Skip to content

Penting Menghasilkan Intelektual Dalam Masyarakat Membangun

February 9, 2010

Kata Pengantar

Karya: Syed Hussein Alatas

Intelektual Masyarakat Membangun

 

Almarhum SYed Hussein bin  Ali bin Abdullah bin Muhsin  Alatas, pelopor teori rasuah, pencipta faham watak tertawan dan penulis karya klasik, Mitos Peribumi Malas, lahir di Bogor, Indonesia pada tahun 1928, dan dibesarkan di Sukabumi dan Johor Bahru. Beliau telah belajare selama 10 tahun di Universiti Amsterdam, Belanda, dan memperoleh ijazah kedoktoran dalam ilmu politik dan masyarakat.

Dari tahun 1958 hingga tahun 1960, beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Kanan dan Ketua Bahagian Penyelidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas itu beliau menjadi pensyarah dan Ketua Bahagian Kebudayaan, Jabatan Pengajian Melayu , Universiti Malaya. Dari tahun 1967 selama 21 tahun, beliau bekerja sebagai Mahaguru dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura.

Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Perundingan Negara dan Ahli Dewan Negara semasa beliau bergiat dalam bidang politik. Pada tahun 1988 hingga tahun 1991, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya. Jawatan beliau yang terakhir adalah sebagai Felo Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia hingga beliau bersara pada tahun 2005. Syed Hussein Alatas kembali ke rahmatullah pada 23 Januari 2007 berdsamaa dengan 5 Muharram 1428.

Tulisan beliau memperhatikan tentang apa yang dianggap beliau sebagai masalah utama dalam masyarakat berkembang yang menyebabkan berterusannya kemunduran dalam segala bidang kehidupan; ekonomi, politik, sosial, dan kebudayaan. Menurut beliau, faktor paling penting yang menyebabkan keadaan kurang pembangunan ini adalah kepimpinan intelektual.

Kesedaran beliau terhadap masalah ketiadaan suatu kelompok intelektual yang berfungsi dalam beberapa masyarakat berkembang menyebabkan beliau menegaskan tentang pentingnya kelompok sosial ini. Pemerhatian ini telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Intellectuals in Developing Societies (Intelektual Masyarakat Membangun).

ANtara masalah yang seharusnya diatasi oleh kelompok intelektual adalah fenomena watak tertawan (captive mind). Watak tertawan itu mengerti dan menerima pemikiran Barat secara tidak kritis dan tidak mampu mewujudkan gagasan, faham dan teori yang asli. SUatu contoh percubaan bagi membebaskan diri daripada tawanan watak ini adalah karya SYed Hussein Alatas, The Myth of The Lazy Native (Mitos Peribumi Malas).

Edward Said telah merujuk karya ini sebagai satu contoh “revisionary History”, iaitu penulisan sejarah yang mengkritik wacana berkuasa dan yang berusaha menjelmakan wacana-wacana pengganti. Buku Mitos Peribumi Malas boleh dikatakan pelopor tradisi tafsiran semula sejarah dalam kalangan sarjana Asia.

Prof. Madya. Dr. Syed Farid Alatas

Ketua, Jabatan Pengajian Melayu,

Prof. Madya. Jabatan Sosiologi,

Universiti Nasional Singapura, 2008

 

Komentar:

Kata Pengantar ini saya petik dari salah satu karya terpilih SYed Hussein Alatas, seorang ahli sosiologi terulung ditanah air kita, berjudul Intelektual Masyarakat Membangun, yang diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selain daripada buku ini, terdapat dua buah lagi tajuk terpilih yang diulangcetak oleh pihak DBP. Saya ucapkan tahniah kepada pihak DBP (kalau baca rencana ringkas ini, lagi bagus) atas komitmen yang ditunjukkan untuk penerbitan semula karya-karya agung almarhum.

Sudah lama saya mencari karya2 almarhum seperti Mitos Peribumi Malas, untuk dijadikan bahan bacaan dan renungan. Dan Alhamdulillah, tidak sangka dapat ketemu karya almarhum di geleri DBP.

Saya baru sahaja selesai menelaah 3 bab daripada 11 bab secara keseluruhannya. Karya ini, bila dikaitkan dengan situasi semasa, amat releven untuk dihayati oleh generasi muda Malaysia, terutamanya yang bercita-cita ingin membawa perubahan di dalam masyarakat.

Istilah ‘Bebalisme’ dan aspek-aspek yang berkaitan serta ciri-ciri seorang yang bebal di dalam sesebuah masyarakat, diketengahkan oleh beliau buat pertama kalinya secara rasmi dan ilmiah. golongan  yang bebal, yang bersifat antitesis, mudah membuat kesimpulan, bersifat generalisasi dan pelbagai lagi ciri-ciri untuk dikenali golongan ini, diberi peringatan oleh almarhum untuk dikenali dan dihapuskan secara bijaksana.

Menurut almarhum, seperti yang terdapat di dalam Kata Pengantar oleh anak beliau, yang menjadi penyebab kepada kurangnya pembangunan adalah disebabkan aspek kepimpinan intelektual.

Golongan intelektual ini tidak semestinya seorang ahli politik. Boleh jadi mereka ini seorang ‘drebar’, boleh jadi juga seorang petani, atau mungkin seorang penyapu lantai. Tetapi pembudayaan ilmu yang mengakar di dalam jiwa, menyebabkan mereka ini mampu menyumbang sesuatu yang besar untuk ummah dalam proses membentuk pemikiran yang tidak dijajah.

Karya ini, belum lagi saya habis menelaahnya, cuma yang menjadikan saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi, ialah pentingnya para penggerak muda Islam mengkaji dan membedah isi kandungan para intelektual Muslim yang ada. Idea-idea besar mereka kebanyakkannya tersimpan di dalam buku, sepatutnya ditelaah, dinilai, dibincangkan bersama, lalu dijadikan sebagai bahan kajian dalam proses menetapkan suatu dasar negara untuk maslahah ummah.

Untuk melaksanakan perkara ini, memerlukan komitmen dan kesungguhan anak-anak muda. Mahasiswa khususnya. Kerana kalian bakal mencorak keadaan masyarakat di luar sana. Jika minda anda juga tertawan, maka taraf anda tidak lebih sekadar seperti orang biasa.

Wallahu ‘alam.

P/S: teringat kenangan sewaktu bertanding sebagai MPPUMS, slogan yang saya gunakan ialah Kepimpinan Intelektual’. Tetapi pada ketika itu, saya tidak kenal lagi almarhum Syed Hussein atau karya-karya agungnya. Cuma tergerak rasa hati bersama sahabat-sahabat yang menyokong ketika itu, untuk menggunakan slogan kata tersebut. Dalam maksudnya.

One Comment leave one →
  1. Minten Ayu Larassati permalink
    June 16, 2010 5:22 pm

    Assalamualikum…

    maaf sebelumnya saya dari Indonesia, kuliah di UMS (Universitas Muhammadiyah Surakarta) Fakultas agama Islam, Jurusan Tarbiyah 2007.

    saya berencana mengikuti Sekolha Intelektual yang bernama : Baret Merah IMM Kab. Sukoharjo
    (Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah)
    untuk melengkapi syarat menjadi pesertra adalah membuat makalah dengan tema ” Intelaktual Masyarakt Berkembang” dan saya telah lama brosing di dinternet dan menemukan WordPress anda.

    karena saya telah mencari buku tersebut tidak ketemu. dan diperpustakaan kampus buku yang berbahasa indonesianya tidak ketemu dan adanya berbahasa English.

    saya hanya dapat info dari halaman ini.mohon bantuan saya dalam menyelesaikan makalah tersebut,

    mohon di email-kan ke : ayu6rassati@yahoo.co.id sebelum tangal 18
    sukron jidan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: