Skip to content

Borneo, Mahasiswa dan Hala-Tuju

October 6, 2009

MAS

Sudah lama saya tidak menjadi penumpang kepada penerbangan MAS. Selalunya apabila berulang-alik Kuala Lumpur Labuan,saya menggunakan perkhidmatan Air Asia, iaitu sejak tambang MAS mahal dan tiada kadar tampang pelajar. Namun, semalam, sekali lagi saya berpeluang menjadi penumpang MAS untuk ke Labuan kerana ada promosi tambang murah. Alhamdulillah.

Semalam, sekitar jam 11.30 pagi, kapal terbang yang dinaiki selamat mendarat di bumi Labuan. Sejak dari awal penerbangan tadi lagi, saya terffikir tentang satu persoalan, sama ada saya akan mengalami pengalaman penerbangan ke bumi Borneo atau tidak pada masa akan datang.

Kedatangan saya pada kali ini adalah untuk menyelesaikan urusan pengijazahan saya pada 12 Oktober nanti di kampus Kota Kinabalu. Tapi, alang-alang sudah ke Borneo, saya menuju ke kampus Labuan terlebih dahulu untuk melihat perkembangan adik-adik di sana, juga menziarahi para pensyarah yang telah banyak berjasa kepada saya. Kenangan di UMS Labuan banyak mengajar saya erti betapa perlunya berusaha mencari makna hidup. Walaupun perkembangannya agak lambat berlaku ke atas diri saya, namun saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk merasai nikmat sebenar sebagai seorang mahasiswa IPT.

matlamat jelas

Hala Tuju Harus Jelas

Malam tadi, saya diberi peluang sekali lagi untuk memberi tazkirah (bukan kuliah Maghrib) kepada warga kampus yang hadir ke Masjid al-Hikmah, UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

Saya menyentuh masalah penetapan Visi dan hala tuju kehadiran mahasiswa ke kampus atau IPT umumnya. Apa sebenarnya yang mahasiswa mahukan bila masuk ke IPT? Atas dasar apa? Adakah sama keadaan hati dan ruhani seseorang mahasiswa itu apabila masuk ke universiti dengan kanak-kanak atau remaja apabila mereka masuk ke sekolah?

Pada hemat saya, sudah tentu ia berbeza. Masuknya kanak-kanak ke sekolah, selain dari tugas asasi untuk menuntut ilmu, jauh di sanubari seorang kanak-kanak, mereka cenderung berada di sekolah kerana adanya kawan-kawan ‘sekepala’. Boleh jadi juga kerana cikgu baik. Boleh jadi juga kerana bosan berada di rumah. Berlakunya percabangan matlamat dan tujuan ke sekolah ini adalah kerana sifat ‘persekitaran baharu’ yang sedang dihadapi bagi seorang kanak-kanak, untuk menyesuaikan diri di alam pembelajaran dan proses menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, pengalaman setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada persekitaran pembesaran seseorang individu tersebut.

Apabila masuk ke IPT, saya mengandaikan bahawa mahasiswa sepatutnya sudah jelas akan matlamat dan visi yang ingin dicapai. Jika tidak dari awal masuknya ke IPT sekali pun, perasaan itu muncul ketika sedang menuntut di IPT. Mungkin boleh timbul selama menjadi pelajar IPT. Dan mungkin juga boleh timbul pada awal kemasukkan mereka, atau pertengahan sesi pengajian, dan juga boleh jadi pada akhir tempoh pengajian.

Pendek kata, kesedaran untuk mengetahui hakikat diri, untuk di eksplorasi oleh setiap diri mahasiswa boleh berlaku disepanjang tempoh pengajian di kampus.

Saya teringat, salah satu dialog saya bersama papa ketika berada di rumah. Sejak akhir-akhir ini, bila berada di rumah, kami banyak berdiskusi dan bertukar cerita serta pandangan mengenai sesuatu isu. Salah satunya ialah isu kematangan inidividu.

Papa berkongsi dengan saya bahawa, setiap individu akan melalui suatu proses anjakan paradigma dalam tempoh 2 atau 3 tahun sekali. Proses ini adalah proses lumrah yang berlaku kepada semua manusia, umumnya. Melalui proses berlakunya anjakan paradigma ini, seseorang manusia akan membuat suatu penilaian baru terhadap situasi yang sedang berlaku disekeliling mereka selama mereka berada disamping persekitaran selama lebih kurang 23 atau 3 tahun.

Jika pada tahun pertama, seseorang mahasiswa itu seorang yang senyap, kurang bergaul, atau mengikut apa sahaja yang diperintahkan oleh sesebuah organisasi yang diikutinya, tetapi setelah berada di tahun kedua atau ketiga atau juga keempat, individu yang sama mampu berubah menjadi seorang yang kritis dan penuh dengan idea-idea perubahan. Ini contoh seperti yang dimaksudkan oleh papa, yang dapat saya hubung-jalinkan dengan pengalaman diri selama di kampus, hampir 4 tahun.

Berbalik kepada isu hala tuju dan visi hidup seseorang mahasiswa, ia adalah penentu kepada pengisisn yang ingin kita corakkan selama kita di kampus. Jika kerjaya semata-mata yang diharapkan, maka 4.00 flat-lah satu-satunya benchmark yang menjadi fokus utama. Paling jauh sekalipun ialah kemahiran insaniah yang ingin diperolehi adalah untuk mencari pekerjaan semata-mata (work-centered). Saya kongsikan dengan adik-adik, jika beginilah minda mahasiswa, terutamanya minda mahasiswa Islam, dan yang lebih utamanya jika beginilah minda mahasiswa gerakan Islam, maka mereka ini telah mensia-siakan kehidupan mereka selama di kampus IPT.

Apabila cara berfikir sebegini mendominasi fakulti pemikiran mahasiswa, mereka ini sebenarnya telah berlaku zalim terhadap diri sendiri! Apa tidaknya, potensi yang amat besar, amat luas, yang boleh di-‘eksplor’ lebih mendalam lagi oleh seseorang mahasiswa, boleh mati akibat kedangkalan memahami falsafah kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa di IPT!

Sebagai seorang yang diberikan kelebihan oleh Allah, sepatutnya, mahasiswa perlu menjadi seorang insan yang berjiwa dan bercita-cita besar. Tercapai atau tidak, itu nombor dua, pokoknya mahu atau tidak…

Mahasiswa mesti menjadikan proses mencari ma’na kejadian diri sebagai matlamat ulung selama di kampus IPT. Mahasiswa mesti menjadikan diri dan jiwa benar-benar semakin mendekati Pencipta sebagai matlamat utama selama berada di kampus IPT. Mahasiswa mesti menjadikan diri mampu menguasai beberapa cabang ilmu dan kemahiran sebagai bekalan kehidupan apabila sudah keluar dari kampus sebagai salah satu matlamat utama selama berada di IPT. mahasiswa mesti menjadikan agenda dakwah sebagai pekerjaan utama (24-hours Muslim Daie) selama berada di kampus IPT. Mahasiswa mesti rajin mengkaji keadaan dalam dan luar negara serta menyimpan cita-cita untuk bertindak sebagai seorang agen perubahan pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia selama berada di kampus IPT.

Semua ini menuntut kesedaran dan komitmen yang tinggi untuk dicapai oleh seseorang individu. Apapun, keinginan yang disebutkan ini adalah tidak mustahil kerana ia adalah fitrah yang perlu ada dalam diri setiap insan, apatah lagi sebagai mahasiswa.

Yang menjadi permasalahannya, apabila anasir-anasir luar telah berjaya bertapak di hati insan, khususnya mahasiswa Islam, untuk lari dari fitrah asal kejadian mereka. Watak Muslim yang dahulunya ghairah menuntut ilmu untuk mencari kebenaran, pada hari ini, ditelan arus modernisasi sehingga meahirkan ahli masyarakat Islam yang hanya memfokuskan fungsi diri sebagai seorang yang mencari rezeki semata-mata. Tidak lebih dari itu. Sedangkan tanggungjawab sebagai khalifah sebenarnya lebih besar dan sangat mulia.

Buat mahasiswa UMS, jangan hanyut dengan cara hidup segolongan masyarakat sekitar. Jadilah sebagai agen perubahan untuk menukar lanskap segolongan ahli masyarakat yang penuh dengan aspek negatif kepada sebuah kehidupan yang penuh bermakna.

Ia bermula dengan kita…

Wallahu ‘alam.

4 Comments leave one →
  1. October 7, 2009 4:33 pm

    Assalamualaikum..
    Mubarak.. Tahniah kpd saudara yg akn graduation nanti..
    smoge berjaye di hari2 akn mendatang…Amin..
    Smpaikn salam ana dgn ngri Sabah tu ye?? hehe:-)

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    October 7, 2009 5:35 pm

    Waalaikummussalam..
    Syukran ya…🙂

  3. October 7, 2009 10:00 pm

    salam,
    selamat bergraduasi…semoga perjalanan hidup akh’ dipermudahkan olehNya…tahniah diucapkan..

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    October 9, 2009 5:39 am

    Syukran ya…
    Enti akan menyusul kelak, insyaAllah..
    Teruskan perjuangan…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: