Skip to content

Penjelasan Tentang WAMY dan Jemputan ke Program Seminar

July 24, 2009

Salam Aufklarung,

Tengah hari ini, saya akan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri satu seminar anjuran ABIM SABAH pada esok hari. Seminar 1 hari itu akan memfokuskan kepada pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk difikirkan bersama oleh para peserta pada esok hari.

Sudah lama saya teringin sangat hendak menghadiri seminar sebegini rupa. Di bawah saya kongsikan bersama tentatif program untuk seminar satu hari pada esok hari.

Saya amat menggalakkan para penggerak dakwah dari pelbagai pertubuhan untuk hadir ke porgram tersebut. Tidak kira di mana pun ia diadakan, ahli gerakan Islam kampus amat wajar hadiri ke program-program sebegini rupa.

Kalau tidak mampu membuat program sedemikian, mengapa tidak kita hadiri sebagai tanda sokongan kita untuk terus bersama-sama perjuangkan Islam, walau melalui metod yang berbeza. Sebenarnya, pada saya bukan sekadar sokongan, tetapi boleh dianggap sebagai salah satu komponen tarbiyyah yang perlu dihadam oleh gerakan Islam kampus.

Berdasarkan pengalaman, komponen pemerkasaan ta’adib fikriyyah adalah agak lemah dan kurang diberi tumpuan oleh gerakan Islam kampus. Fokus kepada pemerkasaan fikrah kepartian lebih mendominasi pemikiran berbanding komponen untuk memperkasakan fikrah untuk kebaikan ummah secara keseluruhannya. Perkara ini perlu sangat diambil perhatian.

Satu perkara yang saya ingin leraikan kekusutan yang timbul iaitu, terdapat kecelaruan dalam pelaksanaan program WAMY tempoh hari. Ada pihak rasa tidak sesuai diadakan WAMY itu.

Saya ingin sampaikan bahawa kewujudan WAMY ialah sebagai wadah untuk menampung kekuarangan yang perlu ditampung bagi sesebuah gerakan Islam. Ia tidak langsung bertujuan untuk membuatkan ahli gerakan menjadi ‘futur’ (pada istilah yang disalahgunakan oleh orang yang suka menghukum), malah sebenarnya ialah untuk memperkasakan pemikiran ahli supaya semakin dapat menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat ‘aql (intelek) tersebut seterusnya dikongsikan bersama dengan sahabat-sahabat di luar sana. Mereka tidak terpilih untuk bersama dalam gerakan Islam secara serius, tapi kita tidak boleh nafikan kelebihan  yang mereka miliki untuk turut sama membawa mereka ke dalam arena perjuangan menegakkan Islam.

Sebagai perkongsian untuk cara pelaksanaanya, ia terbuka kepada semua mahasiswa Islam kampus termasuk para pensyarah untuk sama-sama berkongsi pandangan dan idea untuk pemerkasaan jati diri Muslim. Perbincangan ini jika dihayati dengan persediaan sebelum hadir ke wacana, ia akan memberikan impak kepada individu yang hadir untuk membawa islah (perkataan yang lebih tepat kepada maksud ‘pembangunan’) kepada kampus UMS-KAL, khususnya. Islah dari sudut cara berfikir (perubahan paradigma dan world-view dalam berfikir) adalah titik pertama yang akan menentukan cara kita bertindak untuk maslahah diri dan ummah. Sama ada pemikiran kita jumud, liberal atau wasatiyyah, ia bergantung kepada cara bagaimana kita berfikri berasaskan ilmu yang benar.

Adalah tidak benar jika mengatakan bahawa proses ta’adib ini menjadi punca kepada jauhnya ahli gerakan Islam kepada kerja ta’adib dan dakwah di kampus. Jika itu yang berlaku, ia bukan salahnya proses membudayakan ilmu ini, tetapi saya melihat ia sebagai salah satu kelemahan yang perlu di-‘post mortem‘-kan diperingkat gerakan Islam untuk muhasabah dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Tidak sepatutnya akademik dan pembudayaan ilmu menjadi ‘musuh’ kepada gerakan Islam. Apatah lagi proses pemerkasaan fikrah Islamy yang sedang cuba diberi tempat untuk melahirkan ahli gerakan Islam yang benar-benar bersedia berhadapan dengan para athies, nasionalis, liberalis, pluralis, sekularis dan lain-lain fahaman.

Tidak cukup hanya meng-khatam-kan buku-buku haraki biasa, ia perlu dicantikkan lagi dengan membaca buku-buku dari pemikir Islam lain dan bergaul dengan penggerak Islam selain dari wadah kita. Tajarrud tetap terpelihara, tetapi minda dan hati kita akan semakin menghargai antara satu sama lain. Ketika ini, prinsip ta’adud Jamaah yang terbentuk adalah berbeza sedikit dari kefahaman yang biasa dihadam oleh gerakan Islam kampus. Prinsip asal dipegang dan harus dimurnikan dengan waqi’ semasa.

Kesimpulannya, gerakan Islam harus mengharmonikan keperluan pembudayaan ilmu dalam gerakan Islam dengan tugas-tugas tarbiyyah dan dakwah yang lain. Jangan menyalahkan proses pembinaan pembudayaan ilmu kerana ia sebenarnya mampu memperkasakan ahli-ahli gerakan Islam. Dengan syarat, pembudayaan ilmu ini harus terlebih dahulu dihadam dan diamalkan oleh pendukung gerakan Islam yang percaya bahawa ia adalah proses penyebaran Islam yang konkrit.

Di bawah saya kongsikan tentatif untuk program esok hari. Jemput datang ramai-ramai.

 

Seminar Risalah Untuk Kaum Muslimin

25 Julai 2009/3 SYa’aban 1430 H

Mini Teater, Menara Tun Mustapha

 

8.00 pg    : Pendaftaran

8.30 pg    : Majlis Perasmian

                      Ucapan alu-aluan Yang Dipertua ABIM Sabah

                      Ucapan Pengarah JHEAINS

                      Ucapan Perasmian (YB. Datuk Hj. Naisr Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran)

                      Menteri Di Jabatan Ketua Menteri

9.00 pg    :    Ucap Tama

                         “Falsafah dan Praktik Yang Mulia Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas”

                         Oleh: YM Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud (ATMA-UKM)

                         Pengerusi Panel: Pengarah JAKIM

 

10.00 pg  :   Minum pagi

10.30 pg   :   Kertas Kerja 1: “Islam: Konsep dan Asas Akhlak”

                         Oleh: YBhg. Prof. Dr. Mohd. Farid Mohd Shahran

                         Timb. Presiden ABIM Pusat

                         Penyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIA

                        Pengerusi Panel: Pengarah JHEAINS

 

11.30 pg   :  Kertas Kerja 2: “Akal dan Ilmu”

                        Oleh: YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail

                       Pengarah Pusat Sains dan Teknologi, IKIM

 

12.30 t/hr :  Jamuan Makan Tengah hari/ SOlat zOhor

2.00 ptg     :  Kertas Kerja 3: “Adab dan Ta’adib’

                          Oleh: YBhg. Dr. Mohd. Sani Badron

                         Pengarah, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM

3.00 ptg  :   Forum: “Mendepani Cabaran dan Pemikiran”

                        Panel: 1) YBhg. Dr. Amin Senin (Timb. pengarah Bhagian Sekolah, Kementerian Pelajaran  Malaysia)

                                     2) YBhg. Dr. Muhiddin Yussin, Timb. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

                                     3) YBhg. Tn. Hj. Yusri Muhamad, Presiden ABIM

5.00 ptg  :  Rumusan dan Penyampaian Resolusi Seminar

 

Tanda merah adalah fokus untuk hadir. Moga kehadiran pada esok hari mampu mendatangkan ma’na pada diri tentang apa yang selalu dikongsikan dengan sahabat dan pembaca iaitu konsep ta’adib dan isi pemikiran Prof Syed Naquib al-Attas.

Sesuatu itu tidak boleh lagi disebut sebagai ilmu jika ia masih belum mampu memberi ma’na pada diri. Seuatu ilmu itu tidak ber-ma’na jika ia gagal dihubungjalinkan sehingga mampu mendekatkan diri kepada ALlah swt. Ini lah matlamat pembudayaan ilmu. Untuk memberi ma’na pada diri dan seterusnya mampu menjadi insan kamil.

Wallahu ‘alam.

P/S: Tentang WAMY, ia hanyalah sebagai satu permulaan kepada proses pembinaan setersunya. Moga yang hadir akan terus menghadirinya pada WAMY siri berikutnya yang dijangka akan diadakan pada awal atau pertengahan Ogos, InsyaALlah..

                   

3 Comments leave one →
  1. July 24, 2009 11:59 am

    salam. ya, saya setuju dgn iecothinker. Salah satu penyakit dlm gerakan Islam kita adalah pembudayaan ilmu yang tidak menyeluruh dan tidak seimbang.

    namun, ada juga senario yang tidak dpt dielak. Ada dalam kalangan kita yang tidak memilih bahan bacaan yang lebih berat kerana tidak sesuai dgn jiwanya, tidak mampu diterima oleh tahap akalnya atau mengikut tahap keutamaan bacaan mengikut keadaan seseorang. Maka, golongan seperti iecothinker dan lain2 yang berkemampuan boleh sama2 melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

    Saya juga memintai seminar. Hari ini (jumaat) 24 Julai saya akan menghadiri seminar ‘The Role of Justice in solving the problems of the muslim ummah according to Bediuzzaman Said Nursi’ di UIA. Moga kita boleh berkongsi ilmu nanti.

    selamat berusaha untuk membangunkan WAMY.

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    July 27, 2009 4:11 pm

    SYukran, ustazah..
    Betul tu, tidak nafikan, ada yang tidak berapa suka atau tidak berapa minat membaca buku yang berat-berat. Tidak menapa, yang penting ada usaha untuk ambil tahu dan menyokong, ustazah..

    Oh ya? Bestnya… Moga ustazah sudi kongsi di blog ustazah nanti ya…
    mohon tunjuk ajar, ustazah..
    🙂

  3. August 4, 2009 11:32 pm

    WAMY merupakan program pertama yang ana hadiri yang mana berkonsepkan perkongsian ilmu tidak hanya berbentuk hierarki. Mungkin ana boleh komen sedikit tentang insan yang suka mengeluarkan hukum atas sesuatu perkara. Seperti dalam blog akh (ahli futur katanya). Pada ana, konsep suka mengeluarkan hukum adalah satu konsep yang menjumudkan lagi bentuk pemikiran ahli. Cukuplah jika ana katakan mereka mungkin “Takut dengan bayang-bayang sendiri, dalam pengurusan organisasi”. Walhal, ilmu sebenarnya merupakan uslub kepada memahami perjuangan dalam realiti sebenar. Seharusnya semua insan dalam ladang perjuangan mulai sedar, wujudnya ahli gerakan yg hanya mengikut2 dalam berjuang tanpa paham, kurang ilmu dalam berdakwah, wujudnya golongan yang mengasingkan perjuangan dgn akademik…Kenapa hal ini juga harus dijadikan warisan dalam sesebuah organisasi. Cukup sedih bila dilihat dan difikirkan. Namun ana yakin bahawa WAMY merupakan titik mula untuk pembudayaan Ilmu di KAL…Insya Allah ana akan terus support program berbentuk “BUDAYA ILMU”.
    “Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.”
    (Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: