Skip to content

Persediaan Menghadapi Horizon Baru Dalam Perjuangan

June 17, 2009

Salam Aufklarung,

Beberapa situasi semasa dalam dan luar negara membuatkan jiwa saya kurang tenang bila berfikir tentang dunia tarbiyyah, dakwah dan siasah. 3 aspek ini sentiasa bermain dikepala saya dan semakin mendesak saya untuk berfikir secara waras untuk mencari penyelesaian. Memang tidak boleh berfikir seorang. Mujur ada sahabat saya, Farid sebagai tempat mencurahkan idea dan pandangan. Ada yang betul dan ada yang tidak tepat.

Tentang tarbiyyah. Saya melihat gerakan Islam perlu perkasakan dari sudut tarbiyyah kerana ia adalah dasar perjuangan. Umpama cerucuk bangunan. Dalam suasana di Labuan, proses pentarbiyyahan perlu diutamakan disamping siasah yang harus terus berjalan. Tapi tarbiyyah perlu diutamakan. Jika tanya saya, pandangan Tn Guru akan saya jadikan nasihat berguna untuk bergerak di bumi Labuan. Tidak mengapa kalau usrah umum dibuat dalam kalangan masyarakat tanpa memperkenalkan nama jemaah. Yang penting wujud usrah dan di dalamnya terdapat mad’u yang mahukan Islam. Fikrah boleh dibentuk selama mad’u berada di dalam usrah.

Asas dalam hal ini, marhalah (peringkat) mad’u menjadi keutamaan. Memang wujud para ustaz yang takut-takut dengan gerakan Islam, maka sukatan usrah mestilah berbeza dengan sukatan usrah peringkat amilin yang komited. Ini bagi meraikan semangat mereka yang cintakan Islam. Tentang fikrah, boleh dibentuk di dalam usrah. Begitu juga dengan golongan yang lain. Pada pandangan saya, setiap golongan mempunyai marhalah yang berbeza. Oleh itu peranan amilin untuk bertindak agar mad’u sentiasa rasa senang dengan suasana tarbiyyah. Pendek kata, jangan terburu-buru perkenalkan tentang PAS. Mereka akan faham PAS dan perjuangannya jika mereka faham Islam, Insya-Allah.

Tentang siasah. Tentang kualiti kepimpinan akan datang. Ini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan anak-anak muda dakwah. Galakan agar berfkiran terbuka, bersifat ketagih pada ilmu pengetahuan, memperkasakan soft skill, dan pelbagai lagi saranan. Ada yang menyampaikannya dengan penuh sinis, lembut, keras dan pelbagai lagi pendekatan. Kalau tanya saya, saya meraikan kepelbagaian cara walaupun bersifat negatif dan sinis bunyinya (pada awalnya). Tapi bila fikir semula, memang itu kebenaran dan perlu ambil perhatian. Tapi tidak nafikan ada pandangan dan saranan yang salah atau kurang tepat.

Para pejuang Islam yang awal telah berjaya membuka lubang dakwah yang sudah lama tertutup akibat racun pemikiran yang melanda umat Islam (Malaysia khususnya). Dengan kekuatan ilmu dan kefahaman Islam yang jelas, para mujahidin dengan izin Allah berjaya melaksanakan amanah dakwah yang dipikul. Dan sekarang, ahli gerakan Islam sedang berada dalam ambang persediaan menjadi pemimpin masa depan umat Islam dan manusia seluruhnya. Ahli muda gerakan Islam berhadapan dengan serangan pemikiran yang lagi sengit. Logik akal dan rasional umpama menjadi musuh yang perlu dikendurkan agar tunduk pada wahyu Allah.

Bila ia berkaitan dengan serangan pemikiran, maka ia harus dilawan dengan serangan pemikiran berlandaskan aqidah tauhid. Dalam hal ini saya terfikir tentang Ilmu Kalam yang sangat popular sekitar di zaman ulama’ yang disayangi, Imam al-Ghazali. Ilmu kalam ini mula dipelopori oleh golongan Muktazilah yang menyanjung tinggi penggunaan akal berbanding al-Quran. Saya tidak dapat hurai lanjut lagi tentang Ilmu Kalam dan kewajarannya pada situasi semasa. Saya sendiri tengah mencari jawapan sama ada ia releven dan dibenarkan sebagai senjata atau tidak.

Masih mengkaji… Kalau ada sesiapa yang tahu tentang Ilmu Kalam, sudi-sudilah berkongsi ya..

Itu di aspek pemikiran dan kesediaan berhujah mempertahankan kebenaran. Tentang keperluan sebagai pemimpin, secara ringkas, ada saya huraikan di atas.

Sekian.

P/S: Tenang jiwa bila dekat dengan al-Quran. Tenang  jiwa bila ingat pada Allah. Jawapan ada pada al-Quran dan Sunnah, maka ia perlu di gali dan difahami.

 

2 Comments leave one →
  1. June 19, 2009 11:23 pm

    Salam ziarah kembali. Teruskan juang dakwah di bumi Sabah akhi

  2. LemonGrass permalink
    June 20, 2009 6:40 pm

    Salam ziarah kembali..syukran atas lawatan blog yg tak seberapa itu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: