Skip to content

Diagnosis Permasalahan Ummah: Kebudayaan dan Pendidikan

October 25, 2009

Islam tenat.

Sektor politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan, ketenteraan, dan pelbagai sektor dalam kehidupan Muslim, sedang mengalami fasa ‘tenat’. Kalau perkataan itu sesuai untuk diberikan.

Masalahnya sekarang, siapa yang sebenarnya tenat? Muslim atau Islam?

Politik: Dasar politik yang digariskan Islam adalah keadilan, kebenaran, amanah, kasih-sayang terhadap rakyat, tawadhuknya pemimpin, memahami Islam dengan sempurna, mengamalkan Islam dengan sempurna. Tapi realiti semasa, perkara itu tidak berlaku. Yang wujud adalah kes-kes rasuah, pecah amanah dan tidak sempurna pengamalan Islamnya. Timbul ke-pelik-kan dalam hal ini, mengapa rakyat memilih pemimpin yang sedemikian rupa pada masa kini?

Pendidikan: Falsafah pendidikan Islam menekankan aspek pembentukan individu. Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan kamil dengan menjadikan Rasulullah saw sebagai role-model. Tujuan pendidikan di dalam Islam juga adalah untuk melahirkan individu Muslim yang baik, bukannya melahirkan warganegara yang baik. Jika tujuan pendidikan untuk melahirkan warganegara yang baik, maka belum tentu ia akan menghasilkan individu yang baik.

Akan tetapi, jika tujuan pendidikan memberi fokus untuk menghasilkan individu yang baik, maka pastinya akan melahirkan warganegara yang baik. Tok Guru Syed Naquib al-Attas membincangkan panjang lenbar tentang perkara ini di dalammagnum opusnya, Risalah Untuk Kaum Muslimin.

Tetapi, realitinya, pada masa kini, pendidikan telah menjadi suatu barang dagangan semata-mata. Ilmu yang ditimba sejak kecil telah bertukar tujuan menjadi suatu medium untuk mencari pekerjaan yang baik, semata-mata. Universiti-universiti berlumba-lumba untuk menjadi medan terciptanya suatu hasil teknologi yang baru. Sedaya-upaya setiap universiti mahu mencapai top ranking in the world. Tidak langsung saya menafikan peranan-peranan yang telah disebutkan di atas, tetapi adakah ia merupakan tujuan asal pendidikan? Atau yang boleh kita muhasabah bersama, sejauh mana terbuktinya kewujudan IPTA sebagai institusi yang melahirkan Modal Insan? Atau sekadar robot semata-mata?

Begitu juga di alam persekolahan, realiti semasa, anak-anak muda remaja semakin memeperlihatkan ‘barat’-nya mereka. Budaya ‘gengsterisme’ semakin berleluasa, tindakan guru memukul dengan tujuan mendidik tidak dirasakan satu keputusan yang betul untuk dilaksanakan dan ruh mendidik dalam kalangan guru semakin berkurangan akibat kerja-kerja perkeranian yang terpaksa digalas. Ini semua mempengaruhi pembentukan generasi Malaysia 10-50 tahun akan datang.

Timbul ke-pelik-kan dalam hal ini, apa sebenarnya yang hendak dibentuk dalam pelaksanaan proses pendidikan dlam negara kita? Saya melihat kontradiksi antara Falsafah Pendidikan Negara dan realiti pelaksanaan proses kependidikan di negara kita.

Kebudayaan: Hasil atau cerminan Aqidah yang kukuh dan sahih. Merupakan terbitan dari kefahaman agama yang benar. Bezanya Islam dengan agama lain ialah Islam merupakan agama samawi yang praktikalnya membentuk satu kebudayaan yang autentik, tetapi selainnya, kebudayaan telah membentuk agama bagi sesuatu individu atau golongan.

Walau bagaimanapun, dunia maka-kini adalah Zaman Globalisasi. Zaman Dunia Tanpa Sempadan. Adalah dunia yang Indah khabar dari rupa. Perpindahan yang berlaku bukan sahaja dari aspek perdagangan, teknologi dan ilmu pengetahuan, malah ia turut melibatkan perpindahan dari sudut budaya.

Iaitu budaya kebebasan tanpa sempadan. Budaya yang meletakkan agama sebagai ‘koleksi-koleksi di perpustakaan’. Tidak relevennya ajaran agama menjadi alasan kepada segolongan masyarakat, hatta Muslim sekalipun, akibat perpindahan kebudayaan dari Barat. Ini adalah unsur negatif yang saya maksudkan. Yang positif kita ambil.

Akibat dari ‘transformasi’ budaya ini, maka ajaran Islam yang telah terbukti kegemilangan dan kebenarannya telah disamakan dengan ajaran Kristian, yang bersifat ‘bercelaru’, menindas, ortodoks, dan pelbagai lagi istilah negatif.

Situasi di atas ini wajar menjadi perhatian oleh setiap individu Muslim, terutamanya para generasi muda, untuk bermuhasabah tahap pencapaian setiap daripada kita, ke mana hala tuju hidup yang hendak kita dorongkan. Apa perubahan yang hendak kita sumbangkan pada agama, bangsa dan negara?

Bila direnung semula, ia tidak dapat lari dari satu titik. Titik perubahan.

Yang mesti bermula dari diri sendiri.

Teringat tagline yang pernah saya gunakan dalam blog: BERUBAH UNTUK MENGUBAH.

P/S: Akan datang, insyaAllah, kita diagnosis bersama permasalahan ummah yang sedang melanda dunia kita hari ini.

Wallahu ‘alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: