Skip to content

Ilmu Adalah Dari al-‘Alim

November 22, 2009
tags:

Orang berilmu tidak semestinya mempunyai PhD. atau Master. Kehidupan orang berilmu penuh dengan ke-awadhuk-kan. Sifat rendah diri menghiasi peribadi mereka. Mereka menuntut ilmu bukan untuk mendapat nama atau pangkat atau harta. Tapi adalah untuk mengenal Pencipta mereka, untuk mengenal pembuat hukum sedia ada.

Berapa ramai manusia pada masa kini, amat gah berbicara tentang hukum, walau kadangkala ia bukan dibidang mereka. Berapa ramai manusia pada masa kini amat hebat dalam mensyarahkan sesuatu hukum agama (Islam). Boleh dikatakan, non-muslim lebih hebat dari kita sendiri dalam mensyarahkan sesuatu hukum atau tafsir. Nampak hebat. tapi sayang, kehebatan mereka tidak menemukan mereka kepada Pencipta kepada hukum, yakni Allah swt.

Inilah bezanya mereka dengan para ulama’. Iya, mungkin mereka tidak diukur dengan memperolehi Master atau PhD atau apa sahaja gelaran duniawi masani yang amat mengelirukan manusia, tetapi kejernihan hati mereka dan terangnya penglihatan mata hati mereka, mampu (dengan izin Allah) membawa hamba-hamba ALlah mengenalNya. Mengenal Pencipta yang membuat hukum.

Lihat sahaja para sahabat Nabi saw. Sijil apa yang mereka ada? Setakat apa ilmu yang mereka ada, jika hendak dibandingkan dengan para ulama’ terkemudian, baik para salaf atau pun khalaf. Kitab apa yang telah para sahabat Nabi saw karang yang telah menjadi perhatian masani? Tiada. Mereka tidak mengarang kitab. Tapi kemuliaan mereka mengatasi generasi selepasnya, sehingga kini. Hebat macam mana sekali pun tahap ilmu dan hasil penerokaan ilmu generasi selepas para sabahat, tetap tidak dapat menyamai apatah lagi menandingi kemuliaan dan kehebatan atau juga kedudukan mereka (para sahabat) di sisi Allah swt.

APa yang membuatkan mereka jadi begitu? Aku juga buntu pada mulanya.

Rupanya kemuliaan mereka adalah kerena susuk manusia agung berada disamping mereka. Jasad Nabi saw berada di sisi mereka sewaktu mereka hidup.

APa beza mereka dengan Abu Jahal, Abu Lahab dan para musyrikin Mekah yang melihat jasad Nabi saw pada masa yang sama?

Bezanya terletak pada, bagaimana mereka melihat Nabi saw. Para sahabat melihat Baginda Nabi saw sebagai seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah swt, maka pandangan dan penglihatan mereka itu adalah pandangan dan penglihatan yang memberi manfaat kepada mereka. Akan tetapi, Abu Lahab, Abu Jahal dan para musyrikin Mekah ketika itu tidak melihat Nabi saw seperti mana mereka para sahabat melihat Baginda Nabi saw.

Kerana itu, orang yang memandang, tidak semestinya dapat melihat.

Untuk Pandangan Menjadi Bermanfaat…

Berjumpalah dengan para ulama’. Hadirilah pengajian bersama mereka.

Ilmu-ilmu yang diperolehi melalui pembacaan, perdebatan, pena’kulan minda sendiri, belum tentu lagi dapat menemukan kita kepada hakikat Pencipta yang sebenar, jika tidak (dengan izin Allah) berbincang dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut.

Aku suka membaca, suka mentelaah, tapi aku kini lebih suka membaca dan mentelaah disamping idea-idea tersebut dihuraikan oleh para ulama’ yang thiqah. Luasnya ilmu mereka membuatkan aku rasa malu dan rasa hina apabila berada dihadapan mereka. Takut untuk menatap wajah memandang para guru yang thiqah dan alim. Hati yang gelap dengan dosa, mungkin dapat dikesan oleh orang-orang mukmin pilihanNYa.

Nabi saw pernah berpesan untuk berwaspada dengan firasat orang mukmin.

Apabila melihat remaja-remaja yang sudah menuntut lama dengan syeikh, rasa malu dan hina makin menerjah dalam diri. Tapi demi untuk menuntut ilmu, mencari jalan mengenal ALlah, akan saya redah seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa, lalu ia di ajar ibu bapanya satu persatu, baris demi baris, rangkap demi rangkap dan perenggan demi perenggan.

Moga Allah terus memberi peluang kepadaku, untuk istiqamah meneruskan perjalanan dalam mencari dan mengenal Pencipta Agung.

Aku tiada. Aku fana’. Hanya Dia yang kekal Abadi.

P/S: Sekarang kita berada dalam julat 1 hingga 10 Zulhijjah, maka pesanan buat diri, ayuh kita maksimumkan amal soleh pada setiap saat yang berlalu kerana waktu ini adalah julat tahap afdhalnya amalan diperingkat tertinggi! Banyak kelebihan dan ganjaran, walau apapun, kasih sayang Allah yang lebih utama dan yang perlu ditagih. Banyakkan berzikir dan berselawat ke atas Nabi saw. Jangan lupa juga, agar kita diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Walau jasad kita tiada di sana, namun roh kita tetap dekat di tanah Haram, Makkah al Mukarramah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: