Skip to content

Melepaskan Rindu di Pesta Buku Antarabangsa 2010

April 5, 2010

Sudah lama saya tidak membuat sebarang catitan. Bukan kerana tiada idea, tapi disebabkan oleh kekangan masa dan tugasan, membuatkan saya asyik bertangguh untuk membuat sebarang coretan.

Teringin saya berkongsi, betapa ghairahnya saya bila tibanya pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur beberapa minggu yang lepas. Kalau tidak silap saya, selama 10hari pesta berlangsung, sebanyak 6 kali saya menziarahi tapak pesta buku pada tahun ini. Ini termasuklah tugasan sebagai perunding kewangan Islam. Sambil bekerja, sambil melihat-lihat buku yang dijual.

Apa tidaknya, selama 4 tahun saya di Sabah, tidak pernah berpeluang untuk ke tapak Pesta Buku Antarabangsa. Setiap tahun, rasa sebak tidak dapat ke Pesta Buku, tetapi kali ini, saya maksimumkan masa yang ada untuk ke Pesta Buku tersebut.

Suatu yang amat membuatkan saya tenang dan gembira bila melihat kesedaran orang ramai untuk menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Pembudayaan ilmu harus mengakar dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. SIkap ingin tahu dan mengambil berat tentang perihal mencari kebenaran harus dipuji kerana ia adalah langkah pertama untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Oleh itu, suburkanlah minat membaca, mengkaji dan menuntut ilmu, walau kita bukannya seorang pelajar sarjana atau universiti. Kehidupan dalam mencari makna hidup harus menjadi entiti penting untuk bertemu dengan hidayah dan kasih sayang Allah.

Membaca, mengkaji, berguru dan berdoa. Itu intinya.

2 Comments leave one →
  1. Qizrina permalink
    April 11, 2010 9:39 am

    If dapat beli byk buku kt sn lg best..:)

  2. ummu_iffah permalink
    April 16, 2010 11:27 pm

    jdikanla sbg acara tahunan. Nanti da ada ank ajk ank2 skali..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: