Skip to content

Musafir Ke Shah Alam

September 10, 2009
tags:

Semalam saya bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang dan sampai sekitar 4.30 petang.

Hari ini saya akan menghadiri temuduga untuk mengikuti program keusahawanan Perancang Kewangan Islam (PKI), anjuran Hijrah Wealth management dengan kerjasama MARA. Ini pertama kali saya menghadiri temuduga untuk mencari pekerjaan.

Disebabkan tidak biasa dengan kawasan Shah Alam, saya buat keputusan untuk bergerak awal dari rumah nenek ke Shah Alam. Dari rumah nenek, saya menaiki bas ke KL Sentral sebelum menaiki Komuter ke stesen Shah Alam. Perjalanan ke Shah Alam mengambil masa sekitar 30 minit dan masa yang terluang, saya ambil kesempatan membaca majalah Solusi. Majalah baru yang memikat hati saya selepas Majalah i dan Milenia. Sungguh, banyak info ringkas tetapi amat bermakna untuk diketahui oleh orang awam seperti saya, khususnya berkenaan dengan ilmu-ilmu fardhu ain selain motivasi-motivasiyang banyak diberikan melalui tulisan-tulisan oleh para kolumnis yang terkenal seperti Ust Pahrol Mohd Juoi, ust Hasrizal Mohd Jamil dan banyak lagi (tak dapat sebut semua, sebab lupa. Majalah ada di dalam beg dan saya di dalam perpustakaan Waqaf, Wisma MAIS. jadi tidak boleh bawa beg masuk).

Apa yang saya lihat adalah realiti, kesedaran membaca amat kurang dalam kalangan masyarakat kita. Sepanjang 1 gerabak komuter itu, hanya seorang wanita India yang sedang membaca buku (belum termasuk saya dengan majalah Solusi saya). Walau apapun, semoga masyarakat kita dapat menjadikan membaca sebagai budaya hidup yang mampu mengubah persekitaran masyarakat yang semakin hancur di tangan-tangan para pemimpin yang bukan ahlinya!

Sampai sahaja di Shah Alam, saya mengambil teksi untuk ke Wisma MAIS. sekitar 8 minit kemudian, saya sampai di Wisma MAIS. memang sebuah kompleks yang besar. banyak kedai, restoran, kedai buku dan syarikat-syarikat yang beroperasi di dalam Wisma ini, termasuk Syarikat Hijrah Wealth management Sdn bhd. Saya sampai awal pagi ini, jadi saya berlegar di sekitar wisma. masa yang terluang, saya ke perpustakaan Waqaf. Nampak agak baru kerana tidak banyak buku lagi. Apa lagi, saya pun ambil kesempatan menggunakan khidmat internet. Cadangnya hendak mendapatkan maklumat tentang MARA, tapi tidak dapat buka laman web nya. Lambat.

Sekadar ingin berkongsi perjalanan dengan sahabat-sahabat, saya buat sedikit nukilan. Apa yang baik, boleh di ambil.

Jam sudah ke angka 10.18 pagi. Saya kena beransur sekarang,  jumpa lagi..

2 Comments leave one →
  1. nor permalink
    September 10, 2009 10:26 am

    Salam.. gudluck 4ur interview session… may all will be smooth in the bless of Allah.. Permulaan pencarian pkrjaan yg baik =) bnykkan doa n moga dimurahkan rezeki, InsyaAllah…

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    September 12, 2009 11:03 am

    Syukran, nor… Selamat pulang ke kampung halaman..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: