Skip to content

1 Muharram 1431: Ulang Tahun Pertama Evolusi Intelektual Dalaman

December 18, 2009

Sedar tidak sedar, hari ini genap 1 tahun berlakunya paradigm shift pada diri saya. Perubhana demi perubahan, bak kata papa, akan berlaku pada manusia, sekitar 2 hingga 3 tahun sekali. Dan ia juga bergantung kepada persekitaran serta pengalaman yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.

Anjakan paradigma dalam bidang intelektual mengajar saya lebih bersifat berhati-hati menerima sebarang jenis ilmu dari sebarang jenis manusia. Bukan bersifat skeptik, tetapi dengan memandang dari sudut sumber mana mereka memperolehinya, bagaimana mereka memperolehinya dan apa kesannya pada ummah. Faktor-faktor ini amat memberi kesan kepada si penerima dan sekiranya tidak disaring dengan berhati-hati (bagi sesuatu ilmu itu), ia mungkin mampu menghasilkan segolongan ummah yang celaru cara pandangnya,juga pandangan alamnya terhadap Islam. Dan tidak mustahil kecelaruan cara pandang-pandangan alamnya terhadap Islam ini akan di-i’tiraf mereka sebagai satu cara kebebasan berfikir.

Kebebasan berfikir ini adalah salah satu hak yang Allah berikan kepada manusia dalam usaha untuk membezakan antara haq dan batil. Proses mencari dan menilai kebenaran ini ada perkaitan dengan sumber ilmu yang diperolehi.

Jika di lihat Kebudayaan Barat, merka mengalamai satu pengalaman ngeri terhadap agama mereka (Kristian). Sikap protes mereka terhadap kongkongan pihak gereja melahirkan satu golongan yang memberontak sehingga mengakibatkan mereka hilang kepercayaan terhadap institusi gereja dan yang berkaitan dengannya. Sikap skeptik mereka ini, jika kita perasan, dapat dilihat di filem-filem mereka, yang berunsurkan pemerlian ke atas institusi keagamaan (Kristian). Golongan yang lahir dari sikap protes ini adalah golongan yang mula mencari-cari cara bagaimana untuk menggantikan proses mencari ilmu pengetahuan. Lalu mereka memfokuskan minda dan akal sebagai alternatif untuk dijadikan panduan dalam menjana idea-idea baru dan turut dijadikan sebagai alat penetap nilai-nilai (value-ethics). Kerana itu, banyak kajian-kajian tentang minda (mind) berkumandang dalam bidang falsafah, begitu juga dengan isu epistemologi (sumber ilmu) yang merakamkan kecelaruan mereka dalam memberi penetapan yang mana betul dan yang mana salah.

Lanjutan dari sikap mereka itu, maka idea-idea besar dari zaman dahulu, seperti gagasan Aristotle dan Platonisme dijadikan asas cara konsisten dan dikembangkan sehingga kini untuk menjadi sumber penetapan suatu nilai dalam kehidupan manusia. Idea sekularisasi, Humanisme, Liberalisme, Kapitalisme dan isme-isme yang lain menjadi antara idea asas kepada terjadinya segala kerosakan di muka bumi kita masani.

Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk umat Islam, benar-benar memahami gagasan Tauhid yang dibawa Rasulullah saw secara keseluruhannya. Inilah yang cuba di hidupkan kembali oleh para ulama’ kita mutakhir ini dalam usaha menjaga aqidah umat Islam.

Istilah worldview of Islam diketengahkan di dalam gagasan pemikiran al-Attas untuk memberikan keinsafan bahwa perlunya kita menyedari semangat Barat yang ada di sekeliling kita yang telah merapouhkan aqidah dan jati diri umat Islam pada zaman ini. Bukannya kerana rasa gerun atau geram semberono semata-mata. Hal ini dapat dilihat di dalam karya Prof Wan Mohd Nor Wan Daud yang juga merupakan anak murid dan sahabat karib Prof al-Attas, berjudul Pembangunan di Malaysia: Ke arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna:

Demi untuk mengelakkan salah faham, perlu ditekankan bahawa pendirian tegas kita tentang Barat tidaklah tumbuh dari penyakit gerun, benci, menyampah, atau geram kepada orang-orang asing, ataupun xenophobia. Tetapi sebaliknya, ia mencerminkan suatu keinsafan yang amat mendalam akan semangat sebenar kebudayaan Barat dan ditambah pula oleh pengalaman-pengalaman pahit (meskipun ada sedikit pengecualian) yang dialui umat islam dengan kebudayaan dan tamadun Barat semenjak Perang Salib yang Pertama.

 Perkara ini yang harus diperhalusi dan saya melihat solusi-solusi untuk menjaga benteng aqidah sebagai jawaban kepada tohmahan-tohmahan falsafah Barat telah berjaya dijawab dengan baik oleh Prof al-Attas dan turut dijelaskan dengan baik oleh anak-anak murid beliau.

Saya menyarankan kepada para pemuda-pemudi gerakan Islam, untuk meneroka khazanah ilmu Allah melalui karya-karya Prof al-Attas untuk ambil dan di adaptasikan sebaiknya untuk maslahah ummah.

Idea gagasan Neo-Ghazzalian ini diyakini mampu memberi impak positif dalam usaha mengislah ummah, insyaAllah.

Wallahu alam.

 

Bro. Aliff Basri

Ampang Jaya, Selangor

2 Comments leave one →
  1. December 18, 2009 11:04 am

    artikel yang menarik…teruskan menulis

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    December 18, 2009 12:17 pm

    SYukran,akhi..

    Sekadar perkongsian…
    moga bermanfaat…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: