Skip to content

Kekosongan Yang Perlu di Tampung

January 26, 2010
tags:

Kekosongan yang perlu di isi.

Cawan yang kosong perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberi manfaat, sama ada pokok kecil yang dipenuhi ‘baby crystal’ atau pun air, ataupun dibentuk menjadi kraftangan yang sangat bernilai buat para pelancong.

Begitu juga hati, perlu diisi dengan ilmu dan iman, supaya amal soleh yang dilakukan mendapat ganjaran yang selayaknya. Tiada guna amal soleh tanpa disertai iman yang sahih.

Apatah lagi gerakan Islam, yang menjadi harapan bagi semua pihak yang cintakan Islam. Baik mereka ini penyokong mahu pun pendukung, mereka mengharapkan yang terbaik gerakan Islam dapat berikan pada ummah.

Sebuah gerakan Islam yang baik dan hebat, harus diisi dengan unsur-unsur hebat di dalamnya. Rosaknya gerakan Islam adalah kerana unsur-unsur yang menghidupkan gerakan tersebut.

Oleh itu, sangat penting buat sesiapa yang mengaku sebagai ahli gerakan Islam untuk menuntut pelbagai cabang ilmu dan menjadi pakar dalam sesuatu cabang ilmu. Ini amat penting bagi sesebuah gerakan Islam untuk agar dapat digunakan untuk maslahah umat Islam dalam sesebuah gerakan Islam.

Kegersangan daripada memiliki penggerak yang mampu memberi manfaat dari sudut pengisian kemenangan mampu mengundang seribu satu malapetaka yang bakal mengheret ummah ke lembah kehinaan.

APa yang saya maksudkan di sini adalah kesediaan penggerak muda PAS untuk memiliki para pemikir yang mampu menyumbang dari sudut pemikiran dan mampu me-realiti-kan apa yang diperjuangkan.

PAS amat kurang penggerak yang sedemikian rupa.

Saya tidak maksudkan untuk melahirkan para aktivitis seperti pada hari ini, kerana pada hari ini, amat ramai aktivis PAS yang mampu dimobilisasikan untuk menggerakkan gerakan dipelbagai peringkat, untuk meraih undi, melakukan kerja-kerja admin, memnyertai demonstrasi dan pelbagai lagi gerak kerja untuk memperkuatkan gerakan agar diterima umum.

Tetapi yang saya maksudkan di sini adalah penggerak yang mampu menguruskan sistem dan mampu juga menghasilkan dasar-dasar berbentuk realiti yang boleh diaplikasikan ke atas ahli masyarakat. Dasar-dasar yang mampu menjadi alternatif terbaik bagi menggantikan dasar-dasar yang diaplikasikan pada masa kini.

Ini yang menjadi titik kerisauan bagi para penggerak yang sedar akan hal ini. Kekurangan ahli dalam hal-hal sedemikian rupa bukan kerana kita kurang ahli, tetapi adalah kerana pemposisian ahli ke dalam lapangan yang tidak sepatutnya.

Kerana itu, ahli-ahli gerakan di peringkat kampus, dinasihatkan untuk memikirkan perkara ini secara serius. Tidak cukup hanya dengan memiliki ahli-ahli yang setia dan istiqamah hadir dalam program-program yang disediakan, tetapi tidak mampu untuk menjadi ‘think-tank’ kepada gerakan Islam dalam usaha memantapkan lagi gerakan agar dapat diterima umum.

Perlu ditekankan, ‘think-tank’ yang dimaksudkan, bukan seperti syura yang berlaku diperingkat kampus yang bersifat dalaman mahupun luaran gerakan dalam konteks yang sempit, lebih dari itu, yang dimaksudkan adalah ‘think-tank’ yang dapat berfikir secara global dan mampu memahami sesuatu permasalahan secara tepat, lalu menyusun strategi terbaik bagi menghadapai cabaran masani yang sangat mencabar.

Cabaran kini yang melibatkan musuh-musuh yang sangat licik, tidak hanya memerlukan ahli yang istiqamah hadir keprogram-program gerakan semata-mata, tetapi menuntut agar ahli-ahli gerakan mampu berfikir secara kritis untuk merancang strategi bagi memintas rancangan-rancangan jahat para musuh Allah!

Walaupun kadang kala, terpaksa memberikan idea atau pandangan yang agak kontradiksi dari ketetapan gerakan, ini tidak bermakna seseorang ahli gerakan itu tidak wala’ pada pimpinan. Sifat keterbukaan ini masih amat rendah peratusannya dalam kalangan jiwa para penggerak PAS. Dan ini yang perlu diubah. Paradigma bersedia menerima pandangan yang berbeza ini sudah selalu dicanangkan agar pihak musuh mengamalkannya, tetapi bila wujud isu dalam kalangan ahli, perkara ini seolah-olah tidak ‘valid’.

Apa yang dibangkitkan ini, ada kaitan dengan sejauh mana kita bersedia melahirkan para penggerak yang mampu menghasilkan dasar-dasar bersifat realistik, berlandaskan al-Quran dan sunnah untuk maslahah ummah.

Sama ada kita bersedia mahu memerintah atau tidak, boleh tanya diri masing-masing wahai penggerak.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: