Skip to content

Kenaikan Harga Gula dan Minyak: Satu Saranan Penyelesaian

July 16, 2010
tags:

Penulisan kali ini berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak dan gula, yang merupakan barang asasi rakyat, baik yang kaya, sederhana ataupun yang miskin.

Saya tidak pasti perkara ini berlaku atau tidak, tapi harapan saya sangat tinggi kepada kepimpinan Pakatan rakyat untuk mereka berjumpa dan bermuzakarah bagi mencarikan jalan penyelesaian ekonomi ini bersama dengan Prof Ahamed Kameel Meera Mydin (UIA), Hajah Nik Mahani dan juga antara aktivis utamanya ialah Prof Umar Ibrahim Vadillo.

Percayalah, kenaikan harga ini akan terus berlaku selagi mana ekonomi kita berasaskan kepada sistem ekonomi neo-liberalis-kapitalis. Asasnya ialah menggunakan hutang sebagai saranan memacu ekonomi.

Percayalah, walau Pakatan Rakyat (PR) menjadi kepimpinan negara sekali pun, PR tetap berpotensi untuk menaikkan harga bagi mengurangkan perbelanjaan susidi yang harus ditanggung kerajaan.

Kepada pemuda-pemudi penggerak Islam yang anti-BN, moga kita semua tidak semberono mengeluarkan hujah yang akan datang terkena jua pada kita. Sikap mengeluarkan hujah bersifat emosi tanpa memahami sesuatu amuduk adalah sikap yang sangat berbahaya. Bahkan mampu mencipta fitnah pada diri dan gerakan Islam itu sendiri.

Ketika inilah, datangnya kepentingan ahli gerakan untuk menjadikan pencarian ilmu sebagai budaya hidup. Ilmu itu adalah dua, iaitu Ilmu Ma’rifatullah dan juga Ilmu Pengetahuan. Ilmu ekonomi ini adalah sebagaian daripada Ilmu Pengetahuan yang harus di hadam secara serius oleh sebilangan umat Islam dan juga wajib dihadam oleh para pemimpin dan bakal pemimpin ummah.

Idea-idea Prof Umar, Hajah Nik Mahani, Prof Kameel Meera dan lain-lain cendekiawan Islam harus diambil peluang untuk didekati dan diselami ilmu yang mereka ada. Hentikan prejudis dan prasangka-prasangka yang dangkal dan menampakkan kejahilan yang ketara jelasnya.

Proses mengembalikan ekonomi menurut etika Islam yang telah digariskan adalah menjadi tanggungjawab penting, kerana ia melibatkan keadilan rakyat. Ini adalah AWLAWIYYAT YANG TIDAK BOLEH DIKESAMPINGKAN.

Tulisan kali ini, saya tidak tahu siapa yang akan membacanya. Apapun, saya amat hargai jika ia diambil sebagai satu saranan untuk kita memperbaiki keadaan ummah pada hari ini. Kepada yang membaca, sampaikanlah kepada pihak yang berkenaan. Saya hanya mampu suarakan diperingkat orang biasa, rakyat dan ahli biasa.

Wallahu alam.

One Comment leave one →
  1. Vivirlavida elIslam permalink
    July 27, 2010 12:57 pm

    Harga baru bagi kedua-duanya telah dimulai.

    Dari pandangan orang yang bukan penggubal polisi, mahupun orang penting dalam Malaysia;
    Tidak berguna jika kita terus memprotes kenaikan harga minyak & pemotongan subsidi, tanpa sebarang tindakan total untuk merubah seluruhnya. Proses mentrasformasikan ekonomi kini dengan aplikasi Islam di dalamnya adalah satu tindakan yang sangat wajar. Bukan sekadar meng’Islamisasi’kan ekonomi.

    Isu kenaikan harga petrol & diesel ini adalah salah satu bab dari sekalian bab ekonomi di Malaysia. Banyak lagi cabang permasalahan ekonomi yang tidak dapat diselesaikan dengan cukup baik menggunakan teori & methodologi ekonomi yang kebiasaannya diaplikasikan di hampir semua negara di seluruh dunia, Malaysia salah satu yang ‘follow’ langkah-langkah tersebut.

    Secebis pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: