Skip to content

Keutamaan Usaha berbanding Tawakkal

August 31, 2009
tags: ,

Usaha atau dalam bahasa arab bermakna Ikhtiar. Ikhtiar ada perkaitan dengan perkataan khair (kebaikan) dalam bahasa Arab. Ini bermakna, perkataan ikhtiar ini berkaitan dengan erti kata, berusaha ke arah melakukan perkara kebaikan. Secara logiknya, jika berusaha ke arah kejahatan, tidak dipanggil ikhtiar.

Di dalam al-quran, suruhan agar berusaha banyak dinyatakan oleh Allah swt sebagai panduan kepada hamba-hambanya. Sebagai contoh, larangan Allah kepada hambanya agar tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Ayat ini berkaitan dengan keperluan usaha untuk menjauhi perkara-perkara yang diketahui boleh membawa kepada kebinasaan terhadap diri dan jiwa individu.

Rasul saw juga pernah menasihati seorang sahabat baginda supaya menambat tali untanya sebelum bertawakkal kepada Allah. Sikap baginda ini menggambarkan kepentingan ber-ikhtiar sebelum menyerahkan urusan kepada Allah swt.

Tawakkal pula bererti menyerahkan urusan kepada Allah setelah berusaha. Bahasa Arab menyebutnya sebagai tawakkul. Perintah ini adalah perintah untuk mengiktiraf keberadaan, kekuasaan, serta ketundukan insan kepada khaliqnya. Apabila sikap bertawakkal ini wujud dalam diri insan – setelah berusaha, maka ia adalah tanda seseorang itu bertaqwa kepada Allah swt.

Berbalik kepada kisah Nabi saw dan sahabat baginda itu, suatu pengajaran yang boleh diambil ialah, sifat rasa taqwa dalam diri seseorang tidak bermaksud penafian kepada perlunya usaha. Hal ini penting untuk ditegaskan kerana kelihatan pada hari ini, yang berlaku ialah apabila seseorang insan itu merasakan diri mereka seorang yang benar-benar yakin dan mempunyai sifat taqwa dalam diri, merek ingin melepaskan diri dari kelompok yang berusaha dan bersikap ber-tawakkal kepada Allah. Sedangkan mereka mampu untuk berikhtiar.

Mampu yang dimaksudkan di sini adalah:

1)      Keboleh-upayaan untuk memiliki atau berikhtiar

2)      Kewujudan sesuatu disekelilingnya yang berfungsi sebagai alat untuk merealisasikan maksud ber-ikhtiar,

3)      Memiliki ilmu tentang peri-penting ber-ikhtiar dalam sesuatu kondisi, dan

4)      Kesedaran bahawa sebelum mencapai tawakkal, maka insan perlu ber-ikhtiar sebelum konsep tawakkal digunakan.

Ini adalah rumusan adab yang diajar oleh Rasulullah saw dan juga sunnatullah dalam setiap kejadiannya.

 Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kekurangan dalam sesuatu ciri di atas, maka ikhtiar itu boleh dipertimbangkan untuk dikurangkan keutamaan berbanding konsep tawakkal-untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, dalam kejadian wabak H1N1 yang sedang menular kini, maka insan perlu berikhtiar untuk memakai topeng muka sebagai ikhtiar untuk melindungi diri daripada menjadi salah seorang daripada mangsa. Apabila cukup ciri-ciri yang menghendaki untuk mereka ber-ikhtiar-seperti disebutkan di atas, maka mereka perlu berusaha (ikhtiar) untuk mendapatkan topeng muka.

Tetapi, sekiranya, keboleh-payaan memilikinya (tidak mampu beli) menjadi penghalang, adalah boleh dipertimbangkan bahawa konsep tawakkal boleh diutamakan di dalam situasi tersebut. Begitu juga, apabila seseorang itu mahu berikhtiar, tetapi alat yang menjadi pelindung kepada virus tersebut (mask) tidak dijual disesuatu tempat tersebut, maka adalah boleh dipertimbangkan untuk mengutamakan konsep tawakkal berbanding berusaha (ikhtiar).

                Sekiranya seseorang itu memenuhi cirri-ciri yang disebutkan di atas, akan tetapi mereka tidak mahu berusaha, menggunakan alasan mereka akan dibantu oleh Allah, maka ia adalah alasan yang lemah.

Dalam hal ini, ayat-ayat al-Quran yang meninggikan kedudukan orang-orang bertaqwa tidaka boleh diketepikan. Kelebihan orang-orang bertaqwa, seperti yang Allah nyatakan melalui surah at-Talaq ayat 2. Ayat tersebut adalah ayat yang memberikan ketenangan serta motivasi untuk para hambanya mengejar maqam sebagai seorang yang bertaqwa kepadaNya.

Dan kelebihan yang dinyatakan oleh Allah swt ini adalah kelebihan yang bersifat maknawi dan tidak ia adalah atas kebijak sanaan Allah swt untuk memberikan ia kepada para hambaNya yang terpilih (bertaqwa)-menurut penilaianNya yang Maha Adil. Oleh itu, sebagai hambaNya, amat dituntut agar kita mengimani benar-benar ayat di atas agar sifat taqwa itu wujud dalam diri seseorang individu.

Dalil ini tidak langsung menunjukkan pertentangan bahawa seseorang insan itu, walau bertaqwa sekalipun, untuk menafikan usaha (ikhtiar) pada diri mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang individu Muslim itu, haruslah berusaha mencapai maqam taqwa yang diperintahkanNya dan pada masa yang sama, konsep bertawakkal kepadaNya itu harus wujud dalam diri kerana itu adalah salah satu ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Sikap melakukan ikhtiar adalah merupakan tanda seseorang itu bertaqwa kepada Allah swt. Kehilangan ‘sense’ untuk berikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah-walau dengan menggunakan alasan jihad sekali pun, adalah bertentangan dengan sunnatullah dan boleh menyebabkan penganut Islam terus berada di dalam kekeliruan dalam memahami konsep ikhtiar dan tawakkal yang sebenar. Akibatnya, kemunduran serta watak Islam yang sebenar terus terkubur dalam lipatan sejarah kerana sikap penganutnya yang tidak celik sejarah dan ketiadaan ilmu dalam beramal Islami.

Wallahu ‘alam

(18 Ogos 2009 / Jam 11:59)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: