Skip to content

Merancang Kewangan Kehidupan: Satu Keperluan

April 29, 2010
tags:

Gembira untuk saya kongsikan bersama pembaca sekalian.

Sekarang saya sedang bekerja dengan sebuah syarikat konsultan kewangan Islam yang menyediakan khidmat nasihat kewangan menurut Islam. Kalau pernah dengar Hijrah Wealth Management Sdn Bhd? Mentor saya selalu menjadi ahli panel dalam Bijak Wang (TV 3), juga dalam Wanita Hari Ini (WHI). Selain itu, turut menyumbang artikel di dalam Majalah Solusi (Telaga Biru), Majalah Anis dan sebagainya.

Hajah Rohani dan Hj Mahdzir yang telah banyak mencurahkan ilmu mereka tentang bagaimana untuk membantu menguruskan kewangan peribadi secara efektif menurut Islam.

Dengan pengalaman mereka yang boleh di anggap ‘pioneer’ dalam bidang Perancangan Kewangan Islam ini, saya rasa bersyukur sangat dapat menjadi salah seorang konsultan kewangan Islam di Hijrah Wealth Management (bukan Permata Hijrah ya..). Oleh itu, saya tidak ragu untuk berkongsi dengan ahli masyarakat di luar sana tentang ilmu yang diperturunkan oleh mereka berdua kepada saya sejak 5 bulan lepas, dan akan berterusan sampai bila-bila, insyaAllah.

Saya kira, ini platform yang terbaik untuk saya gunakan bagi berkongsi dengan masyarakat di luar sana berkaitan dengan bagaimana untuk beramal dengan muamalah Islam dan bagaimana untuk merancang kewangan peribadi setiap individu daripada kita.

Selama di sini, saya berpeluang untuk bertemu dan berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk saya mendengar masalah kewangan mereka dan saya dengan senang hati, berkongsi cara untuk menghadapi permasalahan yang di alami.

Selain itu juga, apa yang lebih penting di sini ialah, saya amat gembira jika dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat atau sesiapa sahaja untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang Mualamat Islam dan bagaimana mengurus kewangan peribadi masing-masing menurut Islam. Terutamanya pemuda-pemudi yang berada di IPTA/S, mahupun yang baru berada di alam pekerjaan. Ini fokus utama saya untuk membantu kalian agar dapat menjalani kehidupan yang penuh barokah di sisi Allah.

Saya yakin sangat sahabat-sahabat di luar sana amat memerlukan ‘skill’ pengurusan kewangan peribadi ini, tetapi mungkin tidak tahu dengan siapa yang harus dirujuk, atau mungkin juga beranggapan cara yang sejak dahulu digunakan sehingga kini, adalah cara yang terbaik. Apa salahnya, jika ingin mengetahui tentang ‘skill’ pengurusan kewangan Islam yang Hijrah sediakan. InsyaAllah, tidak akan rugi.

Oleh itu, saya berbesar hati pada hari ini untuk maklumkan bahawa saya sedia membantu kalian di luar sana dalam perihal untuk mengetahui Muamalah Islam dan seterusnya berkongsi tentang bagaimana hendak menguruskan kewangan menurut Islam.

Banyak yang ingin saya kongsi dengan kalian di luar sana.

Jika ada apa-apa yang hendak ditanya atau dibincangkan tentang muamalah Islam dan juga pengurusan kewangan peribadi, kalian boleh menghubungi saya.

014-8632101

atau

email saya: aliff@hijrahwealth.com

Juga boleh melawat website Hijrah di: http://hijrahwealth.com

Jangan segan untuk memulakan hidup baru dengan memastikan segala muamalah kita benar-benar menurut Islam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: