Skip to content

Anak Muda Perlu Sediakan Manhaj Kewangan Diri Serta Keluarga

October 15, 2009

Semalam saya sempat membeli 3 buah buku di Masjid India. Dua daripadanya ialah berkaitan dengan tarbiyyah dan satu daripadanya ialah berkaitan dengan perancangan kewangan. Buku perancangan kewangan yang saya maksudkan ialah “Ke Mana Wang Anda?”, oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Ini merupakan karya kedua beliau yang saya miliki selepas buku “Cukup Wang hati Tenang”.

 cukupwang hati tenang

Sebenarnya, kali pertama saya melihat buku ini ialah pada 5 Oktober yang lalu, di KLIA sebelum penerbangan ke Labuan untuk urusan konvokesyen saya. Tetapi, memandangkan kedudukan kewangan yang dirancang adalah khas untuk pembayaran berkaitan dengan konvokesyen, maka saya terpaksa berfikir panjang dan memutuskan untuk menangguhkan pembelian. Inilah yang disebutkan di dalam buku ini sebagai ‘delayed gratification’ atau dalam bahasa Melayunya, menunda pembelian.

Dalam fikiran saya, saya cadang jika masih ada sedikit lebihan selepas pulang dari Sabah, Insya-Allah, saya akan beli buku ini.

ke mana wang anda?

Alhamdulillah, ada sedikit lebihan untuk diperuntukan membeli buku ini.

Saya baru sahaja membaca Bab 1, berkaitan dengan Merancang Kewangan. Dalam Bab terawal ini, penulis berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan keperluan atau manfaat sejati atau kepentingan betapa perlunya setiap manusia, terutamanya umat Islam, untuk merancang kewangan peribadi masing-masing.

Sebagai asasnya, setiap individu perlu mempunyai manhaj kewangan masing-masing. Teringat penekanan yang diberikan oleh sahabat saya, akhi Syukri suatu ketika dahulu, semasa di kampus:

“Kita mesti memiliki manhaj kehidupan…”

Dan Manhaj Kewangan Peribadi dan Keluarga juga harus disediakan, sebagai panduan menghadapi hari mendatang kelak. Manhaj ini harus dimasukkan sekali di dalam Manhaj Kehidupan yang telah digariskan.

Penulis juga menyarankan agar perancangan kewangan wajar diperkenalkan seawal usia muda lagi, sejak dibangku sekolah lagi. Hal ini harus diambil serius oleh badan-badan berwajib agar usaha Bank Negara Malaysia, dengan penerbitan Buku Wang Saku-nya, tidak hanya sekerat jalan…

Bila saya membaca Bab 1 ini, saya melihat tentang keperluan dan kepentingan hal ini diketahui oleh setiap mahasiswa di kampus-kampus, betapa perlunya belajar tentang Perancangan Kewangan.

Jika sebelum ini, kursus-kursus seperti Pengurusan Stres, Menyelesaikan Masalah, Hubungan Baik, pengurusan Konflik dan lain-lain kursus, diberikan perhatian penting untuk diketahui oleh para mahasiswa dan anak-anak muda. Maka pada hari ini dan seterusnya, kursus-kursus berkaitan dengan Perancangan Kewangan wajar diberikan perhatian yang serius agar kekayaan yang dimiliki oleh umat Islam khususnya akan sentiasa berkembang dan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.

Di bawah ini, saya petik salah satu sub-topik yang terdapat di dalam buku “Ke Mana Wang Anda?”, sebagai panduan untuk mahasiswa-mahasiswa di IPT seluruh tanah air, juga di luar negara:

 

Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi

Bukan sedikit nama-nama yang telah disenaraihitamkan kerana tidak melunaskan pinjaman wang sewaktu belajar di IPT, baik pinjaman PTPTN, MARA dan sebagainya. Seram sejuk juga dibuatnya, lebih-lebih lagi bila umum tahu yang ramai mengambil pinjaman pendidikan ini ialah kaum Melayu. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Ibu bapa yang tidak menyediakan tabungan untuk anak-anak belajar atau anak-anak yang tidak menggunakan pinjaman ini dengan sebaiknya?

Jawapannya mungkmin kedua-duanya sekali. Ibu bapa Melayu memang kurang merancang untuk menyediakan tabungan pelajaran untuk anak-anak. Apa tidaknya, jika ditinjau daripada peratusan yang mempunyai polisi takaful, hanya enam peratus berbanding yang punyai polisi insurans melebihi 50 peratus. Ini pun kita buat andaian orang Melayu beragama Islam hanya mengambil polisi takaful, bukannya insurans konvensional. Jika ada lagi kita yang beragama Islam melanggani polisi hayat insurans, cepatlah bertaubat dan hijrahlah ke takaful… Dan apabila polisi takaful berkuat kuasa, serah semula insurans-insurans anda. Saya bukan mahu promosikan takaful, tetapi soal halal haram ini kenalah ambil berat, baru dapat keberkatannya.

Pernah suatu ketika kami menerima ‘shopping bag’ polisi insurans daripada seorang individu yang bertaubat dan inginkan kami hijrahkan kesemua polisi insurans beliau. Alhamdulilah, setelah membuat analisis terperinci, polisi insurans yang diambil beliau banyak yang bertindih dan ternyata jumlah perlindungannya kecil berbanding premium yang telah beliau bayar.Pengakuannya adalah beliau susah hendak menolak ejen insurans yang sering datang ke pejabatnya.

Yang ingin saya tekankan kepada para pelajar yang baru sahaj mengambil wang pinjaman ini, sila ambil iktibar daripada apa yang saya huraikan ini. Pinjaman yang diberi merupakan amanah supaya ia digunakan untuk pembelajaran anda dan bukan untuk membeli telefon bimbitatau gajet-gajet lain yang canggih-canggih!

Tindakan Peminjam

Ingin saya cadangkan kepada anda yang telah mengambil wang pinjaman pengajian tinggi supaya membuat tindakan untuk:

1) Membuat perlindungan – Langgani produk takaful ‘saving plans’ yang cuma dikenakan sekitar RM934 setahun atau RM62.69 sebulan untuk pelan tabungan selama 25 tahun bagi perlindungan RM100,000 (RM50,000 basic dan RM50,000 terms). Jika sampai tempoh 25tahun dan anda masih hidup, insyaAllah manfaat serahan yang anda dapat adalah RM33,661.89. Sebaliknya jika anda meninggal dunia sebagai pelajar, manfaat kematian mencecah RM100,000 untuk waris tercinta.

2) Mulakan pelaburan dalam saham amanah – yang mempunyai pulangan tahunan sekitar 10 peratus setahun. Jika mampu, RM200 sebualn selama 3 tahun.Maka tabungan terkumpul adalah RM8,368. Sebaliknya jika RM100, tabungan akan mencecah RM4,184.02 dan bagi RM150, tabungan akan meningkat ke RM6,276.03.

Kedua-dua pelan perlindungan dan pelaburan ini menjadikan anda lebih bersedia menempuh dunia dewasa dan cabaran kewangan yang bakal ditempuh. Rajin-rajin belajar dalam bidang yang diceburi dan jangan lupa juga untuk memahami dunia kewangan. Pemborosan dan pembaziran merupakan perangai syaitan dan kita dilarang untuk menjadi seperti makhluk terkutuk ini seperti yang disebut di dalam surah al-Isra’, ayat 27:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros, adalah saudara-saudara bagi syaitan-syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu tidak berterima kasih kepada Tuhannya.”

Sebagai ibu bapa pula, berilah selalu ingatan kepada anak-anak. Dedahkanlah kepada mereka ke dunia kewangan ini secepat mungkin.Yang pasti mereka sudah pandai berbelanja seawal lima atau enam tahun, tetapi ramai dikalangan anak kita hnaya pelajario tabungan, perlindungan dan tabungan apabila mereka telah membuat kesilapan kewangan.

Banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran dan di Internet mengenai pengurusan kewangan untuk remajadan buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki bertajuk Rich Dad Poor Dad dan laman webnya www.richkidsmartkid.com sesuai untuk anda mula mengajar anak-anak tentang ilmu kewangan. laman web ini lengkap dengan permaianan yang anak-anak akan pelajari tentang modal, keuntungan dan sebagainya. Ini sangat sesuai untuk anak-anak di tadika. Lebih awal mereka belajar tentang untung rugi, insyaAllah mereka akan menjadi insan yang lebih peka tentang kewangan. Apabila menjadi remaja kelak, doakanlah mereka bukan hanya pandai belanja duit emak dan ayah sahaja!

(Petikan dari Muka surat 17-19, “Ke Mana Wang Anda?”, Hajah Rohani)

Buat Pasangan Yang Baru Berkahwin

Sekarang adalah masa yang sangat tepat untuk mula merancang kewangan sebaik mungkin demi masa depan keluarga masing-masing. Sebagai langkah awal, saya mencadangkan agar kalian mencari dan membeli buku ini di mana-mana kedai buku. Setakat ini, saya telah jumpa di dua kedai buku, iaitu di Kedai Buku KLIA (lupa nama kedai buku tersebut), Kedai Buku di Masjid India dan Kinokuniya KLCC.

Juga, cuba dapatkan buku yang disarankan oleh penulis iaitu Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga (BPPKK), yang dikeluarkan oleh BNM untuk individu dan keluarga.

Akhir kata untuk kali ini, selamat merancang dan memiliki Manhaj Kewangan Peribadi dan Keluarga!

Kita merancang dan Allah yang menentukan.

Sekian, untuk perkongsian bersama.

P/S: Hendak teruskan membaca Bab seterusnya….

 

2 Comments leave one →
  1. ummu_iffah permalink
    October 16, 2009 10:43 am

    Salam.. article yg sgt menarik, memberi ksdrn ttg mrncg kwangan tuk masa dpn espcially bg kita yg muslim… sebenarnye ramai lg yg xsdr n kurang jelas ttg prbzaan antr insurans knvntional n takaful..hpfully pd masa akan dtg bnda ni bleh d sebarkan dgn lbih meluas… mana tau 1day saudara aliff ni slh sorg org kuat memperkmbangkan n mmpergiatkan industri kewangan islam.. =)

    Aliff membalas:
    Syukran,ummu Iffah atas komen enti…
    Iya, memang tidak nafikan beberapa dekad sebelum ini kebanyakan umat Islam di Malaysia secara umumnya tidak mengetahui dengan baik cara pengurusan atau perancangan kewangan peribadi atau keluarga. Akibatnya, banyak tanah-tanah umat Islam (aset tetap dan juga sumber pelaburan yang sangat baik) dijual kepada orang lain kerana keadaan terdesak yang memerlukan wang tunai yang banyak dalam masa yang singkat. Malangnya, tindakan sedemikian rupa adalah tindakan yang tidak tepat dan tidak akan membawa keuntungan untuk jangka masa yang panjang.

    Dinasihatkan kepada anak-anak muda Islam terutamanya, agar menggunakan masa muda ini untuk belajar selok-belok perancangan dan pengurusan kewangan yang betul untuk masa depan dunia dan akhirat.

    Tentang takaful juga merupakan perkara penting yang perlu diuruskan sebagai usaha atau ikhtiar yang bertindak sebagai pelindungan kewangan (financial protection) kepada seseorang Muslim. Apapun, pastikan perlindungan Takaful yang diambiul dan bukannya perlindungan insurans kerana kedua-duanya mempunyai konsep dasar yang sangat berbeza. Dan ia melibatkan dosa dan pahala! DUnia dan akhirat!

    Hati-hati…🙂

    Hm, setakat ilmu yang ada, insyaAllah saya kongsikan..

    Mohon doakan kejayaan kita bersama dan umat Islam seluruhnya..

    SYukran ummu Iffah..🙂

  2. October 17, 2009 12:50 am

    Assalaumualaikum…
    M, sye puwn t’trik juge nk bc buku tue.. sebagai panduan bt sye utk mrncg thp kwgn sye.. jazakumullah:-)

    Aliff Membalas:
    Beli ya…jangan tak beli..
    Moga bermanfaat buat enti dunia dan akhirat..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: