Skip to content

Berperang Dengan Pendukung Riba’!

February 21, 2010
tags:

“Surviving in The Age of Riba’, Hyperinflationary Depression and New World Order Wars”

Ini tajuk diskusi petang tadi yang disampaikan oleh Said Hoque kepada saya dan Sahabat-sahabat Dinar telah  memberi dimensi baru kepada saya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Saya begitu terhutang budi dengan Pak cik Awaluddin yang telah memperkenalkan saya dengan Said Hoque yang  merupakan seorang aktivis Dinar (gelaran yang saya berikan) petang tadi.

Beliau (Said Hoque) kelihatan agak risau pada mulanya sewaktu membentangkan isu ini kerana isu memperjuangkan dinar dan dirham ini adalah amat dibenci oleh puak-puak kapitalis!

Pertemuan hampir 2 jam 30 minit itu memberikan satu gambaran ringkas tentang betapa pentingnya umat Islam sedar dengan sebenar-benarnya sedar bahawa kita sekarang sedang berada di dalam perangkap musuh. Antara ringkasan yang dapat saya kongsikan dengan kalian ialah:

1) Penggunaan wang fiat pada hari ini adalah ‘umpan’ yang digunakan oleh puak-puak yang tamak kuasa untuk mereka menguasai dunia pada hari ini. Dunia Islam sedang memasuki perangkap barat melalui penglibatan dengan PBB, IMF dan lain-lain badan dunia pada hari ini.

2) Setiap Perang Dunia ( 1 & 2) merupakan telah sengaja diciptakan untuk mencipta sesuatu yang dapat beri mudarat pada manusia. Tidak mustahil Perang Dunia 3 akan berlaku dalam masa terdekat….

3) Puak-puak Yahudi sedang mengumpul emas, begitu juga non-muslim di Malaysia, mereka memahami nilai emas, lalu mereka berebut-rebut menyimpan emas, tapi kita sebagai umat Islam, masih terus-menerus dengan perdebatan yang akhirnya tiada tindakan yang diambil untuk mengaplikasikan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi saw ini.

4) Pengguanaan Kad Kredit adalah salah satu asas para musuh untuk ‘mengambil’ harta dan kebebasan seseorang individu melalui gejala hutang. Jadi berhentilah menggunakan kad kredit. bagi yang belum guna, hindari ia!

Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak kongsikan tapi agak  susah untuk saya nyatakan melalui penulisan. Apapun, jika sudah tersusun rapi di hati dan diminda untuk saya kongsikan, akan saya kongsikan, insyaAllah.

P/S: Berperang melawan riba’ dari akar umbi. Ini antara misi utama saya sekarang. Bagi sesiapa yang berminat untuk sama-sama turut serta,boleh ikut sama, insyAllah. 21 MAC 2010 ini, bertempat di Masjid Umar al-Khattab, akan diadkan ‘talk’ oleh Dr. Umar Ibrahim Vadillo. Kepada yang berminat, boleh turut serta bersama Sahabat Dinar yang lain.

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: