Skip to content

Konvokesyen dan Tradisi Islam

October 8, 2009

Konvokesyen UMS ke-11 bakal berlangsung bermula 10-13 Oktober 2009. Melibatkan lebih kurang 3000 pelajar bakal bergraduasi kelak. Bahkan, di beberapa IPTA turut mengadakan majlis konvokesyen masing-masing dalam beberapa waktu terdekat ini seperti UUM, UiTM, dan beberapa IPTA lain.

Ini adalah indikasi bahawa akan bertambah lagi bilangan tenaga kerja di pelbagai bidang dan kepakaran. Ia sudah tentu akan mampu memberi impak dalam pelbagai sektor dinegara dalam tempoh 10-50 tahun akan datang. Hal ini sudah tentu menuntut kepelbagaian sektor untuk memiliki kepakaran dalam kepelbagaian bidang.

Walau bagaimanapun, penentuan sebagai seorang individu yang baik bukan hanya bergantung kepada terbentuknya tenaga pakar dalam setiap bidang kerjaya, malah lebih dari itu ialah bagaimana sesuatu ‘nilai baik’ itu terbentuk dalam diri setiap mahasiswa yang bakal bergraduan kelak. Indikasi pembentukan nilai yang baik dalam diri individu mampu menjadi penentu  kepada kestabilan disetiap bidang yang diceburi mereka, seterusnya mampu memberi impak postif dalam proses menjaga kedaulatan negara, perpaduan antara kaum serta meningkatkan tahap kefahaman dan penghayatan hidup sebagai Muslim. Maka sesi konvokesyen IPTA dan IPTS bakal menjadi kayu ukur penghasilan ahli masyarakat dalam tempoh 50 tahun dari sekarang.

Antara Celik Tradisi dan Buta Tradisi

Tradisi Islam yang unik adalah sebuah tradisi yang wajib difahami oleh setiap individu Muslim. terutamanya tradisi keilmuan Islam generasi terdahulu. Terlampau banyak perkara yang berlaku pada abad ini timbul akibat ketidak-salah-fahaman mereka terhadap agama Allah (Islam). Apapun, secara umumnya, salah faham yang berlaku  adalah akibat kekeliruan mereka dalam memahami sesuatu ilmu pengetahuan.

Contohnya, asal-usul tujuan penciptaan pisau adalah untuk membantu urusan kehidupan manusia bagi meneruskan kehidupan dengan baik melalui usaha untuk mendapatkan makanan dan melindungi diri, akan tetapi akibat kekeliruan nilai dan etika, maka pisau atau benda tajam digunakan untuk membunuh benda hidup tanpa tujuan yang haq (benar). Ini contoh yang diberikan ilmuan Islam kontemporari, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam karyanya, Risalah Untuk kaum Muslimin ketika membincangkan berkaitan dengan faham Ilmu.

Selain daripada itu, aplikasi sesuatu amalan masa kini sememangnya wujud keterkaitan dengan amalan umat terdahulu.  Ini terbukti dalam banyak perkara dan lapangan hidup. Akan tetapi, dengan berlalunya zaman dan masa, mengakibatkan asal sesuatu amalan tersebut hilang asal-tujuan mengapa ia diamalkan. Dan inilah yang sedang berlaku kepada umat Isalam masa kini apabila sesuatu perkara yang di amalkan atau dilakukan, pelakunya gagal memahami sebab dan falsafah bagi amal ibadat yang dilakukan. Akibatnya, amal tersebut hanya tinggal amalan sahaja Tidak difahami dan dihayati, apatah lagi, untuk memberi kesan kepada kehidupan seharian sebagai seorang muslim.

Harray Potter dan Tradisi Islam

Tadi, saya dan sahabat-sahabat baru sahaja selesai menghadiri program raptai Hari Konvokesyen UMS ke-11 di kampus. Bila sahaja mendengar penerangan TNC Akademik UMS memberikan taklimat dan kemudiannya melihat klip video tentang cara pemakaian jubah konvo, macam-macam perasaan ada dalam diri saya. Penerangan pemakaian jubah membuatkan minda saya melayang ke zaman kegemilangan Islam lalu membuatkan saya teringat wawancara antara Dr. Afifi al-Akiti  di Sudut Pandang Astro Awani.

Dr. Afifi atau Syeikh Afifi mengaitkan cerita Harry Potter yang sangat popular di Amerika dan juga di Malaysia suatu ketika dahulu, bahkan kini juga, dengan tradisi keilmuan Islam pada zaman dahulu. Ciri-ciri seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, merupakan antara tradisi klasikal Islam. Begitu juga dengan pemakaian mortar board (topi di kepala), merupakan salah satu tradisi di dalam Islam, apabila  di pondok, pesantren dan madrasa pada zaman dahulu memakai kopiah atau penutup kepala dan di atasnya diletakkan al-Qur’an sebagai tanda penghormatan ditahap tertinggi terhadap Kalamullah.

Video-video di bawah moga dapat memberi gambaran lebih jelas tentang apa yang diperkatakan:

4 Comments leave one →
  1. October 8, 2009 10:07 pm

    Selamat berjaya.. Semoga hari-hari mendatang diharungi dengan penuh tabah. Istiqamah dengan prinsip dan kepercayaan, tanpa menghalang penyuburan ilmu di dada.

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    October 9, 2009 5:41 am

    Syukran saudara khalifah72…
    InsyaALlah, itu juga harapan bersama..
    🙂

  3. nor permalink
    October 9, 2009 10:20 am

    Salam.. congrates ya, akhirnya da konvo,tp ni bukan pengakhiran, ini bermaksud bermulanya satu titik perjuangan di alam baru yang penuh pelbagai dugaan yang lebih mencabar.. hope diberi kekuatan oleh Allah untuk tabah tempuhi smua cbrn tersebut =)Moga tarbiyah waktu di universiti dulu sedikit sebanyak membantu tuk hadapi hari yg mndtg, InsyaAllah…pape pun cngrates ya…Jgn lupa tuk pnjatkan kesyukuran pd Allah…peringatan tuk diri sendiri jugak =)

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    October 9, 2009 8:06 pm

    InsyaAllah, ukhti..
    Syukran ya…
    Hanya satu permulaan…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: