Skip to content

Krisis Ilmu Dalam Politik Malaysia dan Para Politikusnya

August 14, 2009

Situasi orang mempolitikkan Islam semakin menjadi-jadi. Pihak yang sedang berusaha mengislamkan politik semasa pula di tuduh mempolitikkan Islam.

Ini situasi semasa yang sedang berlaku. Saya melihat situasi berat sebelah ini adalah krisis ilmu yang sedang menimpa para politikus semasa. Tidak bijaksana dalam menilai sesuatu. Akibatnya, bertindak berat sebelah dan hilang keadilan.

Saya amat menyanjung tinggi para ulama’ kerana mereka adalah pewaris para Nabi SAW, tetapi apabila wujud segelintir ustaz atau ulama’ atau cendekiawan Islam yang berdiam diri apabila perkara yang sama berlaku (suatu ketika dahulu), tetapi bersuara apabila perkara yang sama berlaku pada kali ini, telah menimbulkan tanda tanya. Di mana para cendekiawan Islam yang berotoriti ketika seorang politikus itu mengeluarkan kenyataan yang MENGHINA ISLAM dahulu? Yang menariknya, yang mengeluarkan kata-kata menyindir Islam itu bukan non-muslim, tetapi seorang Muslim!

Akal saya tidak dapat menerima keadaan yang sedang berlaku sekarang. Dahulu ada politikus yang menghina, maka mereka dibiarkan dan tidak pernah ada permohonan maaf atau sedar dari mereka bahawa kenyataan mereka yang meragukan itu adalah salah lalu menarik semula secara terbuka.

Tetapi pada kali ini, bila ada pihak yang berada di posisi pembangkang, non-muslim, mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam, barulah keluar suara-suara cendekiawan Islam yang menyelar tindakan menyokong perkara tersebut. Isu ini banyak keluar di perut-perut akhbar semasa.

Melalui pengamatan saya, ini adalah bias dan sebagai tanda bahawa segolongan pihak sedang mempolitikkan agama, mempolitikkan Islam. Jika mereka benar-benar ikhlas mahu mengIslamkan politik, tindakan yang sebaiknya adalah mengumpulkan semula para politikus yang pernah mengeluarkan kenyataan berbaur menghina Islam agar tampil ke hadapan dan memohon maaf secara serius dan sedar bahawa tindakan mereka dahulu adalah salah dan mereka mengaku salah.

Saya ingin memetik kenyataan seorang Muslim yang kelihatan amat menyayangi Islam:

“Adalah tidak wajar kita membenarkan sesiapa pun menghina agama Islam. Pihak yang menghina Islam wajib diperangi.” {Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar}

Saya tujukan ucapan ini kepada para politikus yang sedang atau pernah memerintah dan pernah mengucapkan kata-kata yang menghina Islam.

Pengajaran Bermakna

Dengan timbulnya isu seumpama ini, semoga ia akan mampu membangkitkan semangat untuk berdakwah dalam kalangan generasi muda Islam terhadap non-Muslim, juga Muslim terutamanya. Proses dakwah ini adalah berterusan dan ia tidak dibatasi dengan perbezaan aliran politik. Kegiatan dakwah juga adalah proses yang dipenuhi dengan kesedaran jiwa sebagai seorang daie Ilallah dan akan dilakukan oleh orang-orang yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. hanya golongan ini yang akan meringankan mulut berkongsi tentang Islam pada golongan yang bukan Islam, apatah lagi yang Islam.

Wallahu alam. Sekadar perkongsian menerusi pengamatan.

P/S: Kepada ahli politik sekalian, jangan kalian ingat anak muda tidak tahu berfikir. Pola pemikiran kalian sedang dinilai oleh anak-anak muda kalian. Jika ingin Islam ini subur di bumi Malaysia, bertindak adillah kepada semua. Janganlah bersifat berat sebelah.

2 Comments leave one →
  1. August 20, 2009 5:41 pm

    Salam…

    Alhamdulillah… Wacana yang baik… Sy b’setuju bahawa kita perlu kembali ke sistem politik Islam yg sebenar… jgn Mudah t’perangkap sistem politik barat…
    Fikir2 kan la…

  2. August 24, 2009 3:51 am

    Assalamualaikum…ana cukup bersetuju…Kembalikan kesyumulan Islam sebenar, sama ada dr sudut siasah mahupun segalanya… Usah mudah terjerat dengan pemikiran politik Barat…

    Perkongsian amat menarik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: