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkankita malam-malam seterusnya. Itulah cara mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.

Sumber: Majalah Solusi Isu 12

P/S: Teringat saranan mantan Pres. GAMIS, lepas ini mungkin boleh ditukar cara, daripada menyuruh agar di isi borang Mutaba’ah ibadah semata-mata kepada pemberian poster-poster seperti di atas, sebagai motivasi diri dan lebih realistik, insyaAllah.

4 Comments leave one →
  1. October 10, 2009 4:12 pm

    Mm… sebagai tmbhn artikel saudara di atas…
    Adapun Solat Tahajud/Solat malam itu adalah suatu amalan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah SAW, para sahabat, para ulama dan para solihin.
    Allah SWT berfirman maksudnya:
    “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
    ibadah tambahan bagimu semoga Allah mengangkat kamu ke tempat yang
    terpuji..” (Bani Israil:79).
    Dan Sadba Nabi SAW juga yang bermaksud:
    “Solat yang paling utama sesudah solat yang fardhu, ialah solat sunat
    Tahajjud.” (HR. Imam Muslim).

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    October 10, 2009 6:07 pm

    Syukran, ukhti..
    Subhanallah…banyak info yang nti kongsikan…
    Moga bermanfaat buat para pembaca..terutamanya ana..
    Syukran ya..

    Sirru ala barkatillah…
    🙂

  3. ummu_iffah permalink
    October 10, 2009 10:22 pm

    alhamdulillah, article yg brmanfaat tuk peringatan kita bersama…thx sudi kgsi…kekadang xsdr yg bnda ni slalu trjadi kt diri kita. Peluang yg Allah berikan terlepas gitu je,ruginye rasa… Sesama kita muhasabah diri ye…

    • Aliff Bin Basri permalink*
      October 11, 2009 11:53 am

      Insyaallah, ummu…
      betul tu…

      Sebagai yang mengaku pejuang Allah, sepatutnya ia jadi amalan utama dilatih untuk menjadi amalan harian..

      Moga ummu terus istiqamah dalam perjuangan Islam…

      TAKBIR!!
      🙂

Leave a comment