Skip to content

Fahami Dinar dan Dirham serta Milikinya di Tangan!

February 22, 2010

Bermuamalah dengan dinar dan dirham.

Buat pertama kalinya saya bermuamalah dengan mata wang zaman kerajaan Islam. Iaitu dengan menggunakan Dirham perak. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa gembira bila dapat memegang logam perak yang dicetak menggunakan corak yang diwarisi sejak zaman Khalifah Islam ke-2, Saidina Umar al-Khattab RA.

Satu dirham bersamaan dengan RM13.

“Kalau ditangan kita ada dinar atau dirham dan sebelahnya ada wang syiling biasa, kita dapat bandingkan yang mana lebih bernilai!” Terngiang-ngiang di telinga saya, bait-bait ayat yang ditutur oleh tuan Haji Awaludin, yang saya kenal sewaktu menghadiri program HAKIM beberapa minggu lepas.

Daripada beliau, saya belajar mengaplikasikan dirham dalam kehidupan.

Saya ambil keputusan untuk menukar nilai RM26 dengan 2 Dirham. Dengannya, 1 Dirham saya gunakan untuk membeli buku, 1 Dirham lagi saya buat simpanan di ‘wallet’. Dengan tujuan dapat berkongsi bersama sahabat-sahabat yang lain.

Semalam, sewaktu program bersama Said Hoque, sekali lagi, Tuan Hj Awaludin menjual barang dagangannya menggunakan Dirham. Kali ini, depan mata saya, beliau mengeluarkan lebih banyak Dirham. Saya mengambil kesempatan untuk menambah koleksi dirham saya dengan menukar RM39 kepada 3 Dirham perak. 2 Dirham, saya gunakan untuk membeli buah longan dan 1 Dirham lagi saya simpan.

Perlu ada Usaha

Perlu ada usaha untuk benar-benar inginkan yang terbaik untuk diri dan ummah. Kegigihan Tuan Hj Awaludin beserta isterinya harus dipuji kerana bersungguh-sungguh mahu mengaplikasikan matawang Dinar dan Dirham sebagai kaedah bermuamalat sesama manusia. Jika di program HAKIM sebelum ini beliau menjual buku, tapi Ahad lepas beliau dan isteri menjual sayur-sayuran pula.

Dan usaha ini sudah tentu dilakukan atas dasar kefahaman yang benar tentang pengharaman riba di dalam al-Quran dan melalui Hadis-Hadis Nabi SAW.

Keadaan hari ini, yang berlaku ialah, masyarakat SANGAT selesa dengan penggunaan wang fiat di tangan. Dari sudut sistem perbankan Islam, kita sudah ada, akan tetapi ia tetap tidak berlandaskan syarak kerana terlibat dengan wang fiat yang berasaskan hutang! Inilah ciri utama sistem kapitalisme. (Maaf, agak keras, tetapi ini realiti yang memerlukan sokongan semua pihak untuk memperbaikinya)

Oleh itu, ummat Islam perlu bangkit untuk melakukan perubahan dalam konteks menyokong usaha-usaha mengembalikan penggunaan DInar dan Dirham dalam kehidupan kita sebagai matawang kita.

Sebagai ahli masyarakat awam, tidak perlu hendak menunggu sesuatu perundangan tentang dinar dan dirham  itu digazetkan. Yang penting sekarang ialah, miliki DInar dan Dirham di tangan terlebih dahulu. Kemudian, buatlah perdagangan jual beli menggunakan dinar dan dirham. Sampaikan kelebihan DInar dan dirham kepada ahli masyarakat yang kurang arif kerana mereka tidak didedahkan dengan semua ini.

Apabila masyarakat diperingkat bawahan sudah memegang dinar emas dan dirham perak secara meluas. Tidak mustahil, ia akan menjadi matawang yang diterima semua kerana nilainya adalah universal.

Moga Allah merahmati Tuan Haji Awaludin beserta keluarga dan juga para pejuang SIstem kewangan dan ekonomi ISlam seperti Umar Ibrahim Vadillo dan gurunya, Syeikh Abdul Qadir As-Sufi, juga sahabat-sahabat dinar yang lain.

Buat ahli-ahli gerakan Islam, kita kena cakna isu ini kerana ia adalah isi penting.

Bahan bacaan asas, mungkin saya boleh cadangkan kepada sesiapa yang berminat untuk tahu tentang prospek DInar emas dan dirham serta mengapa perlunya kita kembali menggunakan dinar emas dan dirham perak. Saya mencadangkan buku ini:

1)

Dengan buku ini, akan dapat ketahui proses penciptaan wang fiat yang kita guna seharian. Juga tentang Dinar Emas sebagai alternatif penyelesaian masalah.

2)

Buku ini adalah kompilasi artikel-artikel dan kertas kerja tentang sejarah perbankan Islam, isu-isu yang dihadapi dan solusi dengan menggunakan Dinar Emas. Penulis merupakan seorang yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ini antara bacaan asas yangdiharapkan dapat memberi gambaran tentang keperluan dan kewajipan kembali menggunakan matawang yang telah diiktiraf oleh Rasulullah SAW. Iaitu Dinar dan Dirham.

Saya pernah menulis artikel tentang buku yang pertama di atas. Boleh rujuknya di sini: Pencuri Yang Licik Dalam Sistem Ekonomi Semasa

Wallau ‘alam.

P/S: Ini adalah perjuangan. Bila kita menggunakan dinar dan dirham, sebenarnya kita memberi tamparan hebat kepada sistem ekonomi kapitalis! APapun, kita kena sedar sekarang dan miliki dinar dan dirham di tangan anda, dan kita semua.

One Comment leave one →
  1. faizi permalink
    March 2, 2010 5:35 pm

    Tahniah atas usaha anda. Saya orang baru mengenali dunia dinar dirham ini dan telah pun memilikinya walaupun baru sedikit. Semoga Allah memudahkan kita menyampaikan pada yang lain. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat serius (kembali kepada sistem muamalah islam sebenar) untuk digerakkan.

    Ingat lagi saya bersama dalam kelas sahabat dinar tempohari🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: