Skip to content

Gagasan Muamalat Islam: Satu Permulaan, Satu Kesedaran

June 5, 2010

Sejak 2 bulan lepas, secara beransur-ansur, pemikiran saya bertambah sinis terhadap sistem ekonomi dan perbankan masa kini.

Masyarakat hari ini ditutupkan mulut dan fikiran mereka daripada untuk mempersoalkan perihal wang di dalam poket mereka, sama ada bernilai atau tidak.

Berdasarkan fakta dan bukti yang jelas, amat terang lagi bersuluh bahawa wang yang berada di dalam poket kita sebenarnya tiada nilai.

Wang yang ada di poket kita sebenarnya ialah kertas yang di cop sesuatu nilai dan terhasil apabila wujud pihak yang berhutang.

Saya ingin kongsikan perihal secara ringkas tentang bagaimana sesuatu hutang itu terhasil.

Di ringkaskan cerita, pada asalnya, manusia membina bank atas tujuan untuk menyimpan emas. Dengan penyimpanan emas yang dilakukan, mereka akan mendapat satu sijil yang dipanggil ‘promissory notes’. Sijil inilah asal wang kertas. Iaitu wang kertas yang terdapat nilai di dalamnya.

Dengan menggunakan sijil ini, orang ramai melakukan proses transaksi jual beli, seperti yang kita lakukan hari ini. Akan tetapi, sijil atau wang mereka itu, apabila mereka pergi ke bank, mereka boleh menebus sijil mereka atau wang mereka itu dan mendapat butir emas berdasarkan nilai di sijil mereka.

Akan tetapi, bank mahukan keuntungan. Dengan itu, cara yang mereka lakukan ialah, apabila ada seseorang individu mahu membuat pinjaman (loan), mereka (pihak bank), akan memberikan mereka pinjaman tersebut beserta dengan faedah (interest).

Harus diingat, pinjaman yang diberikan itu bukan merupakan apa yang telah didepositkan oleh orang lain, tetapi merupakan wang baru yang telah dicetak! Saya ulangi, wang pinjaman adalah wang baru yang telah dicetak oleh pihak bank!

Ketika berlakunya proses di atas ini, sudah tiada nilai emas dibelakangnya, melainkan nilai sekeping kertas yang hanya sekitar RM0.03 sen sahaja.

Bagi si peminjam, mereka akan berusaha untuk mencari rezeki supaya mereka dapat membayar hutang mereka. Mereka akan bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk mendapatkan seberapa banyak wang bagi membayar hutang mereka.

Secara tidak langsung, ia ada kaitan dengan bilangan wang kertas yang ada (yang bilangannya terhad!) dan spekulatif yang berlaku disekeliling. Oleh sebab itu, akan wujud segolongan individu yang akan bankrup. Umpama sekumpulan orang yang bermain ‘musical-chair’, apabila muzik ditutup, sudah pasti akan ada yang tidak dapat duduk, betul tak? Begitulah sistem kewangan kita pada hari ini. Muzik sudah titetapkan bila mahu berhenti dan kerusi sudah ditetapkan bilangannya yang sudah pasti kurang bilangannya berbanding dengan jumlah peserta.

Saya bagi contoh lain dan bersifat realiti, iaitu penggunaan kad kredit.

Kad Kredit merupakan pembawa bencana di abad lepas dan di abad ini. Dengan berleluasanya kad kredit, akan mengakibatkan lebih banyak ‘wang-wang yang diciptakan’ terhasil. Apabila kad kredit digunakan, akan terdapat rekod dalam komputer tentang berlakunya transaksi jual beli, tetapi tiada wang tunai yang didahulukan. Jadi darimana mereka akan mendapatkan wang tunai?

Tidak lain dan tidak bukan, mereka (pihak bank) akan ‘mencipta wang baru’ untuk menampung hutang yang ada.

Proses inilah yang terus berlaku sejak beberapa dekad yang lalu dan terus menimpa umat Islam tanpa menyedari hakikat mereka ditiupu dan dirompak!.

Dengan cara ini juga, puak Yahudi mencipta kekayaan dari kebodohan kaum ‘binatang-binatang’. Ketika ini, dan sejak 100 tahun dahulu, mereka telah merancang untuk mengumpulkan emas seberapa banyak yang mungkin, kerana mereka tahu benar nilai emas. Lalu mereka berikan kita menggunakan sistem kewangan cebisan-cebisan kertas yang tidak bernilai.

Cara mereka merompak, adalah dengan mewujudkan siri-siri peperangan dengan beberapa tujuan utama, iaitu untuk menguatkuasakan alternatif (yang sebenarnya bencana) yang kononnya dapat menyelamatkan keadaan ekonomi dunia, seperti wujudnya AKta Rizab Persekutuan 1913 (di U.S), wujudnya IMF, WOlrd Bank dan yang seangkatan dengannya. Semua ini di satukan di bawah United Nation seumpama Khilafah Baru dalam dunia ‘The New World Order’. Dengan wujudnya perkara-perkara di atas, maka akan wujudnya 3 elemen utama sesebuah negara pada hari ini iaiatu:

1) Bank Pusat (Central bank)

2) Hutang Negara (National Debt)

3) Wang Kertas (Paper Money)

Sehingga kini, amat rendah kefahaman umat Islam dalam memahami usaha licik para musuh untuk mencuri kekayaan kita. Para ilmuan atau ahli ekonomist Islam juga turut membisu dalam hal rompakan terancang ini. Tiada hukum haram dikeluarkan dalam usaha untuk mencari alternatif mendasar bagi menyelesaikan isu fundamental ini kerana ia berkaitan dengan Riba’!

Situasi ini menyebabkan lebih ramai para ilmuan dan ekonomist Muslim yang cuba mempertahankan isu wang kertas ini adalah harus, sedangkan impaknya amat jelas kelihatan dengan berlakunya beberapa siri krisis kewangan sejak sekian lama dahulu.

Saya tidak dapat berdiam diri bila tersingkapnya hal-hal sebegini rupa. Sudah lama umat Islam menderita akibat krisis ilmu yang berlaku pada diri ummah, hasil daripada semakin hilangnya adab dan semakin raminya lahir para pemimpin yang mempunyai kecelaruan dalam memahami sesuatu ilmu.

Kesan hukum amat memberikan impak yang besar. Dalam situasi ini, hukum HARUS yang dikenakan ke atas penggunaan wang Kertas (Paper Money) menyebabkan orang Islam leka dan selesa dengan ‘rompakan teracang’ yang dilakukan oleh puak-puak tertentu.

Negara-negara umat Islam ‘dirangka’ untuk menjadi hamba melalui Hutang Negara yang meningkat. Negara terbeban untuk membayar hutang yang tidak akan selesai akibat kadar faedah yang dikenakan oleh IMF (Ah Long Peringkat DUnia!). Kekayaan negara terhakis saban tahun dan oleh sebab itu tidak hairan bila kemiskinan berleluasa, jenayah dmeningkat dan ekonomi negara kerap tidak stabil. Semuanya gara-gara IMF, World Bank, dan United Nation.

Umat Islam harus bangkit dan sedar. Harus insaf situasi semasa yang berlaku.

Penghargaan yang besar saya berikan kepada para usahawan Muslim yang bertungkus lumus berusaha menjadi usahawan gemilang dan terbilang, dengan lahirnya lebih banyak produk-produk Halal.

Cuma di sini, ingin saya cadangkan agar usahawan Muslim disegenap peringkat, terutamanya mahasiswa yang akan atau sedang bergelar usahawan (insyaAllah), agar menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang dalam urusniaga.

Buku Yang Saya Sifatkan sebagai Buku Bertaraf Revolusi Dalam Muamalat Islam Abad Ini

Tahniah saya ucapkan kepada negeri Kelantan kerana bakal mencipta sejarah dunia pada bulan Julai nanti. Pertama kali dalam sejarah, sebuah pemerintahan, menghasilkan satu set lengkap matawang Dinar-Dirham untuk kegunaan diperingkat ahli masyarakat! Sejarah ketamadunan akan tersingkap kembali, dalam skop muamalat Islam.

Anak muda perlu faham bahawa, kegunaan emas sebagai matawang semakin mendapat perhatian manusia seluruhnya, selepas berlakunya siri krisis ekonomi yang sehingga hari ini, terus merudum!

Adalah menjadi kerugian apabila kita mempunyai ‘scholar’ yang berusaha bersungguh-sungguh membantu untuk menyelamatkan kita dari tersadung kaki, terjatuh akibat riba’, tetapi kita tidak menghargai mereka ini.

Apabila suatu idea fundamental, berkenaan dengan penggunaan dinar-dirham disampaikan, secara lengkap modus-operandinya, maka ia ditolak dan secara terus menerus diperdebatkan, seolah-olah untuk menyokong sistem kapitalisme yang pada hari ini semakin nazak.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mengenali mereka dan saya sudah nampak fokus apa yang hendak diperjuangkan secara serius. Iaitu khusus dalam bidang menghidupkan kembali muamalat Islam yang bebas riba’ secara tuntas dan mendasar!

Jika inilah jalan yang benar dan akan memberi manfaat pada diri dan ummah, moga Allah kekalkan saya di atas jalan ini.

Suatu perkara yang diperingatkan dan perkara ini selalu diperingatkan oleh Dr Umar Vadillo dalam kelas, iaitu, “kita memperjuangkan dinar emas bukan kerana dinar emas itu sendiri.. tetapi kerana untuk mendapatkan KEBEBASAN dan KEADILAN”.

Iaitu kebebasan dalam erti kata bebas untuk memilih dan bebaskan diri dengan cara mentaati perintah Allah kerana kita sudah berjanji padaNya (Al-‘Araaf: 172)

Satu perkara untuk diingatkan bahawa, dinar dan dirham tidak berdiri bersendirian, tetapi ia hanya merupakan salah satu elemen asas dalam muamalat Islam. Elemen lain yang dimaksudkan ialah pasar (suq), Kafilah (Caravan), Guilds, dan Kontrak (qirad, SHirkat).

Ini semua adalah elemen asas dalam perdagangan yang dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat Baginda SAW dan pengikut selepasnya.

Sebenarnya sudah lama ingin saya coretkan sesuatu, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat.

Harapan saya, semoga artikel kecil ini dapat menyimbah semangat baru bagi sesiapa yang berminat dalam bidang perniagaan atau sesiapa sahaja yang amat mengambil kisah isu ummah, khususnya isu Palestin  ketika ini, untuk mengkaji lebih mendalam perihal Muamalat Islam yang sebenar. Saranan yang boleh diberikan kepada semua ialah:

1) Hindari daripada membuat pinjaman Bank.

2) Boikot barangan ISrael dan belilah barangan buatan Muslim.

3) Berurusniagalah menggunakan dinar-dirham.

Jika tidak dalam bidang ini sekalipun, mungkin dalam bidang-bidang lain yang dapat memberikan sumbangan kepada ketamadunan Islam pada hari ini.

Sekian, Wassalam.

P/S: Sesiapa yang inginkan buku di atas, boleh membuat tempahan dari saya. (SMS pada saya: 014-8632101) Anda akan rasa kelainannya. Kalau dapat, datanglah ke kelas Dr Umar di UIAM. Ia akan lebih memberikan kefahaman yang jelas apabila anda membaca buku beliau.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: