Skip to content

Kembara Mimpi: Mimpi Memberi Pendapat

November 12, 2009

“Siapa dapat jelaskan, apa kesan dan pengaruh media massa terhadap masyarakat?”

“Saya cuba jawab, cik…” Sambil mengangkat tangan. Seorang pensyarah muda yang saya kenali di UMS dahulu.

“”Media merupakan medium yang memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan sesuatu mesej. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan yang pada saya perlu diambil perhatian serius untuk dibincangkan persama. Pertamanya, media masa mampu menjadi medium untuk membentuk pandangan alam seseorang dan bagaimana seseorang itu berfikir…” Kepala terus menyusun kata untuk berkongsi idea.

Tiba-tiba, tersentak..

Oh, saya bermimpi. Bukan realiti. Tapi cara saya berfikir adalah seperti biasa.

Pelik. Sampai begitu sekali mimpi saya.

Bila renung semula, saya rasa ia ada kaitan dengan cara hidup saya.

Jika dahulu, minda sentiasa terlatih untuk memberi pandangan dan idea. Sentiasa terlatih untuk berfikir dengan cepat. Tapi bila berada di alam pekerjaan, buat sementara waktu ini, saya sudah jarang berdiskusi tentang sesuatu isu. Masa yang ada setakat ini, hanya sempat untuk mentelaah beberapa muka surat buku pada setiap hari.

Mencabar betul. Tapi ini realiti yang sedang berlaku. Apapun, semaksima mungkin, saya cuba untuk menyusun dan mengatur masa sebaik mungkin pada setiap hari untuk dapatkan hasil yang maksima.

Saya cuba untuk berlegar sekitar ‘bulatan pengaruh’ supaya dapat dibesarkan bulatan tersebut dengan baik, tanpa ‘tercicir’. Amanah yang ada, saya cuba jaga sebaik mungkin disamping berusaha untuk melebarkan lagi cakupan rasa ‘ke-bertanggungjawab-an’ terhadap persekitaran atau dipanggil sebagai ‘bulatan prihatin’.

Mimpi tersebut memang memberi kesan untuk lebih cepat berfikir dan bertindak.

“Practice make perfect”

Tapi bila tidak berlatih, maka potensi yang ada boleh tumpul.

 

Bro. ALIFF BASRI

Ampang Jaya, Selangor.

 

3 Comments leave one →
  1. cikgu permalink
    November 16, 2009 9:26 am

    salam persaudaraan..

    Alhamdulillah, dapat juga baca post terbaru nta.bnyk kali cuba buka brother-aliff.com..tp tak berjaya.harap tuan punya diri dapat bersabar la ya.hebat juga mimpi nta ya.jarang org dapat mimpi mcm tu.tapi ia boleh jadi motivasi yang baik untuk nta, bukan?=) walaupun nta sibuk dengan kerja skrg, tapi nta masih ada waktu untuk update blog.tahniah! apa yang penting, manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya..semoga terus berjaya..=)

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    November 16, 2009 7:44 pm

    Hehe..Syukran cikgu..

    Ini pun sebenarnya mencuri-curi masa juga. Tapi bila penat, memang tak dapat tulis..
    hehe..
    Aapun, doakan moga kita sama-sama istiqamah menyampaikan risalah kebenaran ya..

    Syukran atas ziarah..

  3. pro-M UMSKAL permalink
    March 22, 2010 5:45 pm

    salam syekh…
    mintak izin nk publish semula dlm blog…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: