Skip to content

Lain Tujuan, Lain Pula Dapatannya

June 5, 2010
tags:

Tengah hari tadi, saya ke PWTC, ada pameran para peniaga Muslim bermula semalam dan berakhir esok. Cadangan asalnya sekadar mahu berkenalan dengan para perniaga di sana sahaja, tapi tidak sangka ada booth UIAM di sana.

Sampai di booth UIAM, saya mengambil brochure berkaitan dengan pasca siswazah, sebagai maklumat awal sebelum melangkah jauh.

Di booth yang sama, mereka ada menjual buku-buku terbitan IIUM PRESS. Terdapat juga beberapa buku yang sudah lama saya ‘jeling’ tetapi bila memikirkan prioriti ketika ini, saya pendamkan dulu perasaan daripada membelinya.

Tiba-tiba mata saya beralih ke sebuah buku yang sangat menarik minat saya dan amat kena pada prioriti saya ketika ini, iaitu buku yang mengumpulkan sejumlah kertas kerja dan jurnal oleh Prof Ahamed Kameel Meera Mydin, dari UIA sendiri. Buku tersebut berjudul ‘Real Money: Money and Payment Systems from an Islamic Perspective’.

Seperkara yang saya ingin quote kan untuk dikongsikan bersama ialah berkenaan dengan hasil kajian beliau iaitu:

“Accordingly, in the aggregate, default is for sure by the mere design of the system. This is fundamentally due to the fact that the interest portion that needs to be repaid, together with the principsl, DOES NOT EXIST IN THE FORM OF MONEY.” (REAL MONEY, hlm. 12)

Ini antara bukti bahawa bank sememangnya mencipta wang daripada hutang yang terhasil.

Kehadiran buku tersebut, adalah sebagai pelengkap dalam usaha saya untuk benar-benar memahami dunia matawang yang merupakan elemen utama dalam kehidupan seharian kita.

Krisis ekonomi masa kini merupakan perancangan pihak tertentu untuk melemahkan struktur ekonomi kita. Dengan cara menerbitkan seberapa banyak hutang dan memperhambakan kita dalam dunia kewangan.

Moga kita terhindar dari tiupu daya mereka.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: