Skip to content

Belajar Mengurus Kewangan Peribadi

December 31, 2009

Sudah lama blog ini tidak dijenguk. Masa yang ada diisi dengan tugas-tugas persediaan sebagai seorang Konsultant Kewangan Islam.

Jika waktu pagi hingga petang, masa dihabiskan di pejabat untuk urusan latihan dan prktikal. Manakala malam diisi dengan program-program yang telah dirancang.

Bila memasuki bidang ekonomi-kewangan ini, hampir 90% apa yang dipelajari diperingkat universiti, dapat diaplikasikan di lapangan sebenar, iaitu lapangan jihad mengislah masyarakat dalam bidang muamalat.

Selain daripada perihal takaful, saya didedahkan juga dengan prihal pelaburan (juga pelaburan menurut Islam) dan juga berkaitan dengan pengagihan harta, yang lebih dikenali dengan wasiat dan faraidh.

MINDA KITA

MAsih kurang rasa ingin tahu dan penekanan tentang keperluan menjadi arif perihal ekuiti, saham dan kepentingan perlindungan ke atas harta. Akibatnya orang kita agak samar-samar apabila terma pelaburan, saham, dan ekuiti digunakan dalam kehidupan. Minda yang masih sangsi dengan keupayaan para penggerak dalam bidang ekonomi-kewangan Islam lebih tebal menguasai diri daripada minda mahu membantu, dan menyumbang tenaga, kepakaran dan harta. Begitu juga dengan soal kepentingan membuat wasiat sebelum meninggal dunia, kerana proses pengurusan harta simati yang tanpa wasiat amat kompleks dan memerlukan masa yang sangat panjang. Akan tetapi, jika simati membuat wasiat, terdapat banyak faedah yang boleh didapati seperti tempoh pengagihan harta yang singkat, memberi peluang kepada simati untuk melakukan amal jariah sebanyak 1 per 3 daripada keseluruhan harta.

Tidak ramai juga umat Islam yang tahu bahawa, adalah tidak menjadi kewajipan bagi pewasiat untuk mengikut sistem faraidh selagi mempunyai cara lain untuk mengagihkan harta, dengan syarat, semua waris bersetuju menerima keputusan wasiat yang dibuat pewasiat sebelum meninggal dunia.

Adalah disyorkan untuk ahli-ahli gerakan pemuda Islam untuk mengambil berat isu dalam merancang kewangan kerana ia ada kaitan dengan aplikasi kehidupan umat Islam kelak. Baik para ustaz, golongan profesional apatah lagi golongan muda generasi Islam, perlu mengetahui tentang cara-cara untuk:

1) Mencipta kekayaan

2) Mengumpul kekayaan

3) Mensucikan Kekayaan

4) Melindungi kekayaan

5) Mengagihkan kekayaan

Jangan disalah anggap dengan istilah ‘kekayaan’ yang digunakan. Ia lebih merujuk kepada kewangan dan harta yang kita ada. Proses merancang kelima-lima elemen ini perlu ada untuk memastikan sumber kewangan kita dapat digunakan dengan lebih sistematik. Baik untuk pribadi mahupun organisasi. Baik untuk urusan dunia, apatah lagi akhirat. Konsep bersepadu sangat penting dalam proses merancang kewangan diri secara efektif.

Setakat ilmu yang ada, saya tidak sabar mahu berkongsi dengan sesiapa yang inginkan nasihat dalam merancing kewangan peribadi menurut Islam. Oleh itu, jika berminat, dialu-alukan untuk menghubungi saya:

ALIFF BASRI (014-8632101)

Perunding Kewangan dan Harta Pusaka Islam

Hijrah Wealth Management SDN BHD

P/S: Umat Islam prioriti utama

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: