Skip to content

Perbanyakkan Wacana, Hidupkan Diskusi

February 19, 2010
tags:

Perbanyakkan wacana dan hidupkan budaya berdiskusi.

Ini perkara yang perlu diambil perhatian oleh para penggerak Islam. Kurangnya wacana, membuatkan kita tidak dapat menghadam sesuatu idea dengan baik. Kurangnya diskusi membuatkan kita beku dan kaku dalam berfikir dan bertindak.

Jika usrah dijadikan tempat untuk berdiskusi, maka silakan. Tetapi ia tidak mampu menjadi suatu tempat untuk menghadam sesuatu bidang ilmu. Usrah adalah tempat asas untuk mengikat hati-hati agar terus berada di medan perjuangan. Tetapi jika boleh dijadikan lebih daripada itu, itu lebih baik.

APa yang dimaksudkan di sini ialah, perlu ada suatu majlis ilmu (atau mungkin boleh digunakan Liqa’ Fikri) sebagai medan untuk membuka minda, mencernakan minda dengan idea-idea para ulama’/intelektual kita.

Pembedahan isi buku boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengetahui pemikiran dan idea pengislahan yang hendak di bawa oleh pada ulama’intelektual kita.

Percayalah, tidak cukup dengan usrah, kita perlukan medan yang lebih serius. Iaitu selain tamrin dan usrah mingguan atau bulanan.

Sebagai penggerak Islam, mesti berusaha untuk melahirkan aktivis dakwah yang menjadikan ilmu sebagai kepentingan utama, berbanding propaganda yang bersifat publisiti murahan.

Harapan ummah adalah perlunya kelahiran para penggerak yang boleh mengurus sistem. SIstem yang berasaskan semangat tauhid-Illallah.

Jujurnya, kita ketandusan orang-orang yang berotoriti dalam bidang muamalah, pendidikan, sains dan lain-lain. Kita memerlukan para penggerak yang mempunyai fikrah Islamiyyah untuk mengisi kekosongan tersebut.

Bercakap tentang kelompok intelektual yang amat diperlukan ketika ini, sejarah Islam telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam dunia intelektual. Kesilapan para penggerak Islam pada hari ini, adalah tidak menyelongkar khazanah para ulama’/intelektual Islam sejak zaman dahulu.

Fokus lebih diberikan kepada menyelongkar karya-karya sekitar 100tahun kebelakangan ini dan tidak lebih dari itu. Akibatnya, ruang lingkup idea dan metod dakwah serta aplikasi sistem menjadi terhad. Sedangkan kita sudah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 1000 tahun melaksanakan tugas di dalam bidang politik.

APa yang hendak disampaikan di sini ialah, ahli gerakan Islam amat perlu kepada pembudayaan ilmu. Semangat memerhati, menyelidik dan membaca wajib disemai dalam diri para penggerak Islam abad ini. Ini adalah asas yang perlu ada untuk kita melihat Islam gah seperti dahulu.

Jika tidak, kita hanya akan melahirkan para pejuang yang bersemangat tinggi, tetapi gagal memberi hujah yang rasional dan tuntas apabila berhadapan dengan musuh Islam. Malah, lebih teruk lagi, apabila para penggerak yang dilahirkan hanya pandai membuat kritikan, tetapi tidak mampu menyumbang idea untuk memperkasakan ummah, dalam setiap bidang kehidupan manusia.

Kita mahu melahirkan pejuang intelektual-sufi.

Bukannya intelektual sembang kemas atau sufi syadid.

Wallahu ‘alam.

3 Comments leave one →
  1. ummu_iffah permalink
    February 20, 2010 1:27 pm

    Walaupun nmpak sbg benda asas tp usrah tu penting sgt cz dr situlah ilmu kita berkembang n minda kita terbukak. Dari situ jugak kita akn terus islah diri n maju kedepan… Pembudayaan ilmu ni patut diterap bermula dr dlm keluarga msg2, bermula dari mak ayah, btl x? Parents ni akan jd role model kpd ank2 n dari situlah ank2 akan ikut tp perlu cara sesuaila tuk terapkan pmbudayaan ilmu pd budk2 ni, kene ada cara yg menarik minat diorg…. just pndangan je =)

  2. weber permalink
    February 21, 2010 8:27 pm

    usrah adalah asas.. kalau membentuk segala macam wacana tetapi mengabaikan usrah tidak akan kukuh sesebuah gerakan Islam…
    usrah adalah medan ilmu juga.. cuma lebih bersifat umum..
    wacana ilmu seperti forum, seminar, halaqah, debat, ceramah, dll mungkin lebih sesuai untuk membicarakan sesuatu tajuk khusus…

    apapun, setuju dengan penulis yang penggerak Islam memang perlu merancakkan dan membudayakan ilmu agar benar sikap dan tindakan.

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    February 21, 2010 10:08 pm

    Buat Ummu Iffah..: Betul tu…sokong sangat…Kena wujudkan pembudayaan ilmu dalam keluarga masing2…:) moga jadi ummi mithali!

    Buat weber…: Ana sokong sangat apa yang nta kongsikan tu…wacana juga, jangan bersifat zahir semata-mata, malah boleh disulami aspek spiritual…atau tasawuf… Wallahu alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: