Skip to content

Hadiah dari Dr. Adi Setia: Satu Impak baru

May 22, 2010

PERI ILMU DAN PANDANGAN ALAM (BHGN. 1)

Oleh: S. M. N. Al-Attas

Insan pada asal-mulanya bertujuan menggunakan ilmu pengetahuan sains dan teknologi bagi mengetahui, mengawal, dan menguasai alam sekeliling demi maslahat dan kegunaannya.

Akan tetapi sifat ilmu sains juga demikian menarik pada nazar harapan bangsa-bangsa Barat bagi memecahkan rahsia-rahsia Ciptaan Raya, yang menjadi pucuk-bibit renungan falsafah sehingga cara-cara dan bawaan ilmu sains jenuh dipuja dan diperkembangkan supaya merangkum dan meliputi bidang-bidang lain dalam luasan ilmu.

Perkembangan ilmu sains di Eropah sejak Abad Pertengahannya telah memberi harapan kepada kebudayaan Barat bahawa ilmu sains itulah satu-satunya keyakinan terhadap yang dicari-carinya itu.

Maka dengan demikian mereka telah mengenakan rasionalisme dan empiriksme pada cara berfikir dan menyelidik kepada bidang-bidang ilmu lain seperti ilmu-ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Kemudian pengaruh ilmu sains dalam pemikiran mereka itu demikian hebat mendalam sehingga ia dijadikan seolah-olah sebagai suatu nilai hidup atau penilai kehidupan yang utama bagi membimbing mereka ke arah kesejahteraan.

Mereka lupa bahawa ilmu sains adalah satu dari pelbagai cabang ilmu-ilmu yang menjadi dari pohon Ilmu, dan yang bertujuan menghasilkan pengetahuan termasuk cara-cara menguji, mengkaji, mencuba, perkara-perkara yang terhad pada hal jasmani dan alam tabii. Ia seakan-akan ilmu yang diperalatkan bagi kegunaan insan; dan hasil serta kejayaannya sebagai alat tiada dapat dijadikan nilai atau penilai, dan bukan maksudnya menjadi penilai kehidupan.

(bersambung beserta contoh…)

Komentar ringkas:

Kitab ini agak nipis, sekitar 76 muka surat sahaja, tetapi ia memerlukan kesungguhan aqal untuk benar-benar memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis melalui karyanya ini.

Tajuk di atas ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian kerana ia amat memberi kesan pada diri saya dan kehidupan sejak beberapa jam yang lalu. Walau sudah membacanya sebelum ini. Apapun, ini adalah muka pertama. Muka kedua akan saya kongsikan nanti, InsyaALlah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: