Skip to content

Bahaya “Model Kekangan” Dalam Hidup Berjamaah

October 19, 2009

 

Dan semua ulama’ Hanbali pada saat itu menginginkan agar saya mahu meninggalkan pergaulan dengan ulama’-ulama’ mazhab lain. Ini bererti akan menghalang saya dari ilmu yang bermanfaat.” (Syeikh Abul Wafa Ali bin Uqail @ Ibnu Uqail)

Itulah serba sedikit catatan ringkas yang dilakukan oleh Ibnu Uqail semasa hidupnya. Beliau berada dalam keadan kefanatikan antara mazhab sehingga berlaku cerca-mencerca dalam kalangan mazhab sendiri. Apatah lagi diperingkat bawahan.

Niat baik seorang ulama’ berdialog dengan ulama’ mazhab lain dipandang serong dan dianggap sudah terkeluar dari kalangan mazhabnya!

Lalu perasaan benci-membenci berlaku dalam diri setiap umat Islam yang ada pada masa tersebut.

Bila direnung permasalahan umat Islam sejak dahulu lagi, memang wujud ciri-ciri sedemikian rupa. Hatta sehingga sekarang. Niat baik untuk menuntut ilmu daripada ilmuan dari ‘mazhab’ yang berlainan tidak direstui. Kerana dibimbangi sesat, merugikan, dan sebagainya. ‘Trust’ tidak wujud dalam diri sesama mukmin.

Dalam keadaan dunia Islam hari ini, memerlukan formula yang konkrit untuk menyelesaikan isu ummah. Kelapangan jiwa dan hati serta keikhlasan untuk mencari kebenaran harus subur dalam diri setiap ahli gerakan Islam. Sifat ini yang seharusnya diperkembangkan dalam jiwa setaip da’ie. Sebarang rasa prejudis atau prasangka negatif harus dibuang jauh-jauh.

Suatu perkara yang perlu kita sedar ialah potensi setiap manusia berbeza. Sangat berbeza. Jadi metode pentarbiyyahan juga berbeza. Ada yang perlukan guideline asas sampai jadi mantap, perlu disuap. Ada juga yang memerlukan asas dan sampai masanya, mereka ini akan melatih potensi diri untuk berfikir dan menyumbang. Tengok sahaja beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin seperti Imam AL-Qaradhawi, ALmarhum Al-Ghazali dan lain-lain. Dan ada juga yang tidak ambil endah tentang pentarbiyyahan yang diterima. Akibatnya hanya sekerat jalan.

Adalah diharapkan, gerakan-gerakan Islam dapat mengesan potensi individu yag dimilki dan memberi peluang kepada mereka untuk mengasah potensi diri. Semua ini berlaku akibat persekitaran dan pengalaman. Gerakan Islam masa kini memerlukan maklumat untuk di analisis bagi menhasilkan ilmu yang berma’na buat diri dan umat Islam. Jika model kekangan digunakan, dibimbangi ia hanya akan melahirkan generasi yang penuh skeptik terhadap gerakan Islam sendiri.

Apapun, semuanya kembali kepada empunya diri dan tahap kematangan menilai sesuatu dipersekitarannya.

Hidayah Allah jua yang dipohon.

Wallahu ‘alam..

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: