Skip to content

Siapa Pemuda Harapan Ummah?

February 2, 2010

Sifat pemuda itu tangkas, sifat pemuda itu ‘mudah terasa’, sifat pemuda itu gagah.

Tapi tidak bermakna boleh bertindak sesuka hati. Kepemudaan harus dilandasi dengan ilmu dan berstrategi. Jika tidak, tindakan kepemudaan hanya mungkin akan ditertawakan, akibat kedangkalan cara berfikir dan bertindak.

Kebenaran harus disampaikan dengan penuh kebijaksanaan.

Jika para ulama’ berusaha mengeluarkan dan menjelaskan hukum bagi sesuatu tindakan. Tidak bermakna para pemuda hanya duduk diam tanpa berusaha mencari hukum berdasarkan sesuatu peristiwa atau permasalahan untuk di atasi.

Jika para ulama’ mungkin berfikir panjang, tidak bermakna pemuda harus berfikir pendek untuk melakukan sesuatu (akibat daripada rasa muda dan bersemangat tinggi). Maksudnya, pemuda harus mempunyai cara berfikir seperti para ulama, dari sudut menimbang tara sesuatu tindakan. Dan ia pula harus disertai strategi yang pelbagai apabila hendak berhadapan dengan musuh. Bukan itu sahaja, malah bertindak sebagai seorang pemuda yang tangkas.

Ini barulah dipanggil sebagai seorang pemuda.

Bukannya hanya pandai mudah memberi reaksi provokatif (kerana pada mereka  itu sifat pemuda), tetapi haruslah provokatif itu disertai dengan pelan-pelan yang bersifat konstruktif agar ia tidak bersifat keawang-awangan.

Jika perkara ini dapat dihadam dalam jiwa pemuda, maknanya, kita sedang berusaha selangkah ke hadapan untuk menjadi seorang negarawan tarbiyyah. Iaitu pemuda yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi, menyedari akan hakikat apa yang berlaku diperingkat terbawah hingga diperingkat tertinggi, lalu merancang dengan baik untuk menyumbang bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku disegenap peringkat.

Pemuda harus banyak membaca dan berdiskusi, sama ada dengan pihak yang bukan sealiran atau pun yang sealiran. Bila berbeza  pandangan harus mengutamakan persamaan yang ada. Bila berbeza pandangan, harus bersangka baik (maknanya jangan mudah bersikap menghukum sebelum benar-benar memahami atau memperhalusi sesuatu yang dilontarkan. Bila sudah jelas salah (melalui kajian dan pengamatan), barulah bertindak sebaiknya untuk menyampaikan apa yang benar dan apa yang salah. ATau bila sudah jelas mereka betul, maka pemuda harus berlapang dada dan berusaha memperbaiki kesilapan diri. Ini adalah pemuda yang matang dan berprinsip.

SIfat sebagai pemuda itu haruslah sebagai duta penyelamat kasih-sayang, lalu tidak mudah menghukum dan mencaci. SIfat kasih sayangnya itu membawa dirinya agar sentiasa berusaha menarik sesiapa sahaja disekelilingnya agar kembali menghayati Islam sebagai cara hidup yang unggul.

Kerana itu, para pemuda harus menilai kembali cara berfikir, kerana ia mempengaruhi cara bertindak.

Kerana itu para pemuda harus belajar untuk mendengar bagi memahami sesuatu permasalahan. maknanya tidak mudah melatah akibat rasa benci sedia ada.

Kerana itu, para pemuda harus banyak mendekati para ulama’, agar jiwa sentiasa merasai kebersamaan dengan Allah.

Ayuh, pemuda! Bangun dan tunjukkaan bahawa kalian adalah pemuda yang bakal menjadi negarawan yang mendapat pentarbiyyahan Islam. SIfat tawadhuk dan intelek harus disemai dalam diri agar dapat mendepani cabaran semasa dan akan datang.

Sekian.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: