Skip to content

‘Legion’: Satu Pandangan Kritis

January 30, 2010

Selang beberapa minggu selepas ke udaranya layar Hollywood bertajuk Avatar, muncul sebuah lagi filem bercorak akhir zaman, bertajuk ‘Legion’. Konsepnya sama, iaitu dunia sedang menuju kehancuran atau erti kata lain, kiamat sudah dekat.

Ia memaparkan kisah ‘seorang’ malaikat bernama Michael yang memberontak lalu meletak jawatan sebagai ‘tentera Tuhan’ untuk menyelamatkan seorang bayi dalam kandungan daripada di bunuh oleh ‘tentera Tuhan’. Bayi yang dimaksudkan didakwa sebagai penyelamat manusia akhir zaman.

Asalnya, arahan tersebut diberikan kepadanya untuk dilaksanakan, tetapi kerana sifat pengasihnya, dia menjadi engkar pada perintah Tuhannya. Kononnya dia bertindak atas dasar rasional melalui ‘pandangan mata hati’ yang bersih!

Lalu, dia memusnahkan sayapnya dan bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan umat manusia dari rencana Tuhannya yang padanya adalah tidak wajar!

Secara keseluruhannya, kesimpulan yang saya boleh berikan kepada cerita ini adalah berkaitan dengan tema-tema seperti humanisme dan pasca-modernimse serta kekecewaan terhadap agama.

Melalui semangat humanisme dan reaksi diabad pasca-modernisme ini (ciptaan mereka), pengarah cuba menanamkan semangat humanisme dan pasca-modernisme ini dengan menekankan aspek bahawa tindakan manusia yang hebat mampu melawan arahan Tuhan jika ia dilihat bersifat negatif dan di luar norma kebiasaan. Dengan menjadi manusia, taqdir Tuhan mampu  dikalahkan, dan arahan Tuhan boleh dipinda-pinda (seperti yang berlaku pada ajaran Kristian dan Yahudi). Di sinilah letaknya asas kepada apa yang hendak disampaikan oleh cerita tersebut.

Melalui semangat kekecewaan terhadap agama pula, dialog yang sama dibangkitkan pada awal dan akhir cerita tentang sangkaan bahawa wujudnya Tuhan dan Hari Kiamat adalah suatu yang mengarut!

Cerita ini mengajar kita agar memaksimakan kehebatan diri kerana diri manusia juga mampu mengubah perintah Tuhan sedia ada kerana manusia lebih hebat dari Tuhan!

Hal ini, jika tidak dilihat secara kritis, ia hanya mampu menjadi sebuah filem yang hebat dari sudut ‘kesan efek’nya sahaja, tanpa memahami falsafah yang pengarahnya cuba sampaikan.

Sama juga dengan filem Avatar dan 2012 yang baru sahaja dilayarkan di pawagam-pawagam tanah air Negara kita ini.

Jika ditanya ‘best’ atau tidak filem Legion ini, pada saya tidaklah hebat sangat dari sudut plot penceritaan kerana ia agak mendatar, tetapi mampu memberi kesan dari sudut paradigm dan cara berfikir setiap penontonnya.

Pada saya, filem-filem yang ditayangkan di pawagam merupakan ‘usrah’ atau salah satu pendekatan dakwah terbaik bagi para musuh Islam untuk melemahkan umat Islam dari sudut Aqidah dan juga inteleknya.

Hati kecil saya mengatakan, tidak cukup untuk kita mendedahkan segala tipu muslihat atau menyatakan ‘simbol-simbol’ yang ditayangkan melalui filem-filem ytersebut, tetapi yang sebenarnya ialah pemuda-pemudi gerakan Islam yang sedar pada hari ini harus kembali mendalami ilmu pengenalan diri dan ilmu pengetahuan yang benar. Selain itu pemuda-pemudi gerakan Islam, wajib mengenal musuh sebelum menggempur musuh.  Jika tidak, tindakan yang dilakukan hanyalah berbentuk ‘surface’ dan hanya bersifat untuk jangka masa pendek sahaja.

Metod ‘mengundur dahulu, kemudian kembali’ yang banyak dilakukan oleh para ulama’ terdahulu merupakan metod yang sesuai dilakukan pada masa kini dalam usaha mencari titik punca permasalahan ummah yang sebenar, memahami tipu daya musuh dan kebudayaan mereka, mendalami Islm itu sendiri untuk dijadikan cara hidup dan amalan harian serta merencanakan strategi untuk menghapuskan musuh yang menjadi perosak masyarakat.

Metod ini harus diperhalusi dalam konteks zaman ini, iaitu dengan memperuntukan sejumlah masa untuk menuntut ilmu dan memahami hakikat diri (melalui jalan tasawuf) agar dapat menyusun strategi yang ampuh untuk melakukan ‘counter attack’ yang berkesan.

Bukan ajaran Islam untuk bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi bila musuh sudah melancarkan serangan, kita tidak boleh berdiam diri dan bersifat defensif semata-mata. Kita kena bangkit berdasarkan satu perancangan strategik, teratur sistematik dan mempunyai beratus-ratus plan alternative untuk menghadapi pihak musuh Allah dan Rasul pada masa kini.

Isme-isme yang selalu kita dengar seperti sekularisme, humanisme, modernisme, pasca-mordenisme(post-modernimse), liberalisme dan banyak lagi isme yang lain yang bertunjangkan falsafah di luar konteks wahyu Ilahi, wajib diketahui oleh gerakan mahasiswa Islam. Ini antara persediaan awal sebelum dapat menggempur musuh manusia, Allah dan Rasul.

Pada masa yang sama, ilmu berkenaan dengan Islam harus terus dipelajari, dihayati dan di amalkan dalam kehidupan.

 P/S: Masih banyak khazanah contoh-contoh kehebatan umat Islam di zaman kegemilangan Islam belum diterokai secara menyeluruh dan perkara ini memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan sedar akan hakikat diri sebagai tentera Allah untuk melaksanakan tanggungjawab pengislahan diri dan masyarakat kini. Fahami sejarah dan anda akan dapati ia mampu menjadi panduan serta pedoman untuk turut serta di dalam ruang lingkup mengembalikan semula watak Muslim yang sebenar. Istilah lainnya ialah Kebangkitan Islam pada abad ini. Orang belakang yang telah memberikan kesedaran kepada saya tentang kepentingan sejarah ialah sahabat saya, Farid dan Ustaz Syaari. Moga Allah berkati hidup kalian. Kepada yang lain, carilah guru-guru terhebat abad ini untuk menuntut ilmu daripada mereka, seperti Sultan Muhammad al-Fateh, menuntut ilmu dari ulama terhebat di zamannya. (saya qoute kata-kata Ustaz Syaari)😉

One Comment leave one →
  1. jajaa permalink
    January 30, 2010 2:11 pm

    smoga maju jaya (:
    saya suka bila dikritik cerita Legion tu ,
    sbb tak logik .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: