Skip to content

Rasa Selesa Menular Dalam Jiwa Muslim

April 23, 2010

AKu sudah lama tidak menulis.

Banyak yang hendak dikongsikan sebenarnya.

AKu rasa sekarang, wajar aku gunakan bahasa blog sebagai medium untuk membumikan apa yang diperjuangkan (pinjam tagline Rausyanfikir).

Bila bercakap tentang dinar dan dirham, ia bukan sekadar itu sahaja yang diperjuangkan. Ia berkaitan dengan sistem muamalah itu sendiri. Berkaitan dengan Pasar (Suq), Perdagangan (Kafilah), Guilds, dan Kontrak.

Bila bercakap tentang penggunaan dinar dan dirham ia bukan tentang matawang semata-mata, tetapi ia berkaitan dengan keadilan.

Dalam konteks ekonomi, keadilan hilang ditelan sistem kapitalis-liberalis. SIstem yang ‘sengaja; diwujudkan untuk me-muncul-kan oarang-orang yang muflis!

Pada aku, adalah wajar wujud segolongan insan yang mahu melakukan revolusi dalam bidang ekonomi semasa yang penuh tipu muslihat berbanding ketelusan.

Golongan ini harus terus memperjuangkan isu sensitif ini untuk membangkitkan ummah dari keselesaan penggunaan wang fiat yang tidak bernilai sangat sebenarnya (tidak boleh dikatakan tidak bernilai, kerana sekeping wang kertas, bernilai sekitar 3 sen. Jadi, agak bernilai la juga).

Baru-baru ini, negara dunia ketiga seperti Zimbabwe telah membuat satu pinjaman bernilai puluhan juta. Apalah kesannya terhadap rakyatnya dalam 10 tahun mendatang?

Baru-baru ini juga, kerajaan Malaysia berbangga dengan pengiktirafan oleh International Monetary Fund (IMF) terhadap ‘forcasting’ yang dilakukan bahawa KDNK negara diunjurkan naik pada masa hadapan.

Sampai bila kita hendak berbangga dan memberikan ‘trust’ yang tinggi terhadap penyamun dunia tersebut?

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: