Skip to content

Musafir Ringkas Bersama Pemuda-Pemuda Jihad

September 4, 2009

Duduk di rumah memang mampu menjadikan seseorang itu gila. Minda boleh jadi beku dan tertutup. Ini yang saya percaya atas kapasiti pengalaman yang saya lalui. Mujur tidak lama selepas pulang ke rumah, saya menetapkan beberapa agenda iaitu menziarahi sahabat seperjuangan di UIA, saudara Huzaifah dan Firdaus.  Akhi Firdaus kenalan lama sejak di Mtrik lagi. Tapi dia keluar awal kerana dapat peluang melanjutkan pelajaran ke UIA. Memang rezeki dia.

Sebaik sahaja sampai di UIA, saya berpeluang untuk menjalani kehidupan sebagai pelajar UIA selama hampir dua hari. Cadangnya mahu balik awal, sehari sebelum Ramadhan, tapi bila fikir semula, bukan senang hendak melihat suasana bulan ramadhan di bumi UIA, maka saya tangguhkan pulang ke rumah nenek. Akibatnya, keesokkan harinya, nenek marah, sebab dia dah banyak masak banyak semalam dan saya memaklumkan agak lambat. Maaf, nek…huhu

Kemudian, tidak lama selepas pulang ke Perak, saya berjumpa dengan sahabat-sahabat di UTP pula, akhi Humaizi, jiran saya sewaktu di Taman Melati, dan juga Akhi Fayhsal atau lebih dikenali rausyanfikir. Selama hidup dengan mereka hampir 1 hari, memang mengasyikkan. Setiap masa bercerita tentang ummah, dalam konteks yang berbeza dan saling melengkapi. Humaizi dengan kesungguhannya mengaitkan isu ummah dengan Hadis manakala Rausyan mengaitkan permasalahan ummah melalui framework Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang merupakan salah seorang ulama yang saya kagumi.

Seronok bila lihat berlaku perkongsian ilmu dari sudut yang berbeza di antara mereka berdua, tetapi ukhwahfillah tetap terjaga dan terpelihara. Melalui mereka saya belajar erti keterbukaan dalam cara berfikir dan menerima pihak lain yang berbeza pandangan dan uslub dalam berdakwah.

Tempat yang paling saya tidak jemu untuk jejaki ialah Islamica, sebelah Masjid UTP. Kalau boleh, rasanya, mahu sahaja saya tidur di dalam Islamica dan menjaga Islamica setiap masa. Judul-judul buku yang terdapat di dalamnya, hampir 98% tidak terdapat di UMS Labuan dan sememangnya, pada saya, ia adalah wadah untuk mengorek keluar pemikiran-pemikiran para cendekiawan Islam yang jarang kita bincangkan. Saya cakap pada Jen (panggilan pada Humaizi); “Boleh ke ana datang selalu sini?”

Jen kata, boleh je. Jadi Insyaallah, lepas ini, UTP akan jadi destinasi penting dalam usaha saya menggeledah khazanah ummah.

Itu kenangan di UTP, serba ringkas. Kalau hendak rungkai pengalaman selama berada di UTP, memang banyak, walau singkat pertemuan antara kami.

Selang beberapa hari kemudian, Ustaz Hafez, mempelawa saya untuk ikut ke program JPM Negeri. Sepanjang perjalanan, banyak beliau berkongsi tentang gerak kerja yang perlu dilakukan mengikut realiti semasa.

Dengan Ustaz Hafez juga, banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang bermusafir dengan beliau dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.

Dengan mereka ini, saya belajar bagaimana untuk mewujudkan sempadan dalam menilai keterbukaan kita agar ia bersifat realiti dan mampu diaplikasikan kepada ummah.

Ia satu pengajaran yang besar buat saya untuk difahami dan dihayati.

Kesimpulan melalui musafir ringkas saya bersama figur-figur hebat gerakan islam kampus di atas, saya dapat rungkaikan betapa perlunya sifat keterbukaan dan pembudayaan ilmu dalam diri seorang daie.

Pembudayaan ilmu ini penting untuk melahirkan ahli gerakan Islam yang bukan sahaja bertindak sebagai aktivis gerakan Islam bersifat kuantiti yang ramai (demo ramai-ramai dan  berusaha membawa orang kepada fikrah Islam), bukan itu sahaja, malah yang lebih penting ialah kebolehan setiap individu ahli gerakan Islam (mungkin bukan semua), tetapi wujud segolongan yang berusaha menjadikan budaya berfikir kepada kebaikan ummah sejagat sebagai job-scope mereka. Gerakan Islam masih lagi kekurangan para penggerak yang mahu menjadikan R&D dalam pelbagai bidang sebagai budaya di dalam bergerak kerja melalui jemaah Islam.

Yang ada, hampir kebanyakan, tapi bukan semua, ialah menjadikan politik sebagai fokus untuk bergerak kerja di dalam jemaah. Ia tidak salah langsung, tetapi perlu ada segolongan yang di samping membantu jemaah dalam bidang politik, pada masa yang sama, mereka bertindak sebagai penyelidik dalam bidang kepakaran atau minat  masing-masing.

Sekarang, saya sedang mentelaah ucapan-ucapan dasar Tuan Presiden TG Hj. Abdul Hadi Awang, sewaktu muktamar yang telah berlangsung sejak 6 tahun yang lepas. Hasil dapatan setakat ini, gerakan Islam PAS amat meraikan pembudayaan ilmu di dalam gerakannya, saranan untuk menjadikan gerakan Islam PAS sebagai gerakan ‘knowledge-based’ amat mengujakan saya dan saya yakin ia sememangnya hasrat para pimpinan tertinggi jemaah.

Cuma yang menjadi permasalahannya, perkara ini tidak atau belum dapat diimplimentasikan dengan baik di kampus-kampus. Pembudayaan ilmu masih belum menjadi agenda utama, dalam proses berusaha ke arah menghasilkan bakal pembuat polisi-polisi atau menghasilkan sesuatu yang baru untuk kebaikan ummah.

Semangat iqra perlu di tanamkan dalam jiwa setiap ahli gerakan Islam, budaya qalam perlu disuburkan dalam diri setiap da’ie, agar gerakan yang bakal diterajui merupakan gerakan menuju ke arah kesyumulan Islam.

Sekadar perkongsian dan huraian ringkas yang mungkin kurang kemas.

Wallahu alam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: