Skip to content

Dilemma Umat Islam Pasca-Modenisme

September 29, 2009

Dunia siber masa kini tidak membawa erti bahawa semua umat Islam di seluruh dunia hidup dalam keadaan serba moden dan senang. Sedang asyik kita menaip untuk ‘update’ blog, sedang asyik kita makan dengan lampu kalimantang yang terang (juga lampu philip yang ‘save energy’), sedang asyik kita makan yang sedap-sedap, masih ramai lagi saudara seagama kita yang lain sedang menderita kelaparan akibat kekurangan makanan dan ketakutan akibat peperangan.

Tidak lupa juga umat Islam yang sedang berada dalam kelalaian akibat proses ‘globalisasi negatif’ yang sedang melanda kehidupan dan pemikiran umat Islam. Semua ini boleh disimpulkan dalam satu terma, yang boleh difikirkan bersama iaitu, umat Islam sudah hilang arah dan pedoman hidup, walaupun memiliki al-Qur’an dan as-Sunnah.

Di satu sudut, umat Islam sedang di-ulik mimpi indah, dengan memiliki berbilion-bilion harta, lalu digunakan untuk perkara-perkara sia-sia. Pembelian kelab-kelab bola sepak di dunia Barat, sudah menjadi trend bagi jutawan di Timur Tengah.

DI satu sudut, umat Islam yang hanyut dengan kesalahan mereka memahami konsep tasawuf, membuatkan mereka lupa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.

DI satu sudut, kelihatan segolongan umat Islam yang sedang memperjuangkan Islam melalui wadah politik, tetapi dari sudut intisari perjuangan, tidak ramai yang faham, lalu timbul kekeliruan dalam kalangan pendukungnya, akibat realiti amalan di dalamnya.

DI satu sudut, ada yang mendakwa mereka adalah golongan yang memperjuangkan Islam, tetapi para pendukungnya atau gerak daya perjuangannya, tidak melambangkan mereka memperjuangkan Islam. Sikap berdolak dalik terpamer dalam bentuk zahir perbuatan mereka, sikap kedangkalan tentang ilmu Islam terpamer melalui keputusan yang mereka putuskan.

DI satu sudut, wujud golongan-golongan yang tidak berpuas hati dengan gerakan Islam yang asal, lalu menubuhkan gerakan-gerakan baru yang yakin dengan cara mereka mampu menampung kekurangan pada gerakan Islam yang asal.

DI satu sudut, wujud juga segolongan para pemimpin Islam yang rancak bercerita dan berbincang di meja konvensyen, tetapi, tiada hasil besar atau perubahan yang dapat dilihat mampu untuk membangkitkan semula umat Islam.

DI satu sudut lagi, wujud segolongan ilmuan yang benar-benar mahu memberi pandangan berdasarkan kajian ilmiah mereka terhadap sesuatu perkara atau permasalahan ummah untuk diselesaikan, akan tetapi, pandangan mereka tidak mendapat sambutan. Mereka ini tidak ubah seperti ayam yang berkokok untuk mengejutkan insan bangun subuh dipagi hari, tetapi dibaling dengan selipar. Hendak berbakti, tetapi ditohmah, hendak menyumbang tetapi dinafikan. Akhirnya, kaliber-nya mereka kelihatan di dunia luar, tidak di dunia sendiri.

Sampai bila perkara ini harus berlaku?

Kelihatannya ia seolah-olah akan terus berputar sekitar permasalahan di atas.

Apa pula penyelesaian masalah di atas?

Ini yang anak muda perlu renungkan…

Ini asas kepada proses seterusnya untuk memperbaiki keadaan umat.

Ramai insan mudah mewujudkan spekulasi, dengan andaian ia adalah hasil analisis, menuduh tanpa fakta, jika ada fakta pun, adalah tidak benar, akibatnya akan terus berlaku salah faham dalam kalangan umat Islam. Ya, mungkin benar, tapi mungkin juga salah.

Tanpa disedari ini adalah jalan yang membuka peluang para syaitan laknatullah, samada ada manusia atau jin, untuk menyuntik jarum kebencian di dalam hati sesama mukmin.

Hal ini amat perlu diperhatikan dengan penuh insaf dna rendah diri oleh semua anak muda generasi pasca-moden.

Jati diri umat Islam harus dikembalikan. Khazanah ilmu dari para ilmuan Islam wajib ditekuni supaya dapat tahu asal usul diri yang makin dibaham hidup pasca-moden yang penuh tipu daya.

 Benar seperti kata akhi Hasanul Arifin, umat Islam di Timur Tengah, boleh berbangga dengan hasil lahiriah seperti Topkapi dan sebagainya, tetapi kita, umat Islam di Tanah Melayu adalah berbeza. Kita sebenarnya kaya dengan khazanah pemikiran yang semakin dilitupi oleh para Orientalis yang cuba untuk menghilangkan terus jati diri umat Islam di Tanah Melayu. Sedangkan, kita memiliki ramai ulama’-ulama’ yang tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan ulama’ dari Timur Tengah. Tinggal lagi, sama ada kita benar-benar mahu mencari asl-usul kita atau tidak.

SIapa lagi yang mahu diharapkan untuk mengubah watak muslim jikalau bukan diri sendiri. Ia bermula dengan ahli-ahli gerakan Islam yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap dunia sekeliling mereka. Kesyumulan Islam harus diterjemahkan melalui pelbagai medium pen-zahir-an ilmu pengetahuan.

Sekadar untuk renungan bersama tentang permasalahan ummah yang sedang ‘rancak’ berlaku disekeliling kita. Jika setiap jiwa muda Muslim masih dengan kelalaian dan merasa cukup serta stabil, tanpa mengambil peluang diusia muda untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang ilmu, maka sampai bila-bila, kita akan terus berada dalam kerugian. Allah akan menggantikan umat lain yang DIa mengasihi mereka, mereka juga mengasihi DIa.

Tepuk dada, tanya iman.

Wallahu ‘alam.

P/S: Perlu dijelaskan, ilmu adalah asas kepada perjuangan. Jangan sampai wujud pandangan bahawa kononnya bila tumpu bidang keilmuan, akan melahirkan para pejuang yang malas berjuang dimedan perjuangan. Jika ini berlaku, maka jangan salahkan ilmu tersebut, tetapi ia mungkin disebabkan oleh kekeliruan ilmu pengetahuan yang difahami oleh seseorang individu itu sendiri. Inilah antara problema utama umat Islam yang dikesan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: