Skip to content

Perutusan Sempena Kerakusan Israel laknat…

June 1, 2010

Suasana dunia semakin gamat dengan sekali lagi ISrael laknat membuat sesuatu ‘di luar kotak’. Sesuatu yang di luar batas kewarasan akal fikiran manusia.

ISrael memang suka populariti. Populariti yang diraih beliau terhasil dari sikap sambil lewa umat Islam dan juga sikap lemahnya para pemimpin umat Islam masa kini.

Jika ditanya mana-mana pihak, apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi situasi genting ini? Maka, banyaklah jawapan-jawapan yang muncul seperti:

1) Boikot barangan Israel (hampeh…tahan sebulan, kemudian layan balik)

2) Buat demonstrasi (kalau setakat demo je memanjang, lepas tu balik tidur, pun hampeh juga!)

3) Tingkatkan iman dan taqwa (kalau setakat hendak bagi nampak tawadhuk semata-mata tapi tiada ilmu, baik muhasabah dan fahamkan semula erti  taqwa..huh)

4) jangan terlampau beremosi. Ini perangkap untuk mereka wujudkan provokasi. (habis, nak jadi mandom yang tiada perasaan? Lagi hampeh!)

Ini antara jawapan yang berlegar dalam benak seseorang muslim masa kini. Tidak semua Muslim begitu, tetapi ada.

Kepada yang suka mencerakin-cerakinkan sesuatu cara penyelesaian, moga kita bermuhasabah kembali, di mana kedudukan kita sekarang dan apa saranan Islam terhadap kita apabila berlaku kejadian sebegini rupa.

Tidak perlu kita menyahkan mana-mana metod seperti di atas, kerana ada benarnya (dari satu sudut), tetapi ada tidak benarnya, jika ia hanya sekadar rethorik politik tin kosong semata-mata.

Asas kepada semua di atas, untuk dilaksanakan ialah ILMU.

Ilmu adalah asas bagi segala perlakuan di atas.

Sebagai contoh, ada yang datang ikut demonstrasi dalam keadaan tiada kesediaan hati dan ilmu. Mereka ini ikut berdemo atas dasar kononnya kesedaran, tetapi rupanya kerana ikut-ikutan sahabat mereka. Bila berada di tempat demo, tiada keseriusan (tidak bermaksud bermuka masam sepanjang masa), kelihatan wajah bergurau senda dan tiada fokus. Hal ini perlu diambil perhatian oleh setiap ahli gerakan, dalam mana-mana gerakan islam sekali pun.

Saya hanya hendak sentuh satu isu sahaja sebagai muhasabah.

Buat para pemimpin kita pula, tolonglah bertindak sebagai seorang yang nampak gagah. Jangan berlagak gagah tapi hampeh.

Hilang izzah ummah bila para pemimpin berlagak gagah dan hebat, tapi dikaca mata rakyat atau yang dipimpin, mereka ini umpama lembu dicucuk hidung. Saya tujukan kepada semua pemimpin atau sesiapa sahaja yang diberi taklifan sebagai pemimpin (termasuk saya).

Adalah menjadi keutamaan para pemuda Islam pada masa ini, bersedia dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1) Kenali musuh anda yang sebenar.

Mahu kenali musuh, perlu banyakkan membaca dan berfikir serta berdiskusi. Dengan mengenali musuh, maka anda akan bersedia untuk ke ‘point’ ke dua iaitu:

2) ‘Set up’ visi anda berdasarkan apa yang hendak anda sumbangkan.

Untuk set up visi, nilai kepakaran dan medan yang anda hendak berjuang, ukur juga kemampuan dan strategi-strategi untuk capai visi tersebut. Setelah itu, ada boleh ke ‘point’ yang seterusnya iaitu:

3) Laksanakan!

Satu perkara yang ingin saya kongsikan, cuba selami sejarah kegemilangan Islam yang lalu, apa rahsia mereka dapat capai kegemilangan mereka. Moga kita dapat temui kebenaran yang dicari. Landasi perjuangan dengan ilmu dan kepakaran.

Siiru ala barakatillah!

P/S: Saya masih waras dan sedar apa yang saya tulis. Moga mendapat manfaat dan saya memohon maaf jika terkena pada hati-hati kalian (ia kena juga pada diripenulis). Anggaplah sebagai muhasabah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: