Skip to content

Kehadiran Direstui

September 10, 2009

Rezeki Allah ada di mana-mana.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk ikuti in-take ke-5 sebagai pelatih Perunding Kewangan Islam dan akan di-mentor-i oleh dua orang yang pakar dalam bidang Perancangan kewangan Islam iaitu Hj. Mahdzir Md. Isa dan Hjh. Rohani Datuk Mohd Shahir.

Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kedua-dua insan yang ‘otai’ dalam bidang ini kerana memberi saya peluang untuk menjadi salah seorang yang menyumbang di dalam bidang kewangan Islam ini.

Pada saya, ini adalah step kedua setelah menjalani latihan secara teori selama hampir 4 tahun di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Dan ini adalah peluang yang saya cari secara ‘berpakej’ yang disediakn oleh pihak Hijrah Wealth Management Sdn Bhd bersama MARA.

Sebelum ini, saya berpeluang ikuti latihan secara teori dan praktikal di dua buah syarikat Takaful. Walaupun tidak lama, tetapi saya banyak mendapat pendedahan secara full-time selama hampir 2 minggu, sewaktu di Johor. Semuanya dalam bidang Takaful.

Tetapi kali ini, saya akan didedahkan dengan pengurusan harta warisan seperti faraid dan wasiat serta berkaitan dengan hal-hal pelaburan menurut Islam. Kali ini ia bukan hanya menyentuh secara teori semata-mata, tetapi saya bakal berhadapan dengan insan-insan secara realiti dan bagaimana untuk membantu mereka menguruskan harta mereka sebaik mungkin dengan menggunakan konsep “Kubah Kehidupan”.

Kalau ikutkan, banyak yang saya ingin kongsikan, tapi saya kena beransur dahulu. Ini pun atas ehsan Pak Su saya, menggunakan internet dia. Terima kasih, Pak Su… hehe.. Hari sudah malam, dan mereka pun hendak tidur.

Apa pun, insya-Allah, dari semasa ke semasa, akan saya kongsikan bersama para pembaca.

 

4 Comments leave one →
  1. nor permalink
    September 11, 2009 11:02 am

    Alhamdulillah…pnjtkan kesyukurn pd Allah,moga lps nie sglanya bjln lncr, InsyaAllah =) teruskan perjuangan menegakkan Islam walaupun dimana kita berada, moga iman & taqwa sentiasa bersama-sama kita.. peringatan utk diri sndiri jgk… Permulaan kerjaya yg baik, wt sgguh2 ye, moga satu hari nnti dpt jd pkr kwngan islam… ameen!!!

  2. September 11, 2009 6:13 pm

    ASSALAMUALAIKUM…

    ALHAMDULILLAH..SELAMAT MENEMPUH ALAM PEKERJAAN.=)SEMOGA TERUS TABAH MENEMPUH LIKU-LIKU HIDUP DAN CABARAN YANG AKAN DATANG..

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    September 12, 2009 11:02 am

    Syukran kepada nor dan munirah.. AMin.. Doakan ana ya…🙂

  4. September 16, 2009 9:19 am

    salam..

    syukran,
    sudi meluangkan masa menerima undangan kami.
    moga pemergiaan ramadan kali ini membawa
    rahmat dan pengampunanNYA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: