Skip to content

Hari Ke-3 di Hijrah…

October 29, 2009
tags:

HWM

Hijrah Wealth Management.

Syarikat yang membuatkan saya betul-betul merasai nikmat ukhwah Islamiyyah di alam pekerjaan.

Alhamdulillah..

Masuk sahaja waktu Zuhur, abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja menuju ke bilik air yang hanya ada dua. Untuk mengambil wudhuk.

Budaya di sini, solat fardhu Zuhur dan Asar ‘diwajibkan’ secara berjemaah. Kami hanya 3 orang sahaja lelaki. Yang lainnya perempuan. Jadi bergilir-gilirlah kami menjadi imam. Gembira dan bersyukur sangat, dikurniakan sebuah syarikat yang amat mengambil berat hal Islam.

Setakat 3 hari saya berada di sana, tidak pernah mendengar kata-kata nista yang terbit dari mulut para pekerja. Bukan hendak memuji lebih-lebih, tapi ini hakikat yang saya alami selama bekerja.

Semalam, seharian berada di luar pejabat. Membuat akaun baru di Public Bank (al-Wadiah Saving Accout) dan membantu menyelesaikan urusan pejabat. Sambil itu, hendak cam kan jalan sebab mungkin lepas ini, beberapa destinasi yang saya lalui semalam, akan menjadi destinasi rutin saya nanti.

Apapun, insyaALlah, pengalaman di pejabat ini moga dapat menjadi teladan pada semua.

Islamnya negara bermula dengan Islamnya individu. Jika kita tidak Islam(pengertian yang sebenar), maka susah untuk kita meng-islam-kan negara.

Wallahu alam.

BROTHER ALIFF BASRI

Ampang Jaya, Selangor

5 Comments leave one →
  1. October 30, 2009 10:18 am

    Alhamdulillah ya akhi.. Mm,da keje rupanye.. Tumpang gmbira sma dgn saudara aliff.. smoge trus maju jaya srta d’permudhkan sglany.. Amin๐Ÿ™‚

  2. Kwn permalink
    October 30, 2009 5:28 pm

    ad IT management ke kat situ?

  3. October 31, 2009 5:54 am

    assalamualaikum… org ampang! ape kabo la ampang? masih sibuk macam dulu ka?
    alhamdulillah, baik yg d kurniakan Allah pd enta… ia satu kelebihan… byk hikmah d sebaliknya yg bole diselami… ape2 pun, tahniah! teruskan perjuangan…!

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    November 12, 2009 6:56 pm

    Waalaikummussalam…
    Eh, ana masih orang perak la.. ALIFF AL-LUMUTI..๐Ÿ™‚

    Alhamdulillah, semua dari Allah.

    Syukran ya…
    Semoga cemerlang ujian akhir semester kali ini ya..

    Semoga berjumpa di medan perjuangan di luar..InSYaAllah..

  5. January 5, 2010 4:55 pm

    ๐Ÿ™‚ Bersyukurlah Adik, sebab dapat bernaung di bawah syarikat yang benar2 mementingkan syariat dan cuba meningkatkan ekonomi Islam.

    Akak pun bertuah sebab, walaupun cuma ‘sebelah kaki jer’ di Hijrah, terasa bangga mengenai Tn Hj, Pn Suzana dan Mahfuza. Cuma Hajjah jer akak belum berkesempatan berjumpa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: