Skip to content

Harus Bangkit Dan Sedar Kewujudan Sang Pencuri Dalam Gelanggang Ekonomi Semasa

June 7, 2010
tags:

Menjadi satu kewajipan kepada golongan muda untuk membuka mata tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem kewangan kita pada hari ini.

Secara ringkasnya, sistem kewangan kita pada hari ini memang dicipta untuk menghasilkan segolongan yang PASTI AKAN MUFLIS!

Menjadi satu kewajipan anak muda untuk mengetahui permasalahan dan krisis ekonomi yang berlaku pada hari ini, merupakan bahana dari pengaplikasian kadar faedah (interest rate).

Menjadi satu kewajipan anak muda pada hari ini untuk menghindarkan diri daripada melakukan sebarang pinjaman dari bank-bank kerana proses pinjaman tersebut merupakan muslihat yang dicipta untuk puak-puak tertentu mendapat manfaat dari penciptaan ‘wang-wang baru’.

Termasuk dalam hal ini, ialah penggunaan kad kredit.

Adalah menjadi satu kemestian untuk anak muda yang benar-benar berminat untuk mengetahui perihal penipuan terancang ini berkumpul dan duduk bersama untuk mencari solusi.

Untuk makluman, solusinya sudah ada, cuma memerlukan penglibatan ahli masyarakat untuk mengaplikasikannya dan terus memperjuangkannya.

Sistem ekonomi semasa harus ditentang dan solusinya ialah kembali kepada sistem Muamalat Islam yang berasaskan tunai dan perniagaan. Penggunaan Dinar-Dirham adalah salah satu elemen yang perlu diaplikasikan oleh para peniaga dan pengguna masa kini.

Manakala sistem pada hari ini adalah berasaskan hutang dan riba.

Sekian, Wassalam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: