Skip to content

Penting Berbahasa Arab

October 20, 2009

Pagi ini, bila melayari beberapa buah laman blog sahabat-sahabat yang tidak dikenali, hati rasa sayu saja. Blog yang saya layari pagi ini berkaitan dengan pengalaman mereka yang sedang belajar di Sudan, Mesir dan sahabat-sahabat di Malaysia juga. Mereka mempelajari ilmu pengajian Islam barangkali.

Kebanyakkannya berkisar tentang pengalaman mentelaah kitab-kitab para ulama’, mendengar syarahan atau ceramah atau majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ muktabar masa kini seperti Syeikh Ramadhan al-Butiy dan lain-lain.

Makin sayu dibuatnya bila mengenang kenangan selama 4 tahun di kampus. Beberapa ilmu asas, saya tidak berpeluang untuk mempelajarinya, salah satunya ilmu bahasa Arab.

Kelebihan sahabt-sahabat yang saya maksudkan di atas ialah kebolehan mereka membaca, mendengar, memahami dan juga menuturi bahasa syurga tersebut.

Jauh di sudut hati, rasa sedih kerena masih tidak berpeluang mempelajari bahasa Arab. Masa yang dipenuhi aktiviti gerakan tanpa peruntukan masa untuk mempelajari bahasa SYurga, amat merugikan.

APapun, pada saya masih belum terlambat. Baki umur yang ada, dalam masa dua tahun ini, saya merancang untuk persiapkan diri untuk fasih berbahasa Arab kerana ia ada kaitan dengan perancangan untuk pengembaraan  intelektual saya.

Insya-ALlah, minggu depan saya akan bermusafir ke Kuala Lumpur, kerana bekerja di kawasan Ampang. Andaian dan pemerhatian saya, di sekitar Kuala Lumpur ada menyediakan  peluang mempelajari apa yang saya perlukan untuk maslahah diri dan ummah. Dan bahasa Arab adalah salah satu daripadanya.

Semoga saya berpeluang untuk fasih membaca, memahami dan bertutur dalam bahasa Arab dalam masa 2 tahun dari sekarang.

Doakan ya…

2 Comments leave one →
  1. October 21, 2009 4:54 pm

    M,btl tue.. btapa pentingnye bhsa arab dlam kehidupan kite… Malah, Allah tlah m’nurunkan Al-Quran dlam B.Arab krna ia m’rupakan bhsa Mukjizat & bhsa pertuturan Nabi junjungan kita Muhammad SAW… P’getahuan B.Arab ini adalah amt penting untk m’getahui isi kndngn Al-Quran & maksudnye serta doa-doa seharian y sring kta bca stiap hari..Ole sbab itu,perlu untk stp umt islm m’gtahui mkna stiap perkataan y d sbt2kn dlm solat untk m’jadikan solat kita lbih khusyuk… Bahkan ia merupakn fardhu kifayah ke ats smua umt islm mpelajari b.Arab ni.. Ana jge bgi2 ingn blaje b.Arab…
    I’allah,smoge saudara b’jye m’cpai impian saudara 2.. Amin;-)

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    October 22, 2009 1:35 pm

    Hm, betul tu.. Bahagianya jika dapat faham al-QUran untuk di amalkan..

    AMin.. doakan ya.. enti juga, moga dapat fasih berbahasa Arab..
    🙂

    Sirru ala Barkatillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: