Skip to content

Apa Persepsi Kita Terhadap Dinar-Dirham?

March 1, 2010

“Akak, saya bayar guna dinar emas boleh?” Soal saya.

“Erm, kami tak guna dinar emas.”

“AIk, emas pun tak nak?” balas saya sambil tersenyum.

Dia pun tersenyum sambil kata, “Itukan duit dulu, dah lama. Mana guna sekarang…”

Ini antara dialog seorang kakak muda di kedai gambar di Shah Alam sewaktu fotostat dokumen dikedainya 2 hari lepas.

Itu antara contoh seorang muslim yang tidak dapat merasai betapa berharganya menggunakan dinar-dirham berbanding matawang fiat, dalam konteks ini Ringgit Malaysia.

Masyarakat selesa menggunakan kertas tanpa nilai tersebut yang hanya bernilai RM0.03sen sahaja.

Ada lagi situasi, seorang sahabat saya yang berkahwin, bercadang menggunakan Dinar Emas sebagai mas kawinnya. tetapi Imam berkenaan tidak menerima.Imam tersebut hendak juga menggunakan Ringgit Malaysia yang bernilai sekitar RM0.03 sen setiap sekeping (walaupun tercatit sebagai RM100).

Ini dua golongan yang mempunyai ‘background berbeza’. Seorang yang memerlukan pimpinan untuk mendalami Islam, dan seorang lagi seorang agamawan di sebuah tempat di Malaysia. Dua-dua tidak mahu mengiktiraf penggunaan Dinar sebagai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mekanisma untuk bermuamalah (menurut Islam).

Bagi individu A, mungkin juga beliau tidak mendapat pendedahan tentang muamalah Islam yang sebenar. Tidak mengapa, dan dimaafkan. Tetapi, saya pelik bila seorang Imam tidak memberi peluang kepada bakal pengantin (sekarang dah jadi suami orang dah). Beliau lebih suka menggunakan RM berbanding Dinar emas.

Iya, pada persepsi saya, mungkin dia terikat dengan sistem. Tapi betul ke terikat dengan sistem ataupun termasuk dalam sebarang akta berkaitan dengan keluarga Islam yang mewajibkan penggunaan RM sebagai MAs kawin? Musykil betullah. Kelantan tiada masalah pun.

Kembali Pada Dinar

Umat Islam harus kembali menggunakan dinar dan dirham untuk memastikan nilai kekayaan kita dapat dilindungi. Secara ringkasnya, dengan menggunakan dinar-dirham, kekayaan seseorang dapat dilindungi daripada inflasi.

Bila bercakap tentang inflasi, yang kita faham adalah barang semakin mahal disebabkan oleh inflasi. Tetapi amat jarang kita ‘highlight’kan, yang sebenarnya nilai wang yang kita miliki ditangan yang semakin menyusut! Menjadi semakin tidak bernilai! Buktinya?

Saya bagi contoh ringkas, beberapa tahun lepas (sekitar 10tahun lepas), harga karipap adalah 20sen sebiji. Tetapi kini bernilai 30sen sebiji. Padahal inti tetap sama, malah sejak menjadi 30sen, makin sikit isi. Ini dipengaruhi oleh peningkatan harga-harga barang yang lain.

Tetapi, jika menggunakan dirham dan dinar, nilainya adalah stabil dan untuk berlakunya peningkatan adalah amat rendah sekali kemungkinannya.

Sebagai contoh, harga ayam zaman Rasulullah saw, sekitar 1 Dirham, bersamaan dengan RM13. tetapi, jika pada hari ini, 1 Dirham digunakan sebagai matawang dalam berurusniaga, nilai 1 Dirham untuk seeokor ayam, masih releven.

Ini bukan soal mahal atau tidak. tetpi ialah BERNILAI ATAU TIDAK BERNILAI.

Persoalan mahal atau tidak ini, muncul akibat penggunaan matawang fiat yang tidak bernilai. Bukan disebabkan oleh nilai yang dimiliki oleh setiap gram dirham dan dinar.

Begitu juga dengan emas. Orang menilai, harga emas juga naik dan turun. Hakikatnya, harga emas tidak naik atau tidak turun, tetapi ia disebabkan oleh kerana, kita memandang nilainya dari sudut nilai wang fiat, yang tidak bernilai dan wang fiat itu bergelumang dengan pelbagai spekulasi.

Jadi, cuba fahami dinar dan milikilah ia. Kemudian cubalah bermuamalah menggunakan dinar-dirham dengan sesiapa yang ‘mengenal’ nilai dinar-dirham.

Wallahu ‘alam.

4 Comments leave one →
  1. Ummu Syuhada permalink
    March 4, 2010 2:27 pm

    Ana nak jg gne dinar..:-)

  2. weber permalink
    March 7, 2010 11:20 pm

    banyak pulak post mengenai dinar-dirham.. mengapa ya? mungkin sdra aliff dah sedar kot perkara asas yang perlu diperjuangkan di dalam dunia Islam masakini..🙂

    – dinar emas mesti berperanan sebagai matawang sahaja. tidak boleh didagangkan untuk mendapatkan untung. forex trading yang diamalkan dalam sistem matawang dunia sekarang tidak boleh diaplikasikan untuk dinar emas.
    – tidak boleh ada dual system untuk matawang dunia. mesti emas sahaja (ataupun komoditi yang lain sahaja). fiat sama sekali tidak dibenarkan. jika tidak, emas akan dinilai berdasarkan nilaian duit fiat dan ini menjejaskan peranan emas sebagai matawang

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    March 8, 2010 2:01 am

    Buat Weber:
    Saya sudah sedar sebelum ni, cuma belum nampak dengan gambaran yang lebih jelas. Tapi alhamdulillah, sejak mengenali anak-anak murid Syeikh ABdul Qadir as-Sufi, saya lebih nampak dengan jelas tentang apa yang ingin diperjuangkan kini.

    Saya sokong dengan ‘point-point’ yang saudara weber bangkitkan.

    Berlakunya turun naik harga emas, bukan disebabkan oleh nilai emas itu sndiri, tetapi disebabkan oleh nilai wang fiat yang tidak bernilai.
    🙂

    Buat Ummu Syhada:
    Boleh.. JIka ada wang simpanan untuk simpan, selain kecemasan, disarankan tukar kepada dirham dan dinar…then bermuamalat dgn dirham dan dinar…🙂

    Buat akhi Faizi:

    Jeles dengan faizi. Dah dapat beli dinAR. Saya tengah kumpul untuk convert ni.. hehe

    Lepas ni, kalau ada bisnes, kita bermuamalat dengan dinar n dirham k!
    😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: