Skip to content

Konsep Kepentingan: Suatu Huraian Ringkas

August 4, 2009

Oleh: Aliff Basri

Kepentingan boleh dianggap sebagai manfaat sesuatu perkara atau perbuatan atau setiap sesuatu yang mempunyai zatnya untuk dilihat atau dipegang atau dirasai kehadirannya atau yang diyakini.

Ia muncul apabila seseorang itu mengharapkan tibanya sesuatu dalam diri mereka dalam bentuk yang dapat memberikan kepuasan setelah melakukan sesuatu perkara. Konsep-kepentingan ini meliputi keadaan semua makhluk, sama ada binatang, tumbuhan, mahupun manusia. Walau bagaimanapun, konsep kepentingan yang dimaksudkan di sini lebih memfokuskan kepada kehidupan manusia.

Manusia yang berkepentingan adalah manusia yang mengharapkan sesuatu daripada setiap gerak laku yang dilakukan. Umpamanya, seorang mahasiswa yang ditemuduga untuk mendapatkan peluang menjadi urusetia bagi sesuatu program yang besar universiti, apabila ditanya:

“Mengapa kamu berminat untuk turut serta dalam program ini?

Hampir kebanyakkan mereka akan menjawab:

“Saya ingin turut serta untuk menimba pengalaman.”

Atau

“Saya ingin turut serta untuk meningkatkan kualiti diri.”

Atau

“Saya ingin turut serta kerana mahu memperbaiki diri serta dan warga kampus.”

Atau

“Saya ingin turut serta kerana mahu mendapat Pahala.” Walau bagaimapaun alasan ini tidak pernah saya dengari.

Dan banyak lagi rasional yang dikemukakan untuk menyokong hasrat mereka. Tidak kira rasional yang diberikan itu baik atau buruk, benar atau salah, bersungguh atau tidak, ia tetap melibatkan sesuatu kepentingan yang ingin diperolehinya – untuk dirinya sendiri. Atau mungkin melibatkan kehidupan diri serta keluarganya.

Ini adalah konsep kepentingan yang dipercayai atau yang sentiasa dipegang oleh kebanyakan manusia. Adalah berbeza konsep kepentingan yang dipercayai atau yang ditanam dalam diri individu Muslim. Konsep kepentingan pada Muslim adalah melibatkan fizik dan metafizik. Akan tetapi ‘kepentingan’ yang menjadi keutamaan untuk diraih dan dimilik ialah kepentingan dari sudut metafizik.

Faktor iman di hati mempengaruhi segala tindakan mereka. Setiap tindakan yang dilakukan, akan sedaya upaya dikaitkan dengan Hari Pembalasan yang bersifat ghaib. Amalan yang dilakukan, akan dikaitkan dengan dosa, pahala, syurga, dan neraka.

Pengaruh untuk memahami konsep kepentingan ini, dipengaruhi oleh konsep pandangan alam bagi seseorang individu. Seperti yang pernah diungkapkan oleh seorang cendekiawan:

“ Pandangan alam ini umpama menjadi agama bagi setiap individu.”

Pernyataan di atas adalah suatu peringatan untuk menyemak semula cara berfikir bagi seorang Muslim yang mukhlis. Seperti yang dibincangakn di atas, sekiranya seseorang individu itu memiliki pandangan alam yang benar tentang Islam, maka konsep kepentingan ini akan member fokus kepada aspek metafizik atau gha’ib. Mereka lebih mengutamakan keredhaan Allah berbanding manusia.

Mereka lebih mengutamakan syurga berbanding duniawi yang bersifat sementara, mereka juga akan mengutamakan amal yang baik berbanding amal yang jahat, kerana mereka yakin satu hari nanti, mereka akan dibalas. Ini adalah perbezaan utama antara orang yang Muslim-mukmin dengan Muslim-fasik dan muslim-jahil. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan para musyrik. DI sini, ingin saya member fokus kepada 3 golongan Muslim seperti yang disebutkan, kerana ia mempengaruhi sikap memahami konsep kepentingan yang berbeza-beza.

Muslim-mukmin ialah muslim yang amat menjaga agamanya. Sifat taqwa, ikhlas dan cintakan ilmu serta beramal menjadi sifat utama dalam diri seseorang muslim-mukmin. Muslim-fasik pula adalah golongan muslim yang beriman, tetapi tidak mencapai tahap ‘ainul-yaqiin. Iman mereka tidak mampu membawa mereka dekat kepada Allah swt. Konsep mujahadah belum dapat dihayati dengan baik kerana keazaman dan tekad yang lemah, walaupun merek mempunyai ilmu-dalam erti kata memiliki maklumat, tetapi tidak dalam konteks ilmu yang benar. Lalu membuatkan Muslim-fasik selalu berhadapan atau terjebak dengan melakukan dosa-dosa kecil, juga mungkin besar.

Muslim-jahil pula meliputi segolongan Muslim yang tidak berilmu. Dalam konteks ini, dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu jahil-baasit dan jahil-murokab. Golongan Jahil-baasit ialah golongan yang tahu apa yang dia tidak tahu, lalu dia akan belajar untuk menjadi seorang yang tahu dan berilmu. Ini ialah jenis jahil yang ringan. Manakala golongan jahil-murokab ialah golongan yang tidak tahu apa yang dia tidak tahu. Sifat bodoh-sombong menghiasi peribadi sehingga golongan ini berpotensi untuk melakukan fitnah kepada pihak lain.

Fitnah ini adalah hasil dari kebodohan yang mereka sendiri tidak sedari. Atau boleh jadi juga mereka sedar, tetapi kesedaran mereka umpama golongan yang mempunyai hati yang busuk sehingga berulat-kerana itu mereka sangat suka memporak porandakan kehidupan manusia lain yang tidak bersalah (tapi dikatakan salah).

Kembali kepada persoalan asas-konsep kepentingan. Konsep ini akan memberi manfaat yang besar kepada individu yang benar-benar mengimani Allah dan RasulNya. Ia adalah konsep yang mampu memberikan hala tuju yang jelas kepada setiap pengamal konsepnya. Jika benar konsep kepentingan yang dipegang-mengutamakan kepentingan akhirat berbanding duniawi-maka mereka adalah golongan yang  menepati konsep kepentingan menurut Islam, melalui konsep apndangan alam Islam yang mereka yakini untuk membuat setiap keputrusan dipelbagai peringkat, sama ada diperingkat rumah-tangga, kehidupan peribadi-berdikari, berorganisasi, bermasyarakat dan juga bernegara.

Ia adalah pantulan adab bagi seseorang Muslim unyuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahu ‘alam.

(4 Ogos 2009 / Jam 07:07)

3 Comments leave one →
  1. August 6, 2009 4:13 am

    Konsep kepentingan yang diutarakan di laman ini nampaknya kurang jelas. Tak tercapai akal kerdil ini untuk cuba memahami. Namun, ana cuba mencari isi terbaik di bawah tajuk ini, yang mana berkaitan word of *muslim*. Muslim sebenar benar muslim mungkin ana boleh kaitkan dgn insan yang sentiasa berusaha mencari redha Allah. Hidup dan matinya diserahkan kepada Allah dan keyakinan yang tinggi terhadap al-khaliq. Means, setiap detik hidupnya hanya diserahkan kepada Allah setelah mana ia berdoa, berusaha,berihtiar dan seterusnya bertawaqqal kepada Allah (D.U.I.T). Sekadar perkongsian. Mohon tunjuk ajar.

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    August 6, 2009 8:54 pm

    itulah maksud yang ingin disampaikan. Kepentingan, bagi seorang muslim sejati, lebih mengutamakan kepentingan hidup di akhirat berbanding di dunia.

    Adalah tidak benar orang mengatakan, mereka membuat suatu kerana tiada kepentingan. Mereka tetap ada kepentingan..

    Adalah bodoh orang yang berbuat sesuatu tanpa tujuan dan kepentingan diri, tinggal lagi untuk kepentingan duniawi atau ukhrawi..

  3. August 7, 2009 1:55 am

    Alhamdulillah,tercapai akal rupanya. Cuma lambat tangkap sikit. Thank’s. Mohon Tunjuk ajar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: