Skip to content

Kuliah Dr. Majid Irsan Kaylani di Dalam Bas Plusliner

October 25, 2009

Saya baru sahaja tiba di bumi Ampang. Lusa, insyaAllah, akan mula bekerja di sebuah syarikat, Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.

Sepanjang perjalanan bermula jam 1.00 petang tadi, cuaca sedikit redup dan kadang-kala hujan lebat. Seperti biasa, tempat duduk yang saya dapat adalah di bahagian belakang (individual seat).

bukugenerasisalahuddinc

Dengan adanya kemudahan Broadband ini, ingatkan bolehlah berkongsi cerita dari idea yang timbul sepanjang perjalanan, tapi sayang, ‘line’ tidak berapa jelas dan terputus-putus. Lalu masa yang ada, digunakan untuk menyambung pembacaan buku Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya al-Aqsa ke Pangkuan Islam. Makin resah jiwa bila merenung initipati yang disampaikan oleh Dr. Majid Irsan Kaylani. Kekacauan dan huru-hara yang berlaku ke atas umat Islam sekitar 400H-500H amat menakutkan dan ia sebenarnya telah memberi kesan yang maksima sehingga wujudnya sebuah gerakan islah yang besar pada ketika itu.

Antara tokoh yang di-highlight-kan di dalam usaha untuk melahirkan para pejuang Islam generasi Salahuddin pada ketika itu ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Merupakan seorang intelektual-sufi yang amat disegani serta mempunyai berpuluh-puluh ribu anak murid pada zamannya.

Pada hari ini, jika disebut sahaja Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, maka aspek tasawufnya sahajalah yang menonjol, berbanding dengan aspek jihad yang beliau berjaya serapkan di dalam sanubari murid-muridnya. Melalui kewujudan Madrasah Qadiriyyah-lah lahirnya ramai generasi penggerak jihad yang bersama-sama Salahuddin al-Ayubi dalam usaha untuk menawan semula al-Aqsa menerusi Perang Salib.

Sifat seorang murobbi yang beliau miliki, membuatkan tarbiyyah yang diterima oleh anak-anak muridnya benar-benar memberi kesan di dalam kehidupan mereka. Kebijaksanaan beliau mengenalpasti tahap atau marhalah penerimaan ilmu anak-anak murid yang datang belajar, amat membantu usaha beliau untuk mengasah semangat jihad yang ada di dalam hati murid-murid beliau, terutamanya anak-anak murid beliau yang muda seperti Naja al-Wa’idz yang menjadi penasihat Salahuddin dalam bidang politik dan ketenteraan, al-Hafiz ar-Rawahi, yang berpindah ke negeri Syam sebagai ilmuan di sana, Muwaffiquddin (pengarang buku al-Mughni) menjadi salah seorang penasihat Salahuddin dan kerabatnya, dan ramai lagi penggerak revolusi jihad di zaman Salahuddin al-Ayubi.

Cara pendidikan beliau juga amat intensif, meliputi pelbagai bidang seperti, ilmu hadis, tafsir, nahu, Fiqh Hanbali, fiqhul khilaf, usul fiqh dan qiraat. Selain itu, Madrasah beliau juga menyediaakn latihan kepimpinan dan ketenteraan untuk melahirkan para tentera ALlah yang sempurna dari sudut rohani, jasmani dan juga intelek. Oleh itu, latihan seperti berdakwah, pidato, mengajar turut diberikan kepada anak-anak muridnya, bergantung kepada tahap pencapaian masing-masing.

Bila membaca kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, terasa alangkah bersyukurnya jika wujud Madrasah atau akademi sedemikian rupa pada hari ini. Umat Islam zaman kini memerlukan akademi pendidikan yang benar-benar dapat membawa umat menghayati Islam dengan sebenar-benarnya. Aspek rohani, tasawuf, intelek, semangat jihad dan adab-adab sesama mahklukNya diadun sebaik mungkin untuk melahirkan sebuah generasi yang dapat membawa kembali Islam sebagai sebuah agama yang benar-benar praktikal dan disegani kawan dan lawan.

Bila agaknya di bumi Malaysia ini akan wujud akademi sedemikian rupa…

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: