Skip to content

DI Kala Usiaku Genap 23 Tahun…

June 22, 2009

1) Hari ini umur saya genap 23 tahun. Saya lahir pada jam 1.40 pagi di hospital swasta, Specialist Centre Hospital, Sitiawan, perak.

2) Kelahiran saya adalah ketika mama dan papa bertugas sebagai anggota TLDM di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.

3) Kelahiran saya pada 22 JUN 1986 adalah tanda bermulanya perjalanan hidup di muka bumi Allah swt untuk mencari hakikat penciptaan diri sebagai khalifah di muka bumi Allah swt.

4) Siapa sangka, kenikmatan bersama mama hanya dapat saya rasai sehingga 5 tahun. Setelah itu, Allah mengambilnya untuk meneruskan pentarbiyyahan ke atas saya dan keluarga (bersama 2 orang lagi adik dan pap sendiri).

5) Proses pembesaran saya berlaku di dunia kosmopolitan, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, saya hidup dipinggir bandar (sekitar Pudu). Di sana, saya didedahkan Allah dengan alam persekolahan yang terdiri daripada semuanya lelaki. Selepas tamat persekolahan di S. K. (Lelaki) Jalan Pasar (1), saya berpeluang meneruskan pengajian ke SMK Victoria (Victoria Institution).

6) DI sana, saya wajib tinggal di asrama. Tetapi, kerana jiwa yang tidak serasi bila berada di V.I, saya keluar dari V.I dan ikut papa berpindah ke Lumut. tetapi kali ini, papa kerja swasta dan bukan sebagai anggota tentera.

7) Berada di S.M.K Pangkalan TLDM, saya berpeluang untuk belajar bersama kawan-kawan yang lebih pandai (kelas budak pandai, 1 A1). Ini sekolah pertama saya bercampur dengan pelajar perempuan. Tidak akan saya lupa, sewaktu pertama kali masuk ke kelas, ketika sedang beratur di luar kelas, saya hanya tundukkan pandangan kerana malu ada perempuan. Tidak biasa.

8) Tapi, alhamdulillah, saya dapat biasakan diri.

9) Sepanjang tingkatan 1 dan 2, saya tidak ada kesungguhan untuk mendalami Islam. Tiada galakan dan rasa tidak menjadi keutamaan.

10) Di akhir tingkatan 2, sahabat saya, Fauzi, baru sampai dari Labuan (pertama kali dengar perkataan ‘Labuan’), kerana ayahnya bertukar ke Lumut.

11) Saya mula tertarik dengan cerita-cerita tentang Nabi dan para sahabatNya. Kehebatan dan kegemilangan mereka menjadikan saya mula bersemangat untuk beramal dengan zikir. Tahun itu juga (2000), ialah tahun buat pertama kalinya saya merasai kelazatan berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa singkat sangat Ramadhan ketika itu.

12) Ketika itu juga, saya mula latih diri untuk ke masjid. Senang hati bila ke masjid berdekatan, walau bukan untuk solat berjemaah.

13) Selama setahun di tingkatan 3, hati saya senang bersama gerakan tabligh. Tapi tidak pernah keluar 3 hari. Papa tidak izinkan. Walaupun begitu, tidak pernah miss bayan pada hari isnin malam. Hati memberontak juga, tapi sabar. Biasalah, anak muda. hehe..

14) Tingkatan 4, saya berpindah ke SM Teknik Persiaran Brash, Ipoh, Perak. Bekas ekolah Ir. Nizar (MB Perak sekarang. Dia tetap MB Perak yang sah).

15) Selama 2 tahun di sini, bakat kepimpinan saya diasah, tetapi sangat perlahan dan pada saya, saya sangat kurang pendedahan walaupun diberi amanah post-post penting dalam persatuan dan AJK Surau sendiri. Tidak banyak saya belajar pengurusan berorganisasi selama berada di sekolah.

15) Metod gerakan Tabligh saya jadikan sebagai frame work dalam berfikir dan bertindak. Itu pendedahan awal saya pada amal Islami.

16) Selepas SPM, saya diberi peluang untuk ke Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang Perakauanan. Memang pelik juga. Sebenarnya, dari kecil saya lebih suka kepada sains. Sejak sekolah rendah, saya didedahkan dengan lawatan ke Pusat Sains Negara, Planetarium dan juga pengajaran Sains di sekolah. Ingat lagi, sewaktu di sekolah rendah, saya buat sendiri eksperimen kacang hijau. Saya tanam guna kapas lembab dan tumbuh sehingga menjadi pokok. Seronoknya masa itu.

17) Pendek kata, saya suka pelajaran Sains. Pernah bercita-cita mahu menjadi doktor, pakar forensik, saintis, dan ahli astronomi. Tapi bila naik tingkatan 4, saya mula beralih angin. Ini semua ‘angkara’ cita-cita mahu menternak lembu. Hehe. Jadi saya ambil Pengajian Keusahawanan di sekolah Teknik.

18) Di matrikulasi, tiba-tiba saya diberi taklifan sebagai salah seorang exco dalam Pusat Islam.Ini semua bermula dengan sesi perkenalan dengan Pengerusi Pusat Islam, akhi Tarmizi, selaku roomate saya juga. Kami berbincang sampai tengah malam tentang masalah umat Islam sekarang. Saya pun lupa, isu apa yang dibincangkan. Tiba-tiba, bila ada mesyuarat MT dan Exco-exco Pusat islam, saya dijemput Mizi untuk hadir sama. Tekejut betul. Memang tidak sangka. Apa tidaknya, dalam exco-exco tersebut, kalau tidak silap saya, saya seorang sahaja yang bukan dari aliran sekolah agama.

19) DI Matrikulasi, saya belajar hidup sebagai muslim bersama sahabat-sahabat yang lain. Keputusan saya sederhana dan alhamdulillah, dapat melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang Kewangan Islam. Ia memang bidang yang saya minta. Haha, memang lari dari asal dulu. Tapi saya mula minat kewangan Islam kerana ia prospek baru dalam dunia semasa.

20) Semakin jauh saya dari keluarga. Masa berada di dunia kampus inilah, saya belajar menghargai papa. Kalau masa remaja dulu, saya asyik tidak puas hati sahaja dengan pada. tapi bila di kampus, saya sudah selalu hubungi papa. Hampir setiap minggu saya mesej papa. kemudian, dia akan hubungi saya. Masa di kampus jugalah, saya berani keluarkan perkataan-perkataan yang saya tidak pernah keluarkan sebelum ini, seperti ‘i miss u, papa’. Hehe. Memang kelakar, tapi, rasa menghargai papa semakin meluap-luap sejak berada di kampus.

21) Kehidupan kampus saya dipenuhi dengan warna warni kehidupan yang pelbagai. Tahap tekanan saya teruji ketika di kampus. Tekanan dalam dunia akademik dan kerja dakwah silih berganti. Tapi saya tiada jalan keluar selain menghadapinya. Sahabat-sahabat menjadi pendorong. pelbagai ragam manusia saya belajar di kampus. cara berfikir pantas (tapi tidak pantas-pantas juga) saya belajar dari akhi syuk. Cara berorganisasi juga saya belajar di kampus, bersama BADAR.

22) DUnia blogger menjadi dimensi baru dalam usaha mnyemai minat menulis. Saya tidak pandai menulis. Tapi teringan belajar menulis. Dunia blog, saya explore sendiri. Perlahan-lahan. Ada juga sahabat yang memberi tunjuk ajar.

23) Sewaktu di kampus juga, saya ditaklifkan sebagai MPP. Semakin mencabar dan saya belajar banyak perkara ketika menjadi MPP dengan sahabat-sahabat yang lain.

24) Dunia blog menjadi medium saya untuk berkongsi pengalaman dan idea. Saifulislam.com menjadi santapan harian saya jika online di Mega Lab, UMS. Saya semakin mahu mengenali diri saya yang sebenar. Alhamdulillah blog saifulislam.com memberi sesuatu yang saya tidak dapat di duni kampus secara zahirnya.

25) Ketika ditahun keempat, semester dua, pemikiran saya mengalami satu proses transformasi dalam berfikir. Ia bermula dengan pembelian sebuah buku bertajuk Orientalisme vis-a-vis Oksidentalisme. Bahan bacaan yang mengasak minda saya untuk terus berfikir. ia diteruskan dengan pembacaan saya terhadap blog rausyanfikir.com. Sahabat yang saya kenal di alam blog. Ketika ini, saya mula memberanikan diri menerokai bidang falsafah. Buku-buku di perpustakaan, saya baca untuk lebih faham tentang dunia falsafah, tokoh-tokohnya serta implikasinya kepada dunia peradaban Islam.

26) Blog Ustaz Dzul juga menjadi santapan saya setiap kali onlinse, selain blog rausyanfikir, harakahdaily, malaysiakini, utusan, berita harian, saifulislam dan blog para politikus yang lain. Ada kelainan dalam idea-idea yang dilontarkan oleh ustaz Dzul dan rausyanfikir. Ketika itu, jendela minda saya mula terbuka luas. Sangat luas. Sangat luas untuk meneroka dunia ciptan Allah. Kepekaan saya terhadap sebarang percakapan, idea, pemikiran dan kelakuan orang menjadi semakin tinggi.

27) Penelitian saya terhadap firman Allah swt dalam surah Az-zaariyat ayat 56 menjadi kompleks. Senang untuk diperkatakan bahawa kehidupan ini adalah untuk beribadah kepadaNYa. Tetapi dalam juzuk atau bidang apa? Haha…

28) Ini yang menjadi persoalan hingga kini.

29) Tapi ini bukan bermakna perlu berpeluk tubuh. Maknanya di sini, saya akan terus mencari ‘tempat’ untuk saya menyumbang secara serius dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Bidang apa? Kewangan Islam? Pemikiran? Penulisan? Politikus? Ahli akademik? Saintis? Ustaz? Masih belum tahu. Proses ini masih terus berjalan sehingga saat saya menukilkan pengalaman ini.

Genap 23 tahun. yang penuh cabaran dan ujian. Perit tetapi penuh warna warni.

Di kala usiaku genap 23 tahun…

Sekadar perkongsian… Bukan sekadar cerita kosong, tapi untuk renungan masing-masing…

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

3 Comments leave one →
  1. warlord permalink
    June 22, 2009 10:42 pm

    salamalyk ya akh…semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezki agar perjuangan untuk mendaulatkan kalimah La`illaha`illallah terus mekar dan membara di hati serta sanubari nta, again “happy birthday” sorry 4 being late to wish
    fi`eamanillah

  2. June 23, 2009 2:10 am

    sanah helwah 23..semoga dengan pertambahan umur saudara memberi 1001 pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk terus istiqamah dan terkehadapan dalam merencanakan transformasi ummat demi melihat islam memimpin perubahan.

    salam perjuangan

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    June 23, 2009 2:58 pm

    Syukran, warlord…
    DOakan ana ya..
    enta pun, moga terus istiqamah dengan juang disamping zaujah tersayang..🙂

    Buat nurjannah… SYukran ya..
    InsyaALlah…
    Moga kita istiqamah dalam merencanakan perjuangan dan..
    SUdah tentu…Islam memimpin perubahan..🙂
    SYukran ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: