Skip to content

Rehlah Mencari Ilmu dan Sindrom Suka Pulang Ke Kampung

October 2, 2009

Oleh: Aliff Basri

Perkataan rehlah, kalau dilihat dari perspektif di kampus, maka perkataan yang sinonim dengannya ialah berkelah. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama sahabat, rakan dan taulan.

Tapi bila ditinjau dari perspektif pendidikan, rehlah merupakan satu perjalanan untuk menuntut ilmu. Aktiviti rehlah adalah aktiviti yang disinonimkan dengan para pencinta ilmu dan kebenaran. Sejak di zaman Yunani lagi, aktiviti rehlah telah menjadi aktiviti utama segolongan masyarakat mereka, dalam usaha menuntut ilmu. Perjalanan yang mereka tempuhi bukan sekitar 1-15km, tetapi beratus-ratus kilometer. Dalam karya Hairudin Harun, “Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam: Peranan dan Proses Penyerapan Sains Asing dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal”, beliau memetik hasil karya berikut:

Dalam Tabaqat al-Umam, karya Sa’id al-Andalusi (m. d. 1070:

“Empedokel (salah seorang ahli falsafah Yunani pra-Sokratik) hidup di zaman NAbi Daud AS… (dan) (b)eliau mempelajari sains daripada Lukman (al-Hakim) di Syria..

Mengenai Pitagoras, Sai’id al-Andalusi menulis:

“Pitagoras hidup selepas Empedokal. Beliau mempelajari falsafah (tabii) daripada sahabat Nabi Sulaiman…”

Selain daripada itu, dalam buku yang sama, beliau mendedahkan kenyataan Proklus (m. D. 485) yang menulis tentang sejarah sains geometri:

“Thales, selepas melawat Mesir, telah memperkenalkan (ilmu geomatri) ke Yunani. Beliau bukan sahaja telah membuat pelbagai penemuan, bahkan telah meletakkan asas bagi penemuan lain untuk mereka selepas beliau , dan beliau juga telah menyelesaikan masalah (sains/matematik) secara teori dan yang lain secara empiric… (Cohen dan Drabkin, 1958:34)

Ini antara sedikit contoh yang menunjukkan bahawa aktiviti rehlah menuntut ilmu telah berlaku sejak sekian lama. Bahkan lebih lama sebelum itu, adalah peristiwa Nabi Musa A.S bermusafir menuntut ilmu dengan Nabi Khaidir A.S. Begitu juga dengan para Rasul Solawatu wassalam yang lain.

Selain daripada itu, para ilmuan Islam di zaman kegemilangan Islam, turut bermusafir atau berehlah jauh dari kampung halaman mereka untuk menuntut ilmu. Siapa tidak kenal dengan Imam Bukhari yang bertungkus-lumus menuntut ilmu hadis dan mencari hadis-hadis sahih di sekitar Semenanjung Hijaz. Begitu juga dengan Imam Syafie, berehlah sehibgga menjadi pakar dalam bidang ilmu Fiqh. Tidak lupa juga dengan Imam al-Ghazali, yang berehlah jauh dari kampung halaman untuk mendalami ilmu fiqh, hadis, kalam dan falsafah.

Proses menuntut pula adalah lama dan memerlukan konsentrasi yang tinggi ungtuk mencapai tahap yang dikehendaki.

Jika hendak mengambil contoh-contoh terdekat juga, ramai para ilmuan kita yang merantau jauh dinegeri orang untuk menuntut ilmu. Antaranya, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prof Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim, Prof. Muhammad Haji Salleh, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Prof Diraja Ungku Aziz, dan ramai lagi yang jika dilihat galur pendidikan mereka, menuntut mereka merantau, berehlah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Itu adalah sejarah kehidupan orang-orang yang dikurniakan kehebatan oleh Allah swt untuk memberi bakti kepada agama dan bangsa mereka, hatta dunia seluruhnya. Bagaimana pula dengan kita, anak-anak muda yang telah diberi banyak peluang untuk menagih ilmu di IPT-IPT sekitar Malaysia. Mungkin tidak berpeluang untuk berehlah ke luar Negara, tetapi itu bukan bermaksud kita tidak berehlah demi menuntut ilmu.

Bila saya membaca petikan artikel di bawah ini, saya terfikir suatu masalah yang sedang melanda pemikiran mahasiswa-mahasiswa kita masa kini, iaitu sindrom suka pulang ke rumah. Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, di dalam karyanya, Masyarakat Islam Hadhari: Satu tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa”, menyebutkan:

“Kewajipan menuntut ilmu, pertalian ilmu dengan kewibawaan guru-guru mursyid dalam pelbagai bidang, pembebasan ilmu pengetahuan daripada ikatan-ikatan etnik, dan tempat,  telah menanam-suburkan semangat pengorbanan yang ikhlas dan tinggi dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam, termasuklah orang-orang Melayu. Sehubungan dengan itu, rehlah atau meninggalkan kampung halaman demi menuntut ilmu pengetahuan merupakan salah satu daripada ciri-ciri penting dalam kerangka keilmuan ini.

Mungkin kebiasaan balik kampung yang terlalu kerap dalam kalangan pelajar Melayu Islam dewasa kini sedikit sebanyak mengalihkan pemusatan fikiran mereka daripada pengajaran ilmu pengetahuan yang serius. Oleh yang demikian, para pelajar Islam lain dari luar Negara yang berada di Malaysia misalnya, atau pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara tidak mengalami masalah tersebut walaupun terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar antarabangsa dan dalam bahasa-bahasa asing pula, sama ada bahasa inggeris atau bahasa Arab.”

Melalui dua perenggan ini sahaja, banyak perkara boleh dihuraikan untuk perkongsian bersama, walau bagaimanapun, dua isu yang menarik untuk dibincangkan di sini, iaitu isu rehlah untuk mencari ilmu sebagai kerangka keilmuan umat Islam, yterutamanya di tanah Melayu, dan juga isu kebiasaan balik kampung yang terlalu kerap dalam kalangan pelajar Melayu di IPT-IPT tempatan.

Namun, fokus pada kali ini adalah berkenaan dengan konsep rehlah itu sendiri yang masih gagal dihayati oleh para pelajar IPT. Apabila tiba sahaja cuti hujung minggu, jika tiada program, para pelajar lebih cenderung untuk pulang ke rumah kerana tiada apa yang hendak dibuat pada hujung minggu apabila tinggal di hostel. Dan selalunya, sindrom suka pulang ke rumah ini menimpa para pelajar yang rumahnya agak hampir dengan kampus masing-masing. Sedangkan, masa yang ada sepatutnya boleh diperuntukkan untuk memfokuskan diri bagi mempertajamkan ilmu selama berada di kampus.

Apabila pulang ke rumah, masa yang ada banyak terbuang untuk tempoh perjalanan. Begitu juga perbelanjaan wang yang sepatutnya boleh disalurkan untuk perkara yang lebih berfaedah dalam proses menuntut ilmu.

Keadaan sekarang seolah-olah para pelajar IPT, tidak semua, tapi wujud dalam kalangan mereka, tidak menghargai peluang yang mereka perolehi. Masa yang ada tidak diisi sebaiknya untuk proses mendalami ilmu. Sedangkan peluang yang mereka perolehi ini tidak diperolehi oleh rakan-rakan di luar sana.

Sudah tiba masanya untuk mahasiswa sekalian merenung dan menilai semula tahap kematangan, ke-intelektual-an mereka sepanjang mereka berada di kampus masing-masing.

Sama ada mereka sudah sampai ke tahap mampu untuk berfikir dan bertindak secara matang dan penuh sedar bahawa mereka adalah harapan ummah, atau mereka masih lagi berada ditakuk yang lama, hidup dengan keadaan di awang-awangan, tanpa matlamat yang jelas mengapa mereka memasuki institusi-institusi pengajian tinggi.

Nikmat belajar di IPT-IPT adalah nikmat yang besar untuk dihayati agar dapt memberi setiap diri individu yang bealajar di IPT dapat menjadikan IPT sebagai tempat untuk mereka dapat mencari ma’na kehidupan yang hakiki.

Oleh itu, watak muslim seperti yang ditunjukkan oleh para ilmuan Islam terdahulu, harus diasah agar kembali dapat dijiwai di dalam diri seorang Muslim.

Rujukan:

1) Hairudin Harun, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam: Peranan dan Proses Penyerapan Sains Asing dalam Pembentukan Sains Islam Klasikal, 2004, Universiti Malaya.

2) Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, Masyarakat islam Hadhari: Satu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Siti Ezaleila Mustafa, 20 Tokoh Ilmuan, 2009, Medium Publications

5 Comments leave one →
  1. cikgu permalink
    October 2, 2009 8:18 pm

    assalamualaikum..

    artikel yang menarik untuk kali ini.t.kasih kerana sudi kongsi bersama.saya tertarik dengan ayat sindrom suka pulang ke kampung..teringat masa belajar di universiti,.bila tiba sabtu dan ahad je, sibuk nk beli tiket untuk pulang ke kampung. sampai ada yang lajak cuti dan terpaksa ponteng kelas. amatlah rugi saya rasa..saya cadangkan saudara dapat hantar artikel ini kepada mana2 surat khabar untuk perkongsian. mungkin ada kebaikannya, insyaALLAH..

  2. Dho'if permalink
    October 3, 2009 1:46 pm

    “Redha ALLAHswt itu terletak pd redha kedua ibu bapa dan Murka ALLAHswt itu jga terletak pd murka kedua ibu bapa” – Maksud Hadith

    Sudah tntu saudara mampu menghuraikan mksd hadith diatas dan kaitknlh ia dgn huraian saudara berkenaan “Sindrom Pulang ke Kampung”.

    Bukan semua yang pulang ke kampung membuang masa.
    Redha mereka jauh lebih besar darjat disisi ALLAH berbanding ilmu sb ilmu juga tak akan datang tanpa Redha dariNYA apatah lagi ia bermanfaat buat kita.
    Tidak berguna ilmu yang tinggi tetapi tidak diredhai..

    Sekadar komen..

    ~ilmu tidak terbatas dan ia datang walau dimana kita berada, wallahu’alambisawab..

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    October 3, 2009 2:59 pm

    Syukran atas komen dan saranan Cikgu. Hm, rasa tak layak hendak panjangkan ke akhbar-akhbar. Apapun, itu realiti yang berlaku,cikgu. Nasihat ini untuk renungan bersama, cikgu..🙂

    Buat Dho’if, syukran atas komen yang diberikan melalui perspektif yang berbeza. Tiada sebab untuk saya pertikaikan komen saurada kerana ia memang benar.

    Fokus artikel saya ini adalah untuk mereka yang belum dapat menghayati proses mendapatkan ilmu yang sememangnya memerlukan pengorbanan.

    Tugas anak untuk menerangkan pada ibu bapa tentang tanggungjawab
    mereka di kampus. Jika mereka tidak dapat berikan keyakinan pada ibu bapa, hendak buat macam mana. Kenalah ikut kata mereka, tetapi memang wujud ‘kos lepas’ di situ.. dan daripada duduk bilik tidak buat apa-apa, baik balik rumah, dapat berbakti pada ibu bapa..🙂

    Kisah Imam Syafie melalui rehlah untuk menuntut ilmu boleh dijadikan panduan dan iktibar bersama. Boleh dilihat sifat tawadhuk beliau dalam proses mahu mendapat kebenaran ibunya untuk merantau jauh menuntut ilmu.

    Walau apa pun, syukran ya.. Moga bermanfaat walau sedikit..🙂

  4. October 4, 2009 1:25 am

    Assalamualaikum…
    Erm..Sye rse artikel saudara nie tlh memberikan kesedaran kpd sye sbgai seorang siswi utk mempergunakan masa cuti dgn sebaiknye..trime kasih..;-)

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    October 6, 2009 6:02 am

    Waalaikummussalam, ukhti haziqah..

    Alhamdulillah…jika mendapat manfaat, moga ia berguna, ukhti..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: