Skip to content

Diriku dan gerakan Islam PAS

April 25, 2010

Tidak pandai aku hendak menghuraikan dengan kemas. Cuma kata kunci yang aku hendak sampaikan pada hari ini ialah, aku bersyukur pada Allah kerana pertemukan diriku dengan gerakan Islam PAS.

Kebijaksanaan adalah anugerah Allah swt kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Banyaknya ilmu dan pandai mengeluarkan hujah, belum tentu mereka berada dipihak yang benar. Kerana setiap orang dipandu oleh iman dan aqal. Setiap pertemuan dengan seseorang individu adalah dengan izin Allah swt. Maka setiap jawapan atau hujah yang diterima adalah berdasarkan tahap kefahaman dan marhalah yang berbeza-beza.

Kebenaran itu adalah pasti dan mampu diperolehi oleh setiap individu. Kebenaran tidak bersifat subjektif. Kebenaran tidak seperti yang difahami oleh para sufasta’iyyah. Kebenaran itu mampu dilihat dan dihayati dengan anugerah iman di jiwa, pemberian Allah swt.

Pilihan raya, pada ku, adalah medan peperangan sistem dalam mengurus manusia. Pilihan raya, pada masa kini adalah antara medan untuk melihat kesan dakwah yang sedang berjalan.

Pagi tadi, aku baru sahaja pulang daripada membantu para petugas pilihan raya di Hulu Selangor sejak Jumaat lepas, bersama sahabat-sahabat Gombak. Penglibatanku kali ini adalah secara terus tanpa sedikit rasa ralat atau takut. Ini kali pertama aku membantu pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia, sebagai bukan pelajar. AKu bersyukur kerana berpeluang bekerja bersama para sahabat yang  amat kuat bekerja, komited dan mempunyai tahap faham (fahmu) yang jelas. Semangat ukhwah Islamiyyah dalam kalangan ahli-ahli gerakan membuatkan hatiku senang bersama mereka. Para ustaz yang di-thiqah-i membuatkan aku tenang bersama mereka tatkala melihat mereka bekerja dengan tenang tetapi bersungguh-sungguh. Tidak banyak arahan yang diberikan, tetapi masing-masing bijak mencari kerja dan menghulurkan bantuan.

Tiada sebarang bayaran dijanjikan, tetapi ahli-ahli gerakan Islam tekun tidak tidur malam membantu dalam usaha menegakkan kebenaran di bumi Malaysia.

Biar banyak suara-suara luar yang lantang menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap sesetengah keputusan yang dibuat oleh para kepimpinan tertinggi PAS, tetapi keputusan itu tetap dilaksanakan atas dasar syura yang telah dipersetujui bersama. Bukan diperingkat pimpinan PAS semata-mata, tetapi ia turut dibincangkan bersama para ulama gerakan Islam seluruh dunia. Bahkan strategi-strategi dan kesan dakwah yang di bawa oleh PAS menjadi pemerhatian untuk kajian dan ikutan bagi gerakan Islam diluar Malaysia.

Kehadiran sebagai petugas Pilihanraya Kecil Hulu Selangor telah memberikan aku satu pengajaran berharga untuk lebih memahami realiti perjuangan yang PAS alami ketika ini. Memahami realiti yang berlaku di dalam PAS tidak cukup hanya dengan memerhati dari luar tanpa memahami setiap yang berlaku dari sumbernya sendiri. Biar melalui pembacaan sekalipun, belum tentu dapat memahami tanpa berguru atau bertanya kepada empunya diri yang menulis.

Kalah atau menang, bukan persoalan, tetapi ini soal ikhlas, berusaha dan komited dalam perjuangan. Jika seseorang itu hebat dari segi bercakap, jadi dia juga mesti hebat dalam usaha turun ke padang memahami permasalahan masyarakat diperingkat akarnya. Jika seseorang itu, hebat menjadi pemikir, ia bukan satu kredit untuk tidak turun membantu sahabat-sahabat yang tidak sampai tahap berfikir seperti mana dia berfikir. Jika seseorang itu hebat berdakwah diperingkat akar, dia juga harus hebat dan mampu menjadi ‘think-tank’ dalam gerakan. Think-tank yang dimaksudkan, bukan sahaja dalam membincangkan soal strategi, teapi juga meliputi polisi-polisi yang bakal digubal, jika gerakan Islam diberi peluang mengurus masalah umat manusia satu hari nanti.

Biar kalah di Hulu Selangor, penggerak Islam tidak akan pernah pudar semangat untuk menjadikan Islam sebagai satu-satunya sistem hidup yang diterima umum.

Kekalahan atau kemenangan adalah suatu yang perlu difikirkan kerana terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalamnya.

Teruskan perjuangan sahabat-sahabatku. Dan kepada sahabat yang tidak turut serta dalam saff perjuangan PAS, teruskan perjuangan kalian, kerana kepimpinan PAS di mana-mana sekalipun amat memahami keperluan kewujudan kalian. Kita saling melengkapi dan akan terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan bersama-sama.

Aku selesa bersahabat dengan mana-mana ahli gerakan Islam melalui kepelbagaian wadah mereka, mahupun secara individu (jika ada), selagi mana mereka mempunyai dasar dan matlamat yang sama. Bahkan, hati ku tenang bersama kalian walau berbeza wadah. Moga kali juga begitu apabila bersama para penggerak PAS yang lain dan membantu PAS dari pelbagai sudut yang boleh dibantu.

Kenangan di Hulu Selangor semakin membuatkan aku sayang pada gerakan Islam PAS.

5 Comments leave one →
  1. April 26, 2010 12:08 am

    salam alif, ana xtahu yg nta jage rumah gombak.ana kt rasa. tidak sempat berjumpa yer.=) teruskan perjuangan !

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    April 26, 2010 11:11 am

    Yeke? Tak ngapa, kita jumpa akan datang, insyaALlah!

    Enta pi tak 1 Mei? JOm!

  3. weber permalink
    April 26, 2010 11:40 pm

    macam mana ye PAS boleh terima Zaid Ibrahim sebagai calon😕

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    April 27, 2010 11:20 am

    Penerimaan PAS adalah dasar Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat. Untuk penjelasan lanjut, kena fahami konsep tahaluf Siyasi. Boleh rujuk blog Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan dengannya.

    PAS tetap dengan dasar Islam yang hendak dibawa.

    Wallahu ‘alam..

    P/S: Tidak bermaksud mahu menghuraikannya di blog ini.🙂 SYukran ya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: