Skip to content

Rapatnya Kaitan Antara Umat Islam dan Tradisi Intelektual

April 27, 2010

 

Maka sesungguhnya hajatku kini tiada lain daripada berdayausaha menyampaikan kepadamu sekalian – wahai saudara ku Muslimin yang dikasihi – suatu risalah yang kecil ini dengan maksud untuk mengemukakan suatu pandangan yang kiranya diizinkan Allah, Subhanahu wataala, dapat jua memberi sedikit sebanyak petunjuk, dan insha Allah membantu pula memimpinmu ke jalan yang benar. Bahawa sesungguhnya banyak masalah-masalah Kaum kita dan kerumitan jiwa yang sekarang sedang dialami oleh orang-orang Islam itu adalah sebenarnya akibat kejatuhan maruah diri sendiri dan kekurangan ilmu dan akhirnya kekurangan Iman. Dan kekurangan iman ini, sebagaimana juga telah dinyatakan oleh Hujjatul Islam al Imam al-Ghazali, radiyallahu anhu, dalam sesetengah karangannya yang agung itu, memanglah disebabkan oleh kekurangan ilmu, khususnya ilmu yang benar mengenai Islam pada keseluruhannya. (perenggan 2, Risalah Untuk Kaum Muslimin, S. M. N. Al-Attas)

Aku melihat, 3 faktor yang diutarakan ini adalah 3 faktor serangkai. Ia dimulai dengan kekurangan iman sehingga menimbulkan rasa selesa dengan tahap sedia ada, tanpa rasa mahu menuntut ilmu. AKibat dari kekurangan ilmu itulah, maka ia menjadi faktor kepada jatuhnya maruah diri.

Masani menyaksikan suasana umat Islam yang tidak dapat memainkan peranan dalam mencorak kehidupan masyarakat, apatah lagi dunia.

Masyarakat hilang fokus dalam mengutamakan pencarian identiti diri berbanding pencarian untuk material kepentingan diri. Seterusnya ia dilengkapkan lagi dengan fokus untuk memandang ekonomi dari sudut material semata-mata tanpa menghubungkan ia dengan unsur spiritual.

Tradisi keilmuan adalah tradisi yang mengakar sejak mula Rasul SAW di utuskan di muka bumi Allah swt. Ia seterusnya menjadi satu budaya dalam kalangan sahabat Baginda Nabi SAW untuk mengetahui tentang al-QUran dan Hadis Nabi SAW.

Ashab as-Suffah

Tertarik bila membaca perihal kewujudan golongan terawal intelektual dalam Islam selepas Rasul saw, iaitu dipanggil golongan Ashab As-Suffah. Ia terdiri daripada kalangan para sahabat yang belajar dan mengajar dalam kalangan mereka di Masjid Nabi SAW. Perkara ini didedahkan oleh Dr. Hamid Fahmi Zarkasyi, seorang intelektual Islam dari Indonesia di dalam makalahnya berjudul “Membangun Peradaban Islam Dengan Ilmu Pengetahuan”:

 

Perlu dicatatkan bahawa tradisi intelektual dalam Islam juga memiliki medium transformasi dalam bentuk institusi pendidikan yang disebut al-Suffah dan komuniti intelektualnya disebut Ashab al-Suffah. Di lembaga pendidikan pertama dalam Islam ini kandungan wahyu dan hadis-hadis nabi dikaji dalam kegiatan belajar-mengajar yang yang efektif.

Meski materinya masih sederhana tapi kerana objek kajiannya tetap berpusat pada wahyu, maka  ia betul-betul luas dan kompleks. Materi kajiannya tidak dapat disamakan dengan materi diskusi spekulatif di Ionia, yang menurut orang Barat merupakan tempat kelahiran tradisi intelektual Yunani dan bahkan kebudayaan Barat (the cradle of western civilization). Yang jelas, Ashab al-Suffah, adalah gambaran terbaik institusi kegiatan belajar-mengajar dalam Islam dan merupakan tonggak awal tradisi intelektual dalam Islam. Hasil dari kegiatan adalah munculnya , katakan, alumni-alumni yang menjadi pakar dalam hadis Nabi seperti misalnya Abu Hurairah RA, Abu Zar al-Ghiffari RA, Salman al-Farisi RA, Abdullah ibn Mas’ud RA dan lain-lain. Ribuan Hadis telah berhasil dirakamkan oleh anggota sekolah ini.

Komuniti ini seterusnya menjadi subur dan tradisi keilmuan ini terus mekar dalam kehidupan seorang Muslim Mukmin yang amat teguh imannya dan amat cintakan ilmu pengetahuan. Kerana mereka ini tahu, dengan ilmu, mereka dapat mengenai Allah selaku Penciptanya. Dengan ilmu juga mereka dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah.

SUasana tradisi keilmuan ini makin memuncak sehingga kezaman Khalifah Umayyah dan seterusnya Abbasiyyah sehingga memunculkan nama-nama yang tidak asing lagi dalam dunia Islam seperti Imam al-Ghazali, Hassan al-Basri, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, al-Farabi, Ibnu Haytam dan ramai lagi nama-nama yang kekal sumbangannya sehingga kini.

Jika merujuk kepada negara Andalus ketika itu, Kehidupan umat Islam sehingga menjadi ikutan orang-orang Kristian pada zaman tersebut, persis seperti umat Islam kini yang selesa dengan semnagat sekularisme yang menjadi anutan Barat masa kini! Orang-orang Kristian ketika itu yang terasimilasi dengan budaya kehidupan umat Islam yang cintakan ilmu, disebut juga sebagai Mozarab atau dalam bahasa arab sebagai Musta’rib)

Menjadi satu muhasabah buat kita, kaum Muslimin masa kini, untuk kita menjenguk kembali sejarah, bukan untuk berbangga semata-mata, tetapi untuk dijadikan muhasabah buat diri kita bahawa Islam yang kita anuti ini amat mengutamakan ilmu. Ilmu yang dimaksudkan, bukan ilmu yang selalu dimaksudkan oleh segolongan individu bahawa, ilmu semata-mata tidak berguna, tapi kena amal.

Frasa ini perlu diperbetulkan kerana, perkataan ilmu itu sendiri merangkumi pencapaian ma’na dalam diri sehingga orang yang berilmu itu sebenarnya akan beramal dengan ilmu yang dimiliki. Jika tidak, ia bukan di tahap ilmu yang sebenar.

Sebagai ahli gerakan, saya melihat kepentingan ilmu sebagai sesuatu yang dapat memberikan kita kefahaman tentang apa itu Islam sebenarnya. Dan apabila kita memahami Islam, maka secara tidak langsung, ALlah akan berikan kemuliaan kepada kita selaku hambaNya yang bertaqwa.

Beginilah apa yang aku fahami berkenaan dengan Perenggan 2, Risalah Untuk Kaum Muslimin.

Moga bermanfaat.

Wallahu alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: