Skip to content

Dinar-Dirham: Gelombang Kian Besar!

June 25, 2010

Another State of the Malaysian Federation has confirmed they will mint their own Dinar and Dirham (I will not mention the name yet), a third and a forth will follow. Two more outside Malaysia will join us too. Bankers of the world, run away and hide because we are coming to destroy your empire of Riba! And Victory belongs to Allah. (Status Prof Umar di FB nya hari ini)

SUngguh dan pasti, kemenangan milik Allah swt.

Umat Islam harus sedar bahawa mengembalikan keadilan dalam bentuk matawang merupakan salah satu jihad, kerana ia adalah jihad menentang RIBA’.

Biar susah macam mana sekali pun pada hari ini dalam usaha mengaplikasikan matawang dinar dan dirham, usaha harus dilakukan.

Dunia sudah mula terbuka mata untuk mengembalikan emas sebagai matawang sejagat, JADI UMAT iSLAM JUGA HARUS TERBUKA MATA UNTUK MENGETAHUI APA SEBENARNYA DINAR DAN DIRHAM INI.

Saya berani mengumpamakan kebangkitan ummah dalam bidang muamalat Islam, dalam usaha memahami peranan dinar dan dirham, mampu untuk menggoyahkan kuasa besar (kononnya) masa kini iaitu U.S dan sekutunya.

Generasi muda Islam harus ambil kisah dan peduli hal ini. Biarkan golongan cerdik pandai yang sedaya upaya mempertahankan sistem ekonomi kapitalis pada masa kini. Biarkan mereka.

Bagi kita, para pemuda pemudi Islam, kita mahukan Islam sebagai cara hidup. Oleh itu, kedudukan dinar dan dirham harus dikembalikan di tempat yang asal.

Semangat ingin tahu harus disemai. Permasalahan ekonomi semasa harus ditelusuri dengan adil dan saksama.

Kenyataan Prof Umar di atas merupakan tanda kebangkitan ummah yang celik mata hatinya, untuk memperkukuhkan semula ekonomi ummah dan berusaha menjauhkan umat Islam dari aspek RIBA yang DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT.

Menjadi satu kegembiraan dihati saya apabila wujud segolongan para pemuda pemudi ISlam yang berusaha untuk memahami ekonomi semasa dan peranan mewujudkan semula muamalat Islam yang sekian lama terkubur.

Golongan ini harus diperbanyakkan lagi.

Moga pemuda-pemudi masa kini akan menjadi pemuda-pemudi yang hanya akan berurusniaga menggunakan dinar dan dirham sahaja, dalam masa 5 tahun lagi, InsyaAllah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: