Skip to content

Mengapa Belajar Makroekonomi?

July 7, 2010
tags:

Sudah lama tidak dibelek buku Makroekonomi.

Sebentar tadi, saya sengaja mahu melihat isi kandungan buku Makroekonomi untuk para pelajar STPM dan Matrikulasi.

Sehelai demi sehelai saya belek dan cuba mengenang kembali butir-butir kata yang pernah dituturkan oleh pensyarah makroekonomi suatu ketika dahulu, begitu juga dengan soalan-soalan tutorial yang jarang dapat saya sempurnakannya.

Tetapi kali ini, subjek ini semakin menarik perhatian saya untuk dikaji.

Kali ini, bila saya membelek buku tersebut, sisi pandang saya adalah berbeza sewaktu mempelajarinya dahulu.

Saya tidak diberi panduan dan pendedahan, atas tujuan apa saya dan rakan-rakan mahasiswa lain mempelajari subjek makroekonomi.

Tapi kini, saya sudah tahu mengapa saya perlu mempelajari dan memahami subjek Makroekonomi.

Pertamanya, untuk memahami sistem ekonomi semasa yang bersifat kapitalis-liberal, dengan cara mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah dan terma-terma yang selalu diguna pakai seperti inflasi, pengangguran, KDNK dan sebagainya.

Inflasi yang berlaku di Zimbabwe. 100billion dollar untuk 3 biji telur!

Keduanya, untuk menilai tipudaya yang terselindung disebalik kewujudan terma-terma yang ada, sebagai contoh ialah inflasi (yang bersifat merompak).

Ketiga, untuk lebih menghargai khazanah disiplian muamalat dalam Islam yang bersifat adil dan ehsan. Dengan itu, peranan yang perlu ada ialah menyelongkar dan memberi solusi kepada permasalahan ekonomi semasa yang sudah semakin korup dan menjijikkan.

Satu terma yang membuatkan saya semakin memandang berat rompakan yang terselindung dalam dunia ekonomi masa kini ialah berkaitan dengan kaedah dalam tukaran matawang seperti ‘devaluation‘ dan ‘revaluation’.

Kedua-dua kaedah ini diguna pakai untuk memberikan manfaat dalam bentuk perdagangan antarabangsa dan juga untuk mencapai keseimbangan pembayaran.

Tanpa sedar, kaedah ini sebenarnya telah menyebabkan berlakunya rompakan harta dalam penggunaan matawang fiat pada hari ini! Ini seterusnya bercanggah dengan Maqasid SYariah yang meletakkan harta sebagai salah satu daripadanya. (baca: Real Money oleh Prof Ahamed Kameel, UIA)

Bagi yang bergaji besar, mungkin tidak terasa, tapi bagi yang berpendapatan rendah, kesannya amat besar.

Jika berlakunya inflasi, nilai wang RM10 pada esok hari akan menjadi rendah berbanding pada hari ini. Ini antara faktor mengapa berlakunya kemiskinan kepada rakyat. Bukan hanya kerana isu rasuah!~ (tidak nafikan rasuah antara penyumbangnya).

Matawang SYariah. DInar Emas dan DIrham Perak. Kalis Inflasi.

Isu ini bukan isu picisan. Ia isu keadilan yang perlu diperjuangkan. Adalah satu yang menyedihkan apabila isu wang fiat dikesampingkan di dalam keghairahan kita memperjuangkan kewangan Islam.

Sangat tidak adil jika fatwa harus atas dasar darurat terus diguna pakai tanpa berlakunya semakan semula. Kerana kesannya adalah pada masyarakat bawahan.

Tiada niat untuk merendah-rendahkan fatwa yang dikeluarkan. Cuma insan faqir dari ilmu ini mengharapkan para ilmuan dan yang faqih agar mempertimbangkan semula fatwa harus terhadap penggunaan wang fiat sebagai matawang pada hari ini.

Hati kecil ini juga memahami kesulitan dan kesukaran dalam mengimplementasikan muamalat Islam berdasarkan matawang benar (real money), tetapi adalah menjadi kewajipan untuk berusaha mengeluarkan diri dan ummah dari aspek riba yang semakin melarat pada masa kini.

Diri tidak boleh dan tidak akan diam dari melihat kepincangan yang sedang berlaku dalam dunia pada hari ini.

Untuk generasi muda, tidak kira apa jua disiplin ilmu, mohon sangat kita bangkit untuk memahami isu ini dengan lebih objektif dan dipenuhi dengan sifat ingin tahu di hati.

Isu ini bukan isu picisan. Ia adalah isu keadilan sejagat, apatah lagi ia juga adalah isu untuk memerangi riba’.

Moga kita mampu mencorak persekitaran baru dalam lanskap ekonomi masa kini dan masa akan datang.

“Say NO to Fiat Money!”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: