Skip to content

Diagnosis Permasalahan Ummah: Anggota Tentera dan Timur Tengah

October 22, 2009

Masyarakat kian hanyut dengan permasalahan yang timbul akibat dari rosaknya cara berfikir disetiap golongan atau peringkat ahli masyarakat.

Timur Tengah

Suasana dunia masa kini memperlihatkan ketandusan kepimpinan yang mampu membawa semula ruh Izzatul Islam di mata dunia. Dunia di Pakistan kian meruncing tahap keselamatannya apabila Universiti Islam ANtarabangsa di Islamabad, berlakunya letupan ‘bom berani mati’ yang melibatkan kematian pelajar universiti. Di bumi Iran pula, beberapa hari lepas, berlaku letupan bom yang melibatkan kematian seramai 57 orang dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Pada masa yang sama, negara Arab yang kaya-raya dilihat masih gagal memainkan peranan sebagai golongan kaya yang sepatutnya membantu saudara-mara yang sedang dalam kemiskinan. Kalau ada pun, ia masih tidak memberi impak yang besar. Jika ini berlaku, maka masalah pengurusan pengagihan kekayaan adalah punca kepada permasalahan ini.

Asia Tenggara

Malaysia khususnya, saya lihat mengalami masalah pengurusan kekayaan yang agak meruncing dan serius. Berlakunya defisit yang besar, seperti yang diungkapkan oleh Dato seri Najib Tun Razak, merupakan akibat daripada tadbir urus kerajaan yang tidak sempurna.

Hal ini adalah isu serius yang perlu diambil perhatian.

Saya ingin kaitkan isu perancangan untuk pengurusan kekayaan ini dengan apa yang sedang berlaku diperingkat akar umbi. Iaitu diperingkat ahli masyarakat biasa.

Sedih apabila mendengar situasi yang berlaku kepada segolongan ahli masyarakat, iaitu para anggota tentera, khususnya di tempat saya, Lumut. Mereka ini adalah golongan baris hadapan dalam proses untuk menjaga keselamatan negara.

Tetapi apabila wujud kepincangan dalaman yang melibatkan rohani dan intelek, bagaimana untuk berhadapan dengan musuh yang pada ketika ini, tidak hanya fokus kepada kehebatan material seperti kapal perang, kapal selam, jet pejuang yang canggih, peluru berpandu berkelajuan tinggi dan boleh pergi jauh, malah lebih dari itu, musuh-musuh sedang menyerang rohani dan intelek anggota tentera kita. Kedangkalan ilmu jiwa menjadikan mereka menjadi ego, tidak hormat insan lain, sindrom mengambil kesempatan di atas kesenangan orang lain, dan pelbagai lagi penyakit jiwa sedang mengerumuni anggota-anggota tentera kita pada masa ini.

Dari sudut pengurusan diri pula, saya melihat anggota-anggota ATM (Angkatan Tentera DIraja Malaysia) memerlukan pendedahan secara intentif tentang cara menguruskan kewangan mereka. Kesimpulan ringkas ini dibuat apabila mendengar banyak cerita berkenaan dengan mereka yang melibatkan penggunaan duit mereka ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti melabur di skim cepat kaya yang sudah tentu menipu.

 Juga membelanjakan wang ketempat-tempat yang kurang penting, seperti mengubahsuai kereta sehingga mampu menjadikan kereta Proton Wira kepada kereta “Sport”. Pembaziran ini adalah suatu yang terlarang dan ia amat merugikan bagi sesiapa yang terjebak dengan budaya pembaziran ini. Wang yang ada, adalah cukup sekiranya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah mengikut keutamaan masing-masing.

Permasalahan di atas diharap mendapat perhatian serius bagi pihak-pihak berwajib untuk memainkan peranan. Potensi yang ada pada anggota-anggota tentera harus disalurkan sebaik mungkin kerana mereka adalah hero negara dan agama.

Jika tidak diatasi sebaik mungkin, ia bakal menimbulkan masalah sosial yang lain seperti kes kecurian, rompakan, penceraian, anak terbiar dan tidak terdidik serta banyak lagi permasalahan yang bakal timbul. Asas terbentuknya permasalahan di atas adalah pengurusan ekonomi yang tidak cekap, diperingkat individu itu sendiri.

Punca Permasalahan

Krisis-krisis yang berlaku, seperti yang diceritakan adalah berpunca daripada krisis ilmu pada diri setiap Muslim. Pembentukan ilmu Islam yang tidak sempurna melahirkan jiwa radikalisme yang sangat berbeza dengan jiwa para penggerak jihad. Pembentukan ilmu Islam yang tidak sempurna juga melahirkan umat Islam yang keliru tentang apa ilmu-ilmu yang perlu mereka pelajari dan kuasai, iaitu berkaitan dengan ilmu fardhu AIn dan ilmu Fardu Kifayah.

Keutamaan antara keduanya harus dikenal pasti pengkelasan ilmu-ilmu di dalamnya juga wajib diketahui agar perjalanan individu Muslim di bumi Allah tertegak atas dasar faham Islam yang menyeluruh, buat secara terpecah-pecah.

Jika dilihat kepada permasalahan di atas, terhakisnya semangat ukhwah dan terpesongnya faham jihad, menjadi akibat kepada kekeliruan ilmu.

Permasalahan kedua pula, iaitu ketidak-fahaman tentang ilmu-ilmu asas yang perlu dipelajari serta kesannya pada diri dan masyarakat merupakan sebab terjadinya pembaziran dari sudut kewangan dan kekayaan. Selain itu, dalam hal kejiwaan, konteks pembentukan aqidah yang sempurna mampu melahirkan anggota tentera yang mempunyai jiwa mukmin yang bersifat tawadhuk, ikhlas, tidak gila dunia dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai anggota jihad barisan hadapan.

Dianogsis ringkas diatas adalah permulaan kepada kita untuk memahami permasalahan umat yang sedang melanda.

Hasil keputusan ini penting untuk merangka strategi bagi mengekang dari berterusannya permasalahan yang sedang berlaku kepada ummah.

Reformasi atau perubahan atau tajdid terhadap ummah tidak berlaku secara singkat atau bergantung kepada kekuatan politik semata-mata, malah lebih dari itu adalah konsep ilmu atau penekanan aspek ta’dib yang perlu ditanam dalam jiwa ahli masyarakat disetiap peringkat, termasuk dalam kalangan kepimpinan negara.

Wallahu ‘alam.

ALIFF BASRI

 

3 Comments leave one →
  1. October 22, 2009 3:24 pm

    Bgus artikel ni..
    m’buka minda & olahan y sgt mnrik..
    Sbenarnya jka diteliti prmslhn ini scra mndalam, akan nmpak jlas bhawa apa y kite lhat hnyalah wjud dprmukaan je sedangkan keadaan y sebenarnye adalah jauh lbih serius & mendalam. Apa y kte anggap sbagai msalah itu sbenarnya adalah simptom kpada msalah y brsifat lbih mdasar.. tdak mlihat kpada prmslhn krisis atau ktdkfhmn ilmu itu sndri bahkan prsoalan iman adalah pangkal utama y menjadi punca kpada sgala-galanye..
    Moga artikel saudara nie memberi kesan y mndalam kpada pmbaca..
    I’Allah..🙂

  2. October 22, 2009 3:25 pm

    Bgus artikel ni..
    m’buka minda & olahan y sgt mnrik..
    Sbenarnya jka diteliti prmslhn ini scra mndalam, akan nmpak jlas bhawa apa y kite lhat hnyalah wjud dprmukaan je sedangkan keadaan y sebenarnye adalah jauh lbih serius & mendalam. Apa y kte anggap sbagai msalah itu sbenarnya adalah simptom kpada msalah y brsifat lbih mdasar.. tdak mlihat kpada prmslhn krisis atau ktdkfhmn ilmu itu sndri bahkan prsoalan iman adalah pangkal utama y menjadi punca kpada sgala-galanye..
    Moga artikel saudara nie memberi kesan y mndalam kpada pmbaca..
    I’Allah..:-)

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    October 23, 2009 12:13 am

    Sekadar perkongsian bersama untuk kita buka mata,ukhti.

    Betul apa yang nti kongsikan tu..

    Moga ia bermanfaat buat pembaca.

    Terutamanya diri yang menulis…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: