Skip to content

Mengecas Semula Spirit Revolusi Intelektual di Jiwa

December 14, 2009

Malam tadi, selesai sudah penantian selama hampir 3 minggu untuk menghadiri Seminar Pengukuhan Worldview of Islam dan Syarahan Perdana oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Kehadiran di program itu semalam amat membanggakan. Hampir penuh kerusi di isi oleh para pemuda yang dahagakan pengislahan bagi diri dan masyarakat sekitar. Hatta sahabat-sahabat dari Singapura juga hadir untuk menimba iulmu di Kuala Lumpur. Sudah pasti ia bukan satu pengorbanan yang kecil.

DI sanalah saya mengenal secara dekat dengan figur-figur utama anak muda zaman kini yang mempunyai tahap intelektual yang sangat tinggi bagi saya. Betapa kerdilnya bila duduk dan berbicara bersama mereka. Tapi disebabkan untuk mendapat ilmu, saya beranikan juga bertegur sapa dengan mereka.

Tapi saya tertanya-tanya, di mana wakil fron mahasiswa Islam atau GAMIS? Yang saya temui adalah sahabat-sahabat di dalam GAMIS, yang hadir kerana minat dan mungkin juga sebagai ahli biasa. Saya tidak nampak figur utama untuk mewakili GAMIS dalam seminar ini. Mungkin juga mereka ada, tapi tidak kehadapan dalam melibatkan diri bertanyakan soalan. Oleh yang demikian, saya tidak ketahuan. Tidak mengapa. APa yang hendak di sampaikan di sini ialah, kepentingan anak-anak muda dan NGO-NGO Islam, terutamanya gerakan Islam generasi muda Islam untuk terlibat secara langsung dalam program atau aktiviti seumpama ini.

Ia umpama tamrin intelektual yang perlu dilalui bagi mempertingkatkan keupayaan cara berfikir dan memandang sesuatu perkara atau peristiwa dalam rangka berfikir Islam. Ia juga umpama konsep ‘Sharping the Saw’, Tabiat ke-7 dalam buku Stephen R. Covey. Iaitu untuk mengasah minda bagi mempertajam dan memperkukuhkan lagi idealisme sebagai seorang ahli gerakan muda Islam.

PAda sebelah malamnya, adalah antara saat yang dinanti-nantikan. Bertemunya saya dan sahabat-sahabat dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Gembiranya di hati dapat bertemu dengan salah seorang ulama dan juga intelektual Islam abad ini. Gembiranya saya jikalau dapat menuntut ilmu secara berdepan kepadanya selain daripada membaca karya-karyanya. Walau bagaimanapun, insya ALlah, akan saya dalami karya-karya beliau yang tersimpan satu gagasan besar dalam proses mengislah dunia ISlam pada hari ini.

Wallahu ‘alam.

P/S: Sangat mengujakan jika dapat bertemu dengan pepimpin GAMIS di seminar tersebut, tapi tidak kelihatan.

4 Comments leave one →
  1. December 14, 2009 5:29 pm

    kenape mahu pimpinan gamis datang? x paham la

    mungkin mereka ada kerja masing2…….

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    December 14, 2009 10:37 pm

    Think deeply, my dear brother…πŸ™‚

  3. December 15, 2009 1:57 am

    ~alwajibat aksar minal awqat~ mungkin ada progrm2 yang lebih awla atau mungkin terlepas pandang dengan situasi sesetengah pimpinan berada dikampung kerana kampus belum dibuka… cuma yang akan datang mungkin jika diizinkan i.allah mereka mungkin hadir..

    ~teruskan berkarya untuk islam because today the affairs of this world are being controlled by the lowest of the low and the daily reminder of that tragic fact. this should not make us lose hope, but only make us redouble our efforts to follow and promote the path of Belief and good deeds. (^_~)

  4. December 16, 2009 12:21 am

    InsyaALlah…
    ANa pandang tinggi pada GAMIS kerana lahir di bawah tarbiyyah GAMIS…

    Ana percaya ahli gamis mampu menjadi pemimpin yang hebat.

    Jadi mesti dibuktikan.
    πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: